Apa yang lebih menyakitkan daripada dibenci?
Apa yang lebih menyakitkan daripada dikhianati?
Apa yang lebih menyakitkan daripada dibohongi?
Apa yang lebih menyakitkan daripada dicurangi?
Diabaikan oleh manusia yang disayangi.
Diabaikan oleh manusia yang dicintai.
Diabaikan oleh manusia yang dikasihi.
Sekurang-kurangnya, jika manusia demikian benci, khianat, bohong dan curang, mereka masih sedar dan mengakui kewujudan kita. Tapi bila manusia mengabaikan kita, manusia itu pastinya beranggapan yang kita tidak wujud - ada secara makna tetapi bayang yang tidak perlu mereka kisahkan. Ah, serupa celaka sebenarnya berhadapan dengan manusia sebegini, kita berlari mengejar, kita merangkak mahu mencapai - tetapi kita diabai.
[Sumber gambar] |
Kau menunggu.
Kau habiskan waktu.
Kau abaikan apa yang perlu.
Hanya sebab masih mahu setia, wak lu!
Orang kata kau bodoh.
Kau hanya tarik muka hodoh.
Orang kata kau menyedihkan.
Kau senang-senang ukir senyuman.
Orang pandang kau dengan muka simpati.
Kau sengih sampai nampak gigi.
Orang kata suruh bersabar.
Kau gelengkan kepala sambil buat mata bersinar.
Orang tanya sampai bila kau mahu menunggu.
Kau hanya kata sampai dia lepaskan kau bila tiba waktu.
Zara : Sangat sukar untuk menunggu sesuatu yang kita tahu tidak akan terjadi. Tapi, lebih sukar untuk berputus asa bila itu segalanya yang kita mahukan. (Shafaza Zara, 26 April 2012)
10 comments:
saya suka tulisan kamu. oleh itu, saya minta untuk share kata-kata kamu. :)
hummm..kdg2 kt slalu tepk..betul ke boleh bahagia..
tp hati xpernah nk lepaskan dia..
semakin hari, semakin best tulisan anda cikgu zara :)
ya ALLAH.. inilah apa yg sedang sy lalui.. mcmana la akak dpt idea yg sgt menakjubkan ni.. minx izin nak share ye..
saya suka kamu. suka tulisan kamu.
aku tidak suka membaca tulisan kamu sebab semua tulisan kamu membuatkan aku menangis. mengalirkan air mata tanpa tanpa sedar. kamu seolah2 berada di tempat aku yang memahami isi hati aku. tulisan mu umpama mesin fotostat tentang kisah aku. tentang hati aku. rasa tenang bila membaca seolah2 aku dapat meluahkan apa yang aku rasa. untuk itu, aku bangga dengan kamu. tapi ia tetap menjadi tanda tanya dalam hidup aku, macam mana kamu tahu apa yang aku rasa? atau mungkin secara kebetulan? atau kita sedang lalui satu situasi yang sama? tapi kenapa? >.<
saya pon mahu share.
kita ini halimunan di hadapannya.. =.=
Ramai je yang mengalami situasi sebegini..
Saya salah seorang daripadanya.. Namun, life must go on with a thousand of smiles... (betul ke BI ni... ehehhh...)
:D
sampai waktunya, rasa sayang tu boleh mati dgn rasa sakit yg tak pernah hilang.satu hari, akan penat mengejar apa yang meninggalkan.
you know Zara, it's as if you're in pain these days. true or not, be strong :)
Post a Comment