Monday, April 05, 2010

Air Mani? Pandainya Awak! Kalau Awak Kata Hingus, Cikgu Boleh Terima Lagi!


Salam hujung minggu semua.
Apa khabar kalian?
Aku sedang berguling bagi menggarap Legasi Cinta Alisia seterusnya.
Bab 10 akan muncul, insyaALLAH pada hari Selasa.
Terlewat satu hari atas cuti Aksara.

http://www.mcguckin.com/images/6143038.jpg
Botol Gam [ Gambar dari sini ]

Peristiwa yang berlaku Jumaat lepas buat aku tertanya-tanya.
Adakah pelajar sekarang boleh membuat sesuatu diluar apa yang dijangka?
Di dalam makmal Kimia - walaupun hakikatnya aku mengajar Perdagangan dan Keusahawan Tingkatan 1.
Mahu memulakan kerja kursus, maka aku titipkan fail dan borang pada mereka.

Arahan jelas.
Tulis nama, nombor kad pengenalan dan tingkatan.
Serta nama aku juga.
Lepas siap, borang yang diberikan hendaklah ditampal di bahagian kulit luar hadapan fail besar.
Gam disediakan.

Pelajar : Cikgu, nak kena tulis nama penuh ke?
Aku : Ya, siap nama bapa sekali.
Pelajar : Nama datuk tak nak ke cikgu?
Aku : Kalau dalam kad pengenalan awak siap ada nama datuk, tulis sahaja.
Pelajar : (diam)

Eh, aku memang agak sarkastik kebelakangan ini.
Jangan terkejut sebab aku mula belajar sesuatu tentang kehidupan.

Pelajar :  Cikgu, nama cikgu panjang sangat. Kena tulis semua ke?
Aku : Kalau boleh, masukkan semua. Nama saya jangan salah eja.
Pelajar : Kalau salah eja cikgu?
Aku : Saya tidak akan beri borang baru.
Pelajar : Kalau tulis tanpa nama bapa boleh cikgu? Tulisan saya besar.
Aku : Bolehlah.

Sebolehnya aku cuba berikan apa sahaja yang mampu untuk menyediakan mereka sebagai insan berguna. Kerja kursus ini aku jadikan sebagai batu loncatan untuk sesi pembelajaran yang lebih interaktif dan santai tanpa rasa bebanan.

Pelajar S : Cikgu, tengok A!
Aku : Kenapa?
Pelajar S : Dia kata gam ni macam air mani.
Aku : (tersentak dan terperanjat) Betul ke awak kata macam tu?
Pelajar A : Takde cikgu.
Pelajar S : Ya cikgu. Dia cakap tadi.
Aku : Awak pernah tengok ke benda tu? Pandainya awak!
Pelajar A : Maaf cikgu.
Aku : Kalau awak kata hingus ke, cikgu boleh terima lagi.
Pelajar A : Main-main sahaja cikgu. Maaf.

Aku memang terperanjat.
Walaupun hakikatnya, aku tertanya-tanya, adakah imaginasi remaja ketika ini memang terdorong ke arah sebegitu rupa?
Entah, aku masih mencari jawapannya.

Nota Kaki :
1. Aku masih berusaha menggarap Legasi Cinta Alisia Bab 10.
2. Aku dambakan sebuah kekuatan yang bukan sedikit.
3. Kehilangan demi kehilangan buat aku semakin sakit.
4. Kedudukan halangan aku masih belum berubah. Masih PR3.
5. Hari ini genap sebulan aku beraksi bersama keluarga Aksara.

Zara : Sedang menilai sesuatu daripada sudut berbeza. Legasi Cinta Alisia mempunyai banyak aksi gelanggang. Adakah aku patut meletakkan aksi ranjang juga? Ketawa. Aku sudah separa gila.

34 comments:

bulatkocik said...

aduyai..kanak2 cepat mbesar...;)

Captain said...

hahaha.. bawu form 1 dah pandai bermani-mani dah.. tapi rasanya bdk tu otak dia ok lagi tu.. dia just cakap je tu.. dia pun tak tau benda tu cam mana.. tu psl dia cakap gam cam benda tu.. hahaha..

MrRollies said...

Ok..
saya tergelak baca entri ini LOL!!

Nabiel said...

hahaha~
brape umo bdk2 nie?
ishh..
advance dh skrng nie~

Anonymous said...

air mani?
takutnye budak2 skang!!

HEX said...

haha...bdk2 zaman sekarang..huishhh.mesti ckgu2 pon makin mencabar keje nye

Kay Azhar said...

Pelajar tingkatan satu Cikgu Zara.
Alam fantasi mereka sudah bermula.
Ditambah lagi dengan kesan buruk kemajuan.
Bahan perosak mudah didapati, didikan dan pemantauan ibu bapa semakin kurang.
Antara kesannya pelajar sekolah (tak terlepas sek rendah) semakin berani cakap kotor secara terbuka.

Hizami Li said...

zara,
bdk2 skrg jgn expect mcm kite dulu.
now mereka lebih terdedah.
;D

hana devushka said...

bdak2 zaman skrg..ish3~

Manager Tandas KLCC, Takamine Kiyomaro said...

haha rilax la beb,baru air mani belum air lain lagi,watermelon ke orange ke haha

ciK LyndaWawa said...

budak sekarang..mcm2 belajar benda baru...

Cik Lily Putih said...

hebatnya pemikiran bebudak sekarang ek

Lucy S. said...

dasyat la budak budak zaman sekarang!

Azrul Hisham said...

budak2 sekarang dah advance giler babi... :)

hanis aleeya aka gadis sepi said...

Kak Zara, itu la bebudak zaman sekarang.. Dah terlebih advance.

Wawan Saini said...

pelajar sekarang nie..
expert lebih sgt..
wkakakak..:)

saya_arief said...

tuh kanak2 yg tingkatan 1..
kalo kanak2 yg blaja kat universiti xtaw la cam ner..

Munsyi said...

denda je.lenkali diorg buat lg.aduh.

Jom Masak Channel said...

amboi budak2 zaman sekarang ni..bukan main lagi..

pastu byk tnye lak tu psl nama tu. tulis jela..kalo sy, dah kena mrh dah dyorg..sebab tu xnk apply jadik cikgu..hihihi

Adziim said...

Haha~
tapi memang benar apa kenyataan budak itu.

Bro Framestone said...

he..23x

awat zara xcakap cam nie ek

"mane kamu tahu itu cam air mani.. pernah tengok ke... cikgu xpernah tengok he..23x"

budak2 zaman skrg lebih terdedah

BroFramestone Blog

Jard The Great said...

air mani? gulp.. huhuhu.. budak skang bhy..

Fuza Marquis said...

takut la dengan mereka ni.

Aus MeLankoLik said...

hahhaaha , budak2 skrg terdedah sgt ni . kekeeke.

Cikgu Dahlia said...

sis mmg paksa eja nama sis dengan betul..salah kena demerit.haha aku mmg cikgu kejam

btw, mmg ada antara mereka dah terdedah... sis yang sekolah bukan kat bandar besar pun terima seadanya keterbukaan mereka pasal ni..

tunbegia said...

salam malam senin, ;-)

etomyam said...

hahaha...bebudak sekarang ni makin exposed

RastaMat said...

dahsyat2...

syarifah radiah ibrahim said...

alahai remaja sekarang.
sedih la pulak.
baru tingkatan satu.
nanti dah naik menengah atas, macam mana la pulak.
hurmm~~

Mrs Poyo said...

mak aiii..expert la sangat bdk2 la..masa aku baya2 depa aku taktau lagi rupa air mani mcm mna..smbang pasal bnda2 tu pun tak pernah sbb tak pikir langsung..
La ni tau dh rupa dia mcm mna..
Opssss!!
Heeeee!

[z@ck] said...

hebat!
hahaha

yusuf mujahidin ™ said...

bebudak ni...suka mencuba...
tringt zmn bebudak dlu...hahaha

intan izani said...

eh kecik2 da pandai sebut air mani
bahaya betul

azieazah said...

Adakala kita terasa kita sangat naif berbanding anak-anak kita, kan?