Tuesday, April 06, 2010

Legasi Cinta Alisia Bab 10 - Bila Bisikan Cinta Itu Memercikkan Warna Merah Darah Di Muka.


Salam semua.
Macam biasa bila tajuk sudah menunjukkan sebegitu rupa.
Masa untuk menilai karya picisan seorang hamba.
Rentetan perjalanan cinta dalam Legasi Cinta Alisia.


[Bab 10 Legasi Cinta Alisia]

“Boa sorte Chia Hau meu caro! (Semoga berjaya Chia Hau!)

    Jeritan dari belakang – suara yang disayangi oleh Chia Hau buatkan dia melangkah tegar masuk ke gelanggang. Suara gadis yang sentiasa yang membakar semangat dia mahu memberikan yang terbaik – terbang bebas di dalam gelanggang. Lambungan syiling menari dan tiupan wisel menandakan sayap mula berkembang dan masa untuk beraksi!


*******

“Cuma yang saya rasa kelakar sangat kan cikgu, abang saya ada letak kad ucapan kecil dan pembalut coklat dalam album dia. Bila saya tanya, dia kat pengirim misteri masa dia sekolah dulu.”

    Alisia tersentak dan merenung wajah Dwen. Apakah benar apa yang dituturkan oleh pelajarnya itu? Adakah pembalut coklat itu titipan yang pernah dihantar pada jejaka itu suatu ketika dulu. Penjelasan perlu dikorek pada pemain tengah didiknya ini.


    “Pembalut coklat apa?”


    “Cadbury dan Van Houten. Kad kecil berenda biru dan ada logo pasukan bola keranjang bersilang dengan bulan sabit merah”


    Tersirap darah ke muka Alisia. Untuk apa Chia Hau menyimpan itu semua? Kenangan beku masa remaja yang gila dengan bayangan sendiri. Mimpi yang disulam terhenti oleh noktah yang ditunjangkan kepada akademik dan silangan umur akibat langkauan dirinya yang laju setahun dari mereka yang lain. Deruan kipas yang nyaman di tepi dinding membuatkan Alisia hanyut dalam lamunan silam.



[Halaman Peminat] [Kumpulan Pembaca] [Bab 01] [Bab 02] [Bab 03] [Bab 04] [Bab 05] [Bab 06] [Bab 07] [Bab 08] [Bab 09] [Bab 10]

Nota Kaki:
1. Mengharapkan ulasan kalian tentang Bab 10 ini.
2. Aku hilang diri bila membaca perkhabaran terkini seseorang itu setiap kali. Mengapa mesti menguji diri ini?
3. Esok akan dihabiskan dengan aktiviti sekolah.
4. Entah bila akan memulakan Bab 11.

Zara : Aku mahu teruskan senyuman seperti biasa. Bukan untuk sesiapa, tapi untuk diri aku. Kerana aku mula hilang percaya pada keluhuran sebuah janji manusia yang sentiasa bergelar hamba.

2 comments:

acap2405 said...

haha..
ulasan saya tentang novel kak zara nih makin santai..tidak menyusahkan pembaca untuk mencarik maksud ayat chia hau..senang kata.
5 bintang arr..
haha..
saya suka watak alisia yang suka bermandi dengan keganasan..

azieazah said...

Warna merah itu cantik aperr... Jika darah itu kelak bertukar hijau atau PURPLE, parah sudah tidak sebesar zarah lagi...