Sukarnya menafsirkan hati yang kadangkala sering celaru.
Sukar membendung perasaan bila memandang hati yang terdampar beku dan dingin di dalam kotak berbentuk empat persegi itu. Pintunya berkunci tetapi kuncinya terbiar sepi.
(Gambar penghargaan di SINI)
Ada tangan yang membuka pintunya, melihat ke dalam ruang itu tetapi hati masih tidak mahu disentuh oleh sesiapa. Ia kekal menunggu adakah ada tangan yang cuba menarik ia keluar. Memberikan layanan yang sepatutnya yang diterima kerana dia adalah hati. Segumpal darah yang membentuk siapa dia - yang memberikan bentuk yang nyata dan sifat yang terbuka.
Hari ini dia lihat ada tangan yang menarik dia keluar.
Ada tangan yang membuat dia bersumpah tidak akan merindukan kedinginan yang menyelubungi hidup dia yang telah mati saat dia berpisah dengan jasad. Hati memang sifatnya merindui. Dia rindukan suasana yang panas, yang mendamaikan kerana dia tahu tempatnya di situ. Hati berjanji tidak mahu biarkan dirinya disentuh oleh kedinginan yang menusuk hingga ke dasar diri.
Hati diletakkan di tempat yang buat dia lega.
Tempat yang buat dia melupakan kesejukkan yang mencengkam dia entah berapa lama. Dia benci mahu mengira dan menghitung detik yang memualkan itu. Tidak mahu mengingat kisah lama yang menjadikan dia seperti hari ini. Dia hanya mahu ketenangan.
Tangan itu memegang dia.
Dia merasakan tangan itu membuatkan dirinya aman. Panasnya tangan itu.
Sentuhannya sungguh cermat dan dia senang diperlakukan dengan baik. Bukan seperti suatu ketika dulu.
Benci!
Hati dibaringkan agar dia dalam keadaan terjaga sentiasa. Hati tahu sudah tiba saatnya dia menunaikan tanggungjawab yang terpikul sejak azalinya. Dia tahu ini pengakhiran yang bakal dia terima. Dia sedar dan dia redha dengan apa yang dilalui kerana hati tugasnya merindui. Ah, tangan yang panas dan mendamaikan itu rupanya satu tangan yang gagah menghiris dan memotong setiap inci dirinya. Kental tangan itu cuba memisahkan bahagian dirinya yang cuma segumpal darah - lembut, lembik dan tidak bermaya.
Hati sedar, ini pengakhiran yang menjadi pilihan hati.
Saat dirinya terpisah dengan anggota sendiri - inilah saat dia bakal bersatu dengan pemiliknya.
Ini saat dia bakal berdepan dengan laluan yang berbahaya tetapi mendamaikan.
Hati menjerit - aku mahukan ketenangan dan suasana yang panas kembali. Biar aku hangat kerana aku sudah penat terbiar kesejukkan dan kedinginan.
Terima kasih kerana kamu buat aku menikmati hidup yang indah.
Terima kasih kerana aku bakal menemui cinta yang pernah tumbuh dalam hidup aku yang dikelilingi oleh padang menghijau. Terima kasih kerana buat aku hangat kembali. Diri ini mungkin milik mereka berlima di bawah ini. Walaupun keliru milik yang mana tetapi masih milik salah seekor dari mereka. Moga hati yang terpisah bakal bertaut kembali walaupun bukan seperti dulu.
(Gambar penghargaan di SINI)
Rempah tumis semerbak menyelubungi diri.
Oh, ini suasana hangat yang aku nanti. Hati kini diselubungi kepanasan dan sedia disaji buat santapan mereka yang berhak.
Zara : Diri sedang meniti takah-takah penyembuhan dalaman dan luaran. Harap semuanya berjalan seperti yang dipanjatkan dalam doa ketika sujud dan usai memberi salam. Walaupun kurang sihat, tugasan memasak seperti biasa dan maaf, hati lembu goreng berempah tidak dapat ku nikmati petang tadi. Masih berpantang untuk sembuh.
99 comments:
pocket membaca ngan penuh penghayatan,
walaupun mata ini mengantut,
tp ku sekang kan juga,
mulanya ku bayangkan watak utama sebagai hati..
tp entah bila watak utama menjadi sepotong daging yg org potong potong atas chopping board.
'Hati dibaringkan agar dia dalam keadaan terjaga...'
dan tika ini, pocket nampak macam hati lembu dah, eh?
ooiii!!! jangan dera minda videographic ini!!
sabor sabor.. phew!! penyabaran berjaya, budak demam gi tido!!
kang lambat baik.
waaaa..
ayat sgt indah n have the deeper meaning..
suke2..
hati org muda memang macam tu hehe
hati mmg sukar utk difahami
walau hati itu aku yg punya
...........................
rambut sama hitam,
hati lain3..
mendalam maknanya tu...
jaga hati org sekeliling cik zara bebaik...
oh hati berempah...lazat ker?hee
jgn sedih ye syg..aku tiada kekuatan utk ku pinjmkn..huhu
sweetnye ayat zara..btol kalo tersalah ikut kata hati mesti merana diri..
waa zara tgh bahgia eh skang...besh2..
sweetnye ayat zara..btol kalo tersalah ikut kata hati mesti merana diri..
waa zara tgh bahgia eh skang...besh2..
ermm..hati ku xnk kuar lg..xnk org bukak kunci..xnk tgn yg hulur jugak..xmau2..
nk biar je hati dkt tpt yg patut..xmau2..haha..emo2~
eh2..cik zara ngh bahgie ek..tumpang suke..^^
alamak cantiknya kek...bila boley makan ni..teringat pulak lagu Jagalah hati...yang kump nasyid indon bawa tu..best jugak
kah3.......ati daging si lembu tu yg ko canangkn,....hehe...
syabas zara... salute..tabik springgggggg~~ aku suka ayat ko....
ades.ingatkan hati ape tadi.
hati-hati di jalan raya ya! ;P
kamu mulakan lagi...dan lagi...
Namun aku masih tidak jemu ke sini..
hehe he eh eh ehe
hati sukar ditafsir dan sukar di mengerti...namun hati yang menjadikan manusia itu sempurna....tanpa hati tiada emosi....
zara...malam tadi dapat makan sate lagi..hik..hik...hik...semunya sebab coretanmu dan gambarajah di blog kamu dik...
ermmm hati yang penuh dengan emosi :)
Memang lumrah manusia. Kita ni terlalu sukar untuk difahami! :p
Pocket :
hahaha~
kesian abangku menahan diri yang mengantuk tetapi kecewa apabila menyedari ianya adalah manifestasi seketul hati lembu~
=)
keSENGALan teserlah..:
terima kasih...
=)
zino:
...tapi ini hati lembu Uncle~
=)
Samaira :
bila hati bergabung menjadi yang sepatutnya~
alahai~
Manusia :
tapi lembu ada macam2 kaler~
=)
intan izani :
hahaha~
baik kak~
{lumut}:
ku tak makan~
sebab tengah pantang~
hehehe~
{lumut}:
tak~
tidak bersedih~
hanya meneliti sikap aku kembali~
imHepPie :
hehehe~
sweet ke daku ni Mimie syg?
imHepPie :
hehehe~
ini hati lembu~
bukan hati aku~
et:
hehehe~
dak et ni~
doctor, saya nak pembedahan~
=)
etomyam :
hehehe~
best2~
lagu tu memang best~
miera a.k.a merr:
hehehe~
ko antara yang menyedari apakah yang aku maksudkan~
bagus2~
=)
arque :
hahaha~
hati2 buat kamu juga~
cintaAnna:
hehehe~
Anna sayang~
Woot!
ms ct :
hehehe~
alangkah senangnya hati kamu kak~
ah, mesti lazat kan?
cik eja^_^:
hahaha~
dan berbau kari~
Tekkaus:
itu manusia~
kalau lembu bagaimana ya?
hati lembu hujongnya! chait! pantang kene ingat =D
Blog Anuar Kamaruddin™:
hahaha~
berpantang ni bang~
hehehe~
=)
zara sayang...
apasal kak sha rasa macam nak makan hati bila baca posting nieh...adui dik...
* nieh story kempunan tak dpt makan hati goreng rempah ek?
ke kak sha yg silap?
cHeRyNa PiReS :
hehehe~
ku potong hati tu kak~
ku tolong masak, tapi tak dapat makan~
hahaha~
zara.. BM aku 4 ja masa SPM.. hoho.. tp aku fhm kot entri neh.. ;p
milik lima jerrr.. ehehe
Jard The Great :
hahaha~
takde kena mengena dengan result SPM le Jard~
en_me:
haha~
yang nampak cuma lima jer~
bukan main berdebar2 tadi. hee
berpantang utk sembuh dik???maksudnya?
Dah ramai yang komen, so ni je la komen I. Woohoo!
puding roti :
hehehe~
aduyai~
Lifesaver :
ake sedang sakit kak~
chicken pox~
Paan:
hahaha!
Wewiit!
sangat mendalam.
terima kasih kakak.
:)
Ftyyhahh:
Terima aksih atas apa dik?
=)
.wahh sgt makan dalam ayat neh
.sastera sungguh
.kamu amek sastera ke dulu syg?
.makan tahun mahu pahamkan ;p
hatimu kalbu hehehe =p
ps:-mcm pna tgk picture itu tapi dimana yer ..lalala
cik intan (◡‿◡✿):
hehehe~
ku amik Sains dulu sayang~
=)
Neutral Daily :
Terima kasih sudi singgah ke sini~
Uruchimaru @ kf :
hehehe~
di mana ya?
Salam zara..
kamu, bertuah yang dapat menarik segumpal hati itu, walau baru 2 bulan :)
kamu, semoga melalui detik penyembuhan dengan cermat. mengapa ya, daerah entri terbaru anem hampir sama dengan kamu.
topik hati;p
kebetulan..;
wallahu'lam.
jaga hati itu, jangan biar rapuh.lagi.
hik3..nk bedah ape kak?
nape xleh nk comment kat shotmix tu ex...
tekan je jd gini,,
Your IP address 203.82.91.103 has been banned from this shoutbox.
Please try again later
bleh bantu?
penat aku memahami sayang...
alih2 hati lembu lak upanya....
heheeheheh
tapi sa nya cam da maksud lain tersembunyi...
p/s: ni blog baru aku...jemput singgah2....
HAti....warna..
????//as-salammm komen pertama..
aku baca entri ko, slalu buat aku in the deep thought..auww..nice one..buat aku manyak pikir...hehe..
susahnya nak paham hati dan perasan org..malah tuan empunya diri pong susah nak paham hati masing2..ahaha...aku jugak lah tu..
aku baca entri ko, slalu buat aku in the deep thought..auww..nice one..buat aku manyak pikir...hehe..
susahnya nak paham hati dan perasan org..malah tuan empunya diri pong susah nak paham hati masing2..ahaha...aku jugak lah tu..
Sweet... nicely written Zara. :-)
arnamee:
ye ke sayang?
alahai~
tak mengapa~
mungkinkah ada hubungan antara kita berdua?
et :
bedah hati boleh?
hahaha
=)
zafa:
eh, ye ke zafa?
alahai~
nanti ku periksa~
miss zahidah :
hahaha~
takde maksud tersembunyi pun sayang~
hahaha~
zeqzeq:
salam~
terima kasih singgah~
=)
ashie023 :
hehehe~
maceh Ashie~
kamu sellau buat aku kegilaan dengan lelaki kacak~
ashie023 :
hehehe~
bahagian hati juga benda yang paling sukar aku mengerti~
Coffee Girl...:
Thanks a lot darling!
aku taksuka makan hati. tapi yup! akusuka hati aku!
moga hati kamu juga aman dah bahagia di sukai oleh org lain!!
Suka hati lah! Hati ini memang susah dijaga, cepat terguris dan mudah terasa. Suka hati lah!!
kakak mu masih lagi mencari pemegang kunci yang sesuai....
hu hu hu
=[
bak sini ati tu,,
Hati lembu sedap kalo di masak ... masak ... er.. masak ... masak ape yer? Ekekekeee...!!
Sila berpantang dgn jayanya yer, cik adik maneeeessss!!
ni entry jiwang ke x ni?
x kn?
sI tEDI:
baik sayang~
akan ku jaga dan belai~
Precious:
pergh~
ayat emo tu kak~
=)
♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠ :
alahai kak~
insyaALLAH bakal ketemu nanti kak~
ber_uwang :
err..
nak buat apa?
DeeN:
hahaha~
masak rempah~
hehehe~
baik kak!
sharamli:
tak syg~
=)
sakit ye sayang? get a rest ya. hey, hati u milik i, bukan lembu 5 ekor itu ya!
Da' daffodil D :
hehehe~
baik sayang~
ahh, terlupa yang kamu milik aku, aku milik kamu~
ni kes jewang ni!!
patut la ak belek² komen ak xde..
ingtkn da kne delete..
upenye ak silap komen da..
nk komen kt cni tp terkomen kt entri bwh..
nape ak smakin keliru eh..
mcm da lost dlm blog ni je..
hehe..
mmg ssh nk tafsir hati..
kadang² ia tidak jujur dgn diri..
hoho..
Pais Chaos :
ni hati lembu~
jewang apakah~
Aku Beskot™ :
hahaha~
takkan lah aku delete pula~
=)
oh zara kamoooo bercinta dengan hati yg keras ke ni
hidayah :
hehehe~
mungkin juga Yaya~
dik ku doakn kau cepat sembuh dari penderitaan serangan varicella z yang indah namanya. dan ku doakan kau bernafas dengan lega bila menerima ketetapan di bumi J dan ku harap kunjungan ku membawa secebis cinta untuk mu............membahgiakan hek hek
Angelosanora :
hehehe~
terima kasih kak ku syg~
hehe~
ala.. hati je.. macam hati ayam tu... :P
tak caya, ko g tanya saudagar ayam.. ekekek..
GiGGLe GaL :
hahaha~
saudagar ayam hati dia lain kak
kih kih~
err...
bole request peparu masak pedas kat sini?hehe
messyremo:
boleh2~
hahaha~
Post a Comment