Saturday, January 05, 2013

#21 : Ini Cerita Seorang Perempuan.


Hari terakhir dalam minggu pertama sekolah. 2013 berlalu dengan pantas. Minggu ini dengan tema warna merah disebabkan kasut yang aku suka warna merah. Mudah.

Ada orang tanya aku kenapa aku acapkali pakai aneh-aneh sahaja ke sekolah. Jujurnya, aku rasa aku normal dan biasa seperti orang lain. Yang membezakan mungkin aku gemuk sedikit, tinggi terbantut dan kulit tak cerah (walaupun aku rasa ok je). Yang lain, aku segalanya gembira walaupun orang lain kurang gembira dengan aku.

Aku bekerja dengan mereka-mereka yang aku suka, persekitaran yang membahagiakan, kawan-kawan yang bagus dan anak2 murid yang buatkan aku semangat separa gila untuk buktikan apa yang aku jangka adalah tidak sama.

Tamak sesekali tak bunuh ataupun mengurangkan jiwa aku sebagai manusia. Bahkan aku jujurnya lebih bersungguh menjadi manusia dari sebelumnya :)

Hari ini ada yang mengherdik tidak tentu hala atas sebab yang sangat kecil sampai hati luka, terhiris berdarah. Biarlah. Biarlah. Manusia itu bukan sesiapa. Kata - kata yang terhambur itu akan kekal dalam ingatan aku. Betapa manusia itu tidak pernah puas - biarkan sahaja dia tenggelam dengan gembira yang dia sendiri cipta.

Aku?
Pilih untuk hindarkan diri sahaja. Rezeki manusia bukan dipegang oleh manusia lain.

http://distilleryimage6.instagram.com/2a608fce563211e2a97322000a1fb158_7.jpg
[Instagram aku]

Dalam banyak manusia yang kita kenal, ataupun yang mungkin rasa mereka kenal kita - pastinya ada terselit rasa menyampah tidak tentu hala walaupun tidak pernah ada pertemuan, bersua muka.

Biarkan mereka. Sebab daripada kita ada sebab untuk hidup atas dunia. Walaupun mereka kata kita takut dengan perasaan kita sendiri, tetapi aku ada satu pertanyaan untuk semua. Pernahkah kau rasa diri kau kurang segala benda berbanding orang lain?

Pernah? Aku pernah.

Jadi, apa yang aku buat adalah, berdiri di hadapan cermin, tenung diri aku sendiri dan tanya, apa yang aku kisahkan dengan orang lain sedangkan Allah jadikan manusia itu sebaiknya.

Apa aku buat adalah, senyum pada diri aku dalam bayangan cermin, tepuk bahu, usap rambut dan beritahu diri sendiri bahawa aku akan mampu laksanakan banyak benda, asalkan aku berusaha, dengan redha Mak & Abah, aku tidak perlu mengalah dengan manusia.

Usaha. Usaha. Usaha.

Sebab aku tidak mahu kalah dengan perasaan kecewa. Kau yang kata kami-kami yang mahu bangkit demi diri sendiri adalah manusia yang paling rasa tidak selamat atas dunia. Sekurangnya kami tidak pernah rasakan dunia ini neraka.

Zara : Senyuman dan persahabatan yang kau agungkan rupanya sebagai satu cara kau mengambil kesempatan. Anehnya pemikiran kau. (Shafaza Zara, 5 Januari 2012)

5 comments:

Anonymous said...

betul. kena mencari seseorang yang ikhlas dengan kehidupan.

Izzat Aziz said...

Manusia suka menegur, tetapi tidak gemar membetulkan diri sendiri. Tiada salah untuk menegur, tetapi rugi jika diri sendiri tidak dibetulkan dahulu.

Kita menjadi kita sahaja, kita tidak hidup untuk mengembirakan orang lain, kita tidak hidup untuk menjawab segala kritikan orang lain, cukuplah kita sedar kita dalam pembatasan agama.

Ms J said...

Semoga kita terus teguh dan tabah dalam segala hal.

H A N said...

nice one!love this piece very2 much...stay strong Cikgu! :)

Ini sangat cliche tapi mmg hakikat kan kita tak bley menutup mulut manusia b'kata2 & kita tak dapat puaskan hati semua org...

but then,kita bukan hidup utk puaskan hati org...kan?...

apa2 yg dilemparkan,we stay strong & keep our pride,after all,kita bkn mcm dorg2 yg perangai mcmtu kan?...

kay_are said...

bagi aku memang susah nak puaskan hati sume orang, ape yang kite rase ok, orang akan cakap tak ok, boleh wat better dan so on.. so ape aku wat.. just percaya dan terus wat ape yang aku rase ok.. habis cite..