Lelaki berkemeja biru berkolar putih itu merenung gadis yang sudah lebih enam tahun tidak ditemuinya. Betapa gadis itu kelihatan berlainan dengan solekan dan gaya pakaian. Tersenyum dia melihat baju kurung yang dipakai. Warna yang sama ketika rahsia terbongkar dalam jarak 200 meter. Warna magnolia yang bercorak bunga itu diperhatikan. Indahnya ciptaan Yang Maha Esa.
“Kenapa senyap sahaja?”
“Takkan mahu buat konsert pula di sini?”
“Mana lah tahu kan? Tudung pun dah macam Yuna.”
“Speak of her, she was in the same faculty as you before right?”
Lelaki itu hanya mengukir senyuman manis. Matanya masih tertancap pada tanda nama gadis itu. Pasti dia terlupa mahu menanggalkannya. Tidak boleh dibayangkan berada di kawasan awam dengan memakai tanda nama seperti itu. Beg buku yang tersandar di tepi membuatkan lelaki itu pasti gadis itu seorang guru muda.
“Liya, nama betul kamu Alisia Rayyan kan?”
“Ya. Pelik juga kalau kamu panggil Alisia Rayyan. Alisia sudah”
“Kamu masih Liya Daniyal di hati saya. Tapi kan Liya, kenapa pakai tanda nama di sini? Kamu lari dari sekolah ya?”
Apa yang dilihat sungguh meruncingkan hati. Dwen Zaff sedang menangis teresak-esak sambil pengamal perubatan yang lain menarik kain selimut menutup habis jasad Chia Hau. Apakah yang terjadi sebenarnya? Bukankah hanya terseliuh sahaja.
“Dwen, apa yang terjadi?”
“Pembedahan gagal dan abang tiada lagi Cikgu.”
Hampir tumbang Alisia mendengar perkhabaran itu. Tangan pantas berpaut pada birai katil sambil jari terketar-ketar menarik selimut hijau yang menutupi badan Chia Hau. Air mata mengalir laju di pipi sambil berselawat mencari ketenangan beribu kali. Kain disingkap dan apa yang dilihat hampir membuat Alisia rebah.
*******
Selamat membaca Legasi Cinta Alisia Bab 13 buat kamu semua.
Aku ternyata gagal menyiapkan Bab 14 hari ini, tetapi akan terus berusaha.
Doakan aku ya?
Buat yang membaca - titiplah sedikit kritikan buatku di sana.
Nota Kaki :
1. Menunggu kepulangan seorang jurutera yang buat aku gembira.
2. Mahu belajar senyum sambil menikmati manisan jiwa.
Zara : Mahu teruskan usaha.
[Halaman Peminat] [Kumpulan Pembaca] [Bab 01] [Bab 02] [Bab 03] [Bab 04] [Bab 05] [Bab 06] [Bab 07] [Bab 08] [Bab 09] [Bab 10] [Bab 11] [Bab 12] [Bab 13]
3 comments:
nak pi baca sat bab 13..
lambat ke saya?
nak pi baca sat bab 13..
lambat ke saya?
hohohooho...saya tidak sabar menunggu saat untuk membaca semua bab LCA =)
Post a Comment