Wednesday, January 16, 2013

Awak, Dia Belajar Melupakan.


Awak.
Apakah awak masih luangkan masa?
Untuk manusia yang bukan lagi istimewa?
Untuk manusia yang sudah lari dari sempurna?
Untuk manusia yang awak pernah cinta.

Awak.
Dia berterima kasih.
Atas segala penat jerih.
Sewaktu awak dan dia menyulam kasih.
Ada saat gembira, dia ingat, masih.
Ada saat duka, dia ingat lagi, sedih.

Awak.
Bila dia sudah bergerak.
Dia sudah enggan toleh curi pandang jejak.
Sedikit pun dia enggan lihat corak.
Biarlah segalanya hilang, rosak.
Kerana dia mahu lepaskan perasaan retak.

Awak.
Sesekali awak dan dia bertemu.
Tanpa sengaja, berselisih pintu.
Tanpa disedari, berselisih bahu.
Tanpa sebarang bicara, mulut terkunci membisu.
Lidah sememangnya kelu.
Kawal hati dari terus jadi pilu.

Awak.
Dia ingat setiap benda tentang awak.
Setiap satunya, bukan secara rawak.
Setiap ketawa, setiap kisah lawak.

Awak.
Dia tidak istimewa.
Untuk mana-mana manusia.
Dia hanya mampu jadi diri dia.
Yang kalau ada, hanya dia yang suka.
Yang kalau perlu, hanya diri dia rasa.
Bukan orang lain yang datang dan pergi sesuka mereka.

Awak.
Dia jatuh dan bangun kembali.
Dia sudah lupa bilangan dia paksa berdiri.
Dia tidak mengingati bila kali terakhir dia dihargai.
Tetapi pastinya, dia sentiasa kenal diri.
Untuk teruskan senyuman dalam hati.

Awak.
Dia belajar untuk melupakan.
Supaya tiada kesan.
Supaya tiada hati yang penuh calaran.

Awak.
Dia hanya mahu awak hidup baik-baik.
Selamanya.


[Sumber gambar]

22 comments:

shandye. said...

indah. mohon kebenaran kopipes di blog sendiri boleh?

reenapple said...

Melupakan jalan terbaik dari pada berdendam. Itu lagi membahagiakan rasanya.

#aku pun belajar melupakan. doakan aku =)

didie noxious said...

oh!kata-kata ni macam sembur atas muka saya sendiri :(

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

silakan. hanya untuk awak teamTBS!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Yup!

Semoga berjaya!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kenapa?
Kenapa?

Izzat Aziz said...

Apabila sudah terjalin satu perhubungan, agak sukar untuk melupakan. Manusia tidak mempunyai kawalan minda dan hati, ada satu masa sebulan diambil untuk melupakan, ada satu masa berbulan, terbaik sekadar berhenti berharap dan mengharap apa yang terbaik.

Lupakan? Mungkin selamanya tidak.

didie noxious said...

diri sedang belajar melupakan.
mohon share d blog sendiri,boleh? :)

AyesyaAhmad said...

kakak, salah tak kalau kita masih meletakkan harapan? sedangkan dia disana tak teringat pun kat kita.

aDa said...

Rasa..untuk lupa cuma perlu masa..tapi..adakala hingga hujung nyawa. :(

Lily Akalily said...

Hoi menyembur-nyembur air mata baca.
Kakak nak kopipes kat blog eh?

Unknown said...

Setiap kali berselisih, hati tetap berdebar. Harus bagaimana bisa melupakan?

Pedih dan sedih.

Unknown said...

Hati tetap berlari kencang tiap kali berselisih. Harus bagaimana bisa melupakan?

pedih dan sedih.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

share bagaimana?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Bergantung barangkali.
Kadangkala terpaksa berlakon kan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Tak salah.
Sebab akibatnya, awak yang akan tanggung sendiri.
Kesakitan, awak yang mungkin terpaksa hadapi.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Copy-paste bagaimana tu?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Jangan begitu.
Kita mungkin tak tahu mana letaknya nyawa.
:)

didie noxious said...

share ttg rasa sy ttg post ni :)

Anonymous said...

Like3

kay_are said...

memulakan hidup baru adalah jalan terbaik dari mengenangkan die dan mengharap die akan kembali even dah tau bende tu memang tak kan jadi..

Anonymous said...

Sangat menyedihkan. terjadi pada saya.. pilu.. sakit.. kecewa..