Awak.
Adakah dunia ini gelanggang?
Untuk awak bikin hati orang tunggang langgang?
Hanya sebab awak mahu julang.
Kononnya awak paling gemilang.
Awak.
Satu demi satu rasa indah singgah.
Satu demi satu awak tinggalkan resah.
Keperluan mendesah.
Ah!
Awak.
Umur sentiasa jadi penanda.
Bila yang datang lebih berusia.
Awak mula takut orang mengata.
Awak mula runsing awak jadi bahan cerita.
Walaupun hati awak suka.
Tapi mengenangkan mulut manusia.
Awak kecewakan mereka semua.
Awak.
Umur itu hanya angka.
Bila yang muncul lebih muda.
Awak rasa dia main-main pula.
Timbul isu kematangan manusia.
Apakah dia mampu bersama tempuhi segala.
Ataupun hanya sekadar main rasa suka gila.
Awak.
Bila yang datang sebaya.
Awak mula risau tekanan pula.
Apa mungkin siapa lebih matang atau besar kepala.
Bagaimana mahu buat keputusan segala.
Adakah awak yang bakal tanggung semua.
Ataupun dia yang lebih tahu segala.
Awak.
Jangan kecewakan manusia lagi.
Semuanya awak tolak tanpa simpati.
Jangan sampai tiba hari.
Awak akan ditolak mati.
Itu hari rugi.
Sepi.
Awak.
Pilih demi kebaikan diri.
Bukan atas dasar simpati.
Usia bukan ukuran kematangan diri.
[Sumber gambar] |
Shafaza Zara.
19 Januari 2013.
9 comments:
Banyaknya awaks, cikgu.
kebetulan sedang mengalami dilema sebaya... tua 5 bulan je tapi kadang2 hati ni mcm berbalik2 jugak... tapi dah suka.
Sebab dalam siri awak & dia.
Suka-suka.
:)
Usia bukan apa-apa.
Benar :)
rasa ; milik semua kan.
kalau usia diambil kira , maka dunia cuma ada cinta yg terhad sahaja. :)
andika
masih terasa seperti di awangan bila ada parents datang ambil anaknya di tempat kerja saya dan tanya berapa umur saya, saya sebut *bleep*, sang ayah cakap awak nampak mcm baru lepas spm!
*mode perasan habis*
terus hepi gila dan upah diri sendiri dengan sepotong piza dan secangkir kopi di kafeteria.
macam usia main peranan besar. tapi kadang2 kita sedang sedang mainkan hati kita!
usia jadi ukuran or tak, bagi aku depend kat individu tu sendiri.. ade yang amek kire isu ni dan ade yang tidak.. hmm..
sebiji terkenaa pd diri sendiri.
thanks kak, bg idea :)
Post a Comment