Semalam pelajar sekolah kebangsaan berhampiran datang ke rumah kami - lawatan marhaban rumah ke rumah. Tradisi yang dipegang sejak zaman-berzaman dan diperturunkan kepada setiap generasi.
Zaman aku sudah berlalu dan saban tahun melihat anak-anak kecil yang datang ke rumah boleh menggembirakan hati.
Ku lihat guru lelaki membisikkan sesuatu kepada pelajarnya. Sebaris ayat terdengar jelas.
Adakah ini harga yang perlu dibayar apabila kita berasimilasi dengan globalisasi? Sesuatu yang menarik aku kira walaupun ada butir marhabannya yang menjadi kurang jelas. Ah, kamu boleh memekik pada aku dengan laungan bahawa aku kolot tetapi kadangkala aku masih setia pada yang diwarisi sekian lama. Jangan kamu tidak mahu mengakui kamu juga tidak cintakan sesuatu yang bercorak tradisi. Kuih bangkit yang dibuat di kilang takkan pernah sama dengan yang disediakan menggunakan angklung.
Oh, ini aku pada 3 Oktober 2009. Usai menghadiri rumah terbuka seorang penulis blog merangkap sahabat lama yang telah lama terpisah tetapi diketemukan kembali selepas dia menjumpai blog aku. Indah sungguh rasanya walaupun aku terfikir adakah pembedahan boleh meningkatkan ketinggian aku supaya sama dengan si dia. *ketawa* Terima kasih sahabat kerana sudi menerima kehadiran aku di rumah kamu walaupun aku tiba terlalu awal.
Zara : Hati sedang menari tarian girang usai menggulung popia berintikan kentang dan sardin.
Ku lihat guru lelaki membisikkan sesuatu kepada pelajarnya. Sebaris ayat terdengar jelas.
"Lagu yang kita berlatih semalam".
Sesi marhaban dimulakan dengan selawat sebelum segala rentak berubah dan membuatkan aku di dapur terpinga-pinga bersama adik lelaki yang sedang menyediakan minuman di dapur. Lagu marhaban berentak indie kata adik aku. Kami sama-sama tertawa. Harus diakui di kawasan kami, lagu marhaban terlampau banyak gayanya tetapi ini kali pertama aku mendengar marhaban tetapi rasa mahu menari.Adakah ini harga yang perlu dibayar apabila kita berasimilasi dengan globalisasi? Sesuatu yang menarik aku kira walaupun ada butir marhabannya yang menjadi kurang jelas. Ah, kamu boleh memekik pada aku dengan laungan bahawa aku kolot tetapi kadangkala aku masih setia pada yang diwarisi sekian lama. Jangan kamu tidak mahu mengakui kamu juga tidak cintakan sesuatu yang bercorak tradisi. Kuih bangkit yang dibuat di kilang takkan pernah sama dengan yang disediakan menggunakan angklung.
Oh, ini aku pada 3 Oktober 2009. Usai menghadiri rumah terbuka seorang penulis blog merangkap sahabat lama yang telah lama terpisah tetapi diketemukan kembali selepas dia menjumpai blog aku. Indah sungguh rasanya walaupun aku terfikir adakah pembedahan boleh meningkatkan ketinggian aku supaya sama dengan si dia. *ketawa* Terima kasih sahabat kerana sudi menerima kehadiran aku di rumah kamu walaupun aku tiba terlalu awal.
**Soalan Yang Kuterima daripada pembaca mungkin akan mengisi penulisan yang seterusnya. Terima kasih buat yang sudi melayangkan warkah elektronik dalam memastikan kesinambungan penulisan aku dan tidak mahu aku seronok seorang diri di dunia ini. Aku cinta kamu semua.**
Zara : Hati sedang menari tarian girang usai menggulung popia berintikan kentang dan sardin.
42 comments:
dak zara :
aku pernah dengar satu rentak marhaban yg amat asing di telinga aku..
serius aku katakan aku tidak berkenan.
aku suka irama marhaban yg aku belajar ketika zaman kanak2 dulu.
lagi tersentuh hati mendengarnya..
xpenah lagi merasa dak2 skola dtg marhaban...
sonok ye jumpa kenalan lama yang...
komen ku sama dgn imheppie.. tak pena ade org bermarhaban camtuh..
hoho..bese nyer pkck n mkck yg dtg marhaban..bdak2 skola? xpernah lg..owh3..kne la hulur wet raye sorg singgit kn..wuwuwuuu~
.hee td my ex-student dtg rumah marhaban
.lagu pun pelik
.tp layan je
.kekeke~
teringin nak dengar lagu marhaban versi indie tu.
boleh kau tolong nyanyikan.
eh,takpe aku tukar fikiran. :P
hoho..mujur la indie.. dibuatnye rentak rock metal segala.. haih..
donia...donia...
marhaban berentak indie...
mcm mane tu yer...
x pernah dengar la..
hahah...
sI tEDI :
betul tu tedi~
aku tak kisah orang kata aku kolot ke apa, tapi pada aku, yang lama is the way more better~
imHepPie:
ye ek?
alahai~
hidayah :
seronok gila~
Jard The Great:
hehehe~
lain tempat lain cara~
et:
hehehe~
hulur gak duit semalam~
memang kena bagi sengget~
~♥ cik intan® :
hehehe~
asal ada bunyi~
zass~
arque :
haha~
ko bukan suka kompang je ke sayang?
hahha~
miera a.k.a merr :
kalau buat rentak rock, metal bagai, memang sakit mental daku~
hahhaa~
Ries Lee:
moh join dengar daku~
dik..popia tu ada bawang? say no to bawang!
cmtu ke cara gulung popia tu?
cm gmbar tu?hehe~~
lagu marhaban rentak indie ea tentu menarik erkk zara.=p
GiGGLe GaL:
aku rasa bawang tak nampak kak~
sebab dah blender~
messyremo :
ya betul!
haahahha~
Uruchimaru @ kf :
sampai ku nak berjoget~
hahahaha~
cantik beg kamu itu sayang!
:)
farah:
thanks sayang!
=)
uniknya
budak2 skaarang~
Salam!
Marhaban dari rumah ke rumah sangat payah kedengaran dan kualami di kampungku. Kecuali kalau time kenduri kawen. Er.. kenape kamu tak rakam, bleh gak ku dengar. Hehehe!
Noorlaila Mohamed Nor :
sangat unik woot~
DeeN :
hehhee~
sebab sekejap sangat woot~
perlu ke mengaku disini?
sy cintakan sesuatu yg bec0rak tradisi
Kuih bangkit yang dibuat di kilang takkan pernah sama dengan yang disediakan menggunakan angklung.
---> sangat agree. skang kuih bangkit dah ilang tradisi. yang tradisi pon hanya perkataan bangkit saje!
* blog mmg boleh buat jejak kasih:)
wah..beropen house kamu....
rumah Zara tak de open house ke?
sayang,
kamu sudah makan???*lari topik*
rindu kamu eksen!
zara, bg gusi kamu yang sering berdarah lately tu, ambil suppliment vit c. sy sudah lama menghidapinya, tp sejak ambil suppliment tu, gusi dah xberdarah lagi. teringat subjek bio, kita ni kira mangsa skurvi la cik zara~
bebudak bawa marhaban.. menarik tu. di sini setakat yang tau tak de lagi.. semua generasi melewati 40 ke atas...
menarik nya di johor ni ya
huahua.. aku mahu datang raya rumah kamu tapi nanti aku roger~
P/S :bila si kosong mahu beraya rumah kamu?
Tengok! Dunia digital menemukan semula dua rakan yang telak kian lama berpisah! :)
olin :
hahaha~
silakan~
Si Kosong?
macam tak je~
=)
buat masa ini lah~
Tekkaus:
hehehe~
benar bang~
=)
biar benar? bagaimanalah bunyinya? hahaha =D
Blog Anuar Kamaruddin™ :
kalau Nuar dengar, pasti sudah mahu berjoget sekali~
=)
Post a Comment