Sunday, January 13, 2013

#22 : Ini Cerita Seorang Perempuan.


Semalam sudah enam purnama.
Pusing sana sini bercerita, masih aneh dengan rasa.
Bekerja tapi lupa juga banyak benda.
Terlampau banyak perkara diabaikan sebab mengejar masa.

Pagi Ahad kedua dalam 2013. Aku sedar yang aku tak banyak menulis di blog sejak akhir-akhir ni disebabkan kesibukan tugasan. Kekeringan ilham untuk menulis mungkin menyumbang sekali. Entahlah.

Seperti Kopi cakap dengan aku, dia sedar yang aku sibuk sangat dengan kerja bila tanda-tanda berikut muncul :

1. Aku makan tak tentu hala, tak tentu masa - tak macam aku yang dia kenal. Hahaha.

2. Aku mula abaikan buku-buku yang berderet untuk dibaca. Maksudnya buku melambak, tapi disebabkan kerja aku melambak - aku dah kurang membaca.

Itu mungkin dua tanda yang dia nampak. Tanda yang lain mungkin juga aku kurang muncul di laman sosial kecuali aku rasa perlu, tidak ke acara sosial yang melibatkan buku, pandang buku dengan pandangan sayu serta mata lesu dan terakhir sekali - berat badan bertambah tapi aku kurang gila nak kurangkan semula.

Akhir-akhir ini, aku kembali tidur bersepah - sekejap di meja depan komputer, sekejap atas katil tanpa bantal dan selimut, sekejap atas permaidani dengan buku serta kertas bertaburan - aku makin tua agaknya. Heh!

Jadi, cubaan kedua aku sepanjang 2013 dah bermula ini adalah kembali membaca dengan kelajuan yang seiring dengan kekuatan mata dan tenaga. Kerja aku humbankan ke tepi seketika dan cuba untuk tenggelam membaca. Pilihan hari ini adalah dari koleksi Big Bad Wolf yang Kopi beli dan dia sudah habis baca.

The Girl Who Played Go oleh Shan Sa. Bila aku tanya kenapa dia beli buku ni, jawapan dia adalah sebab buku ni ada permainan GO. Tetiba teringat cerita Korea. Heh! Apa pun, tulisan biru halus tu adalah tulisan dia. Kali pertama aku tengok orang tulis secara berformat. Kalau aku, kat mana perkataan aku tak faham, di situ juga aku conteng.


http://distilleryimage0.instagram.com/0ade2fc45d1911e2aeda22000a1f973b_7.jpg
[Instagram aku] - Tulisan halus tu tulisan Kopi.

Selamat hujung minggu semua.

Nota Kaki : Maaf buat yang hantar email untuk #Jiwa dan #Jiwa2. Aku dah berhentikan penghantarannya. Terima kasih atas sokongan kalian selama ini.

7 comments:

Izzat Aziz said...

Sekali imbas tengok ingatkan The Girl Who Played With Fire, rupanya GO.

Rasa pernah tengok juga cerita korea yang main Go, speed scandal kalau tak salah.

Sekarang pun samalah, masuk januari, kerja banyak sikit... memang tak sempat sangat nak buat benda lain.

Fatimah Ali said...

Kalau kerja makin banyak, semua benda jadi tak terurus kan.

Anonymous said...

hye zara.

singgah baca aktiviti hujung minggu.

santai-santai okey

@pari2cumel(twitter.com)

Nazerah Yahya said...

wah...biasalah .....belajar kerja belajar kerja ....sentiasa sibuk .....huhu...
saya pun cenggitu jugak.....

I.AM.HAFFEZ said...

Malam nie merah lawan merah cikgu.

Unknown said...

jaga kesihatan ya! :)

kay_are said...

aku kurang sikit bacaan bahase london ni.. sedangkan robinson crusoe pun tak mampu aku habiskan.. T__T

time kasih aku dapat jiwa 1 dan 2.. ^__^