Salam.
Aku dapat soalan begini dalam Formspring dan juga FB. Jujurnya, aku bukanlah orang yang layak ditanya soalan sebegini sebab aku sendiri kurang pasti sama ada jawapan aku dapat membantu ataupun tidak. Salah satu sebab aku katakan demikian adalah bakal mertua masing-masing pastinya punya kehendak tersendiri, maka pendapat aku mungkin tidak mencapai apa yang kalian yang bertanya mahukan.
Jadi, aku mahu berkongsi pandangan peribadi dan juga apa yang aku dengar dari kursus yang aku hadiri pada hujung minggu ini. Sebarang pandangan dan tambahan pendapat, boleh kalian tulis di ruangan ulasan sebab aku pasti, yang lebih berpengalaman pastinya lebih banyak pandangan bernas mereka sendiri.
Sebelum menulis dengan lebih panjang, pastinya setiap daripada kita tahu apa kehendak bakal mertua masing-masing itu. Mungkin daripada pasangan, kita tahu serba sedikit kegemaran ataupun perkara yang kurang digemari oleh bakal mertua. Makanya, itu terpulang bagaimana mahu dilunaskan atau diselesaikan.
1. Jika bakal mertua kurang gemar dengan imej anda.
Ini senang bak kata penceramah yang aku hadiri. Kalau dia kurang gemar dengan imej kita yang kurang baik di mata dia, berubahlah mengikut apa yang dia mahukan. Sebagai contoh, mungkin pakaian kita tidak menutup aurat (setakat membungkus aurat - bak kata Puan Mulia, sobs) - makanya, kita boleh ubah imej begitu dan berusahalah menutup aurat mengikut apa yang dimahukan. Tapi, kalau anda sudah menutup aurat, sekali bakal mertua mahukan menantu yang seksi seksa - aku rasa tak perlu kot nak ikut?
Kepada yang lelaki, mungkin bakal mertua kurang gemar dengan rambut panjang, pakaian yang tidak terurus ataupun jambang serta janggut atau misai yang berselirat - anda boleh kemaskan. Masa bersanding tak perlulah ikat tocang dan sebagainya. Hormati mereka walaupun itu mungkin imej yang telah anda pelihara sejak zaman persekolahan. Ah, demi gembirakan bakal mertua, apa salahnya kan? Lepas kahwin, boleh simpan rambut panjang lagi. Eh.
2. Jika bakal mertua kurang gemar dengan bentuk fizikal anda.
Benda begini sukar mahu ditafsir sebenarnya memandangkan setiap orang memang mempunyai citarasa tersendiri. Ada yang menganggap terlampau cerah itu serupa Edward Cullen - jadi mereka tak suka sebab macam orang sakit kononnya. Ada yang gelap pun tak disukai sangat sebab kononnya nanti dapat cucu gelap, tapi bagaimana kita mahu jadi Tuhan dalam diri kita sendiri kan?
Dalam bab warna kulit, mungkinlah boleh diubah (kot?). Pakailah krim pencerah, mandi susu dan segala apa yang dijual di pasaran tu kalau perlu. Yang dikatakan terlampau cerah berkilat bagaikan Edward Cullen boleh pergi berjemur dan mendapatkan kulit yang sedikit garing bagi memenuhi permintaan bakal mertua itu. Mana tahu sebab kulit dia sawo matang, dia takut tengok kulit orang yang terlampau cerah (agaknyalah).
Ha ha ha.
Kalau bab gemuk, kurus itu pula - itu boleh diubah juga tetapi dah kalau rangka badan besar, apa yang kita semua nak buat? Dah kalau keturunan memang berbadan besar, sekecil-kecil kita pun, masih orang lihat besar. Jadi bagi yang bertanya soalan sebegini, aku cuma kata, marilah bersyukur sebab kita sihat. Nikmat sihat yang kita dapat itu lebih utama daripada asyik sibuk nak puaskan hati orang. Kalau kita berusaha, dan sampai situ sahaja kita mampu lakukan, kenapa kita tak mahu berbangga dengan pencapaian diri?
Dah. Senyum cepat.
Kalau dia tak suka benda fizikal yang dikurniakan Allah, macam mata besar sangat, mata sepet sangat, hidung kembang, hidung kecil, hidung besar, dahi luas, pendek, tinggi dan lain lagi - takkan kalian nak pergi buat pembedahan pula? Dah kira berdosa mengubah kejadian Allah kan?
3. Jika bakal mertua tidak gemar dengan kerjaya anda.
Mesti ada sebab kenapa mereka tak suka. Jadi, dapatkan punca dahulu. Kenapa tak suka. Mungkin mereka ada sejarah tersendiri kenapa mereka tak gemar benda begitu. Kalau pekerjaan anda halal dan mampu untuk meneruskan kehidupan selepas berkahwin serta ada usaha memajukan diri, aku rasa benda begitu dah mencukupi. Tapi, kalau bakal mertua anda merasakan sebaliknya, sedapkanlah hati anda bahawa dia mencari yang terbaik untuk anaknya. Ya, siapa tak mahu yang bagus untuk anak masing-masing kan?
Jadi, anda boleh mulakan mencari pekerjaan lain ataupun berusaha memajukan diri dengan menyambung pelajaran (jika bakal mertua bising dengan kelulusan akademik anda) - jika ia masih dalam kemampuan anda, dipersilakan untuk menyedapkan hati bakal mertua sebelum anda dengan rasminya menjadi menantu mereka.
4. Jika bakal mertua tidak gemar anda tanpa sebab.
Ini paling payah. Tak tahu punca bagaimana nak selesaikan pula kan? Cubalah risik, tanya pada pasangan anda, apa yang bakal mertua tak berkenan sangat dengan anda. Mungkin anda bukan bakal menantu pilihan, dia dah ada orang lain mahu dijodohkan dengan anaknya. Mungkin juga dia malu anda tidak setaraf untuk dia bawa ke majlis-majlis besar dan sebagainya. Cubalah tanya, mungkin itu dapat membantu anda mendapatkan sebab dan alasan mengapa dia tidak menyukai anda.
Kata Ustaz penceramah semalam, kalau orang tak menyukai kita tanpa sebab ataupun alasan tersendiri, mungkin kita ada masalah dalam diri yang perlu diselesaikan ataupun orang begitu yang ada masalah dalam hati dan pemikirannya. Tapi untuk bersangka baik, marilah kita muhasabah diri sendiri sebab mesti kita ada sesuatu yang tidak disukai oleh mereka.
Selain itu, jangan buruk sangka dengan bakal mertua. Dengan setakat pandangan pertama, sessekali bertemu, sudah tentu kitabtak boleh melabel mereka bagaimana. Selain itu, menerima kekurangan mereka, kelebihan mereka adalah perlu. Siapalah kita berbanding orang lain? Sudah tentu melayani mereka sebagaimana melayani kedua ibu bapa adalah digalakkan. Lebih-lebih lagi jika mereka sudah menjadi mentua kita nanti.
Bagus ceramah tu semalam/div>
Selain itu, jangan buruk sangka dengan bakal mertua. Dengan setakat pandangan pertama, sessekali bertemu, sudah tentu kitabtak boleh melabel mereka bagaimana. Selain itu, menerima kekurangan mereka, kelebihan mereka adalah perlu. Siapalah kita berbanding orang lain? Sudah tentu melayani mereka sebagaimana melayani kedua ibu bapa adalah digalakkan. Lebih-lebih lagi jika mereka sudah menjadi mentua kita nanti.
Bagus ceramah tu semalam/div>
[Sumber gambar] |
Tapi bak kata Puan Mulia pada aku, kalau suatu hari nanti aku punya bakal mertua - aku mesti berusaha agar aku diterima oleh mereka seadanya, menghormati mereka sebagaimana aku menghormati keluarga aku sendiri serta berdoa agar mereka menerima aku, mengalukan aku ke dalam keluarga mereka. Banyak perkara yang aku perlu sentiasa belajar sebab setiap orang tidak sama dan walaupun susah atau senang, aku yang perlu hadapinya sendiri nanti, tanpa campur tangan dia lagi.
Sedih pula bila teringat apa Puan Mulia cakap.
Sobs.
17 comments:
insyaAllah......my mom pesan siap2....jangan dok umah mertua, p dok umah sendiri...umah mertua p melawat ja...then jangan melawat tangan kosong, make sure bawak something....=D
Ah! Betul tu.
Kena bawa buah tangan, tak boleh datang tangan kosong.
:)
bak kata kakak ipar saya; "Usaha, usaha, dan usaha lagi untuk tawan hati bakal mak mertua."
kalau masih gagal. mulakan dari bawah, cuba tawan hati anak-anaknya yang lain. contohnya *batuk* bawak adik si bakal suami makan tempat sedap-sedap dengan harapan si adik itu akan mempromosikannya di hadapan bakal mak mertua.
kalau keluarga bakal mertua itu ada kucing dan anda tak berapa suka kucing, cuba-cubalah riba kucing belaan keluarga tersebut walaupun anda sebenarnya takut/seram/cuak dengan pandangan sinis si kucing maine coon yg sebenarnya jinak dan mengada-ngada itu.
=)
hendaknya mak mertua aku nanti sukalah kat aku.. payah kalau cerewet nih
Dalam cerita Hachiko, terbaik ayah kepada perempuan ni tanya pada bf dia "kamu sayang anak aku?", "ya" jawab lelaki tu "sebab bila masa susah nanti, tu je yang penting" kata si ayah tu lagi.
owh..cemas nye...
cemas nye..
owh...cemas nye..cemasnye...
risau nak jumpe bakal ..utk kali pertama ..cemasnye..
owh.. tips yang berguna tapi part yang tak suka tanpa sebab tu.. memang takleh nak watpe dah.. tak suka sudah, habis cite.. boleh camtu? =P
Saya paking takut kucing.
Moga keluarga Kopi takde la kucing bagai ni.
Keluarga Bunny dulu ada. Hahaha.
Kau punyalah baik.
Kalau mak mertua kau tak suka kau, aneh tau.
Wah!
Macam sweet sangat ni.
Kenapa?
Kenapa?
Semoga berjaya!
:)
Hahahaha.
Mana boleh?
Tak boleh.
Kecuali nak ceraikan anaknya.
Eh.
aaaaahhhh...
bab tak disukai tanpa sebab tu memang penah la gua kena setepek sekali.
jinjja. gila ah. lepas tu buat alasan itu lah, ini lah.
dia pun dah selamat kawen bila tah n gua masih single n available n enjoying life, perhaps.
eshhh, takmo jadi typical rejected yg meroyan tak sudah. eshhhh...
positif, ok. positif! :)
kita nk g jumpa,dia xnk bwk...
sobs...
=(
Mcm mna nak post. Nak share and minta pendapat he?
Post a Comment