Saturday, April 14, 2012

Setia 2.1



Sejak si Jejaka memulakan hidup dia dengan perempuan yang si Gadis tidak mahu ambil endah, Gadis kekal dalam hidup dia yang biasa-biasa. Mungkin sebab dia masih sayang pada jejaka - dia tidak ambil peduli apa yang manusia itu sudah buat pada dia, dan hidupnya bertambah baik tanpa kehadiran jejaka yang pernah hadir dalam hidup dia. Jejaka itu kawan, jejaka itu sahabat baik dia satu ketika dahulu dan mereka pernah jalinkan perasaan. Dia baik sahaja dengan semua itu, cuma jejaka menjauhkan diri dan dia, malas mahu ambil peduli.

Tapi, hujan lebat juga pastinya berhenti.
Begitu juga dengan perasaan manusia sepi.
Entah kenapa si jejaka kembali.

"Saya tak boleh hidup tanpa awak"

"Awak dah pilih orang lain berbanding saya"

"Saya buat kesilapan. Saya lebih pentingkan nafsu"

"Awak sudah buat pilihan"

"Saya mahukan awak kembali"

"Saya tak boleh buat keputusan sekarang ini"

"Saya harap awak pertimbangkan ya nanti?"

"Tengoklah"



Si gadis biarkan permintaan jejaka tanpa jawapan. Dia enggan sebenarnya pertaruhkan jiwa dia lagi. Dia enggan menanggung kesakitan ditinggalkan dengan seribu persoalan tanpa dia tahu apakah kesalahan dan kesilapan dia dalam perhubungan. 
Adakah menjadi manusia yang setia, dia sebenarnya telah menempah derita?
Adakah dengan menjadi manusia yang penyabar, dia bakal terbakar?

Gadis diam tanpa banyak bicara dan entah bagaimana - mereka boleh kembali bersama. Segalanya dimulakan tanpa perlukan ucapan saya cintakan awak - awak cintakan saya. Mereka kembali menjadi pasangan sebagaimana kali pertama mereka menyulam rasa sekian lama. Hati gadis sebenarnya masih waspada dan berjaga-jaga, bimbang segalanya bakal berubah sekelip mata. Tetapi jejaka melayan dia dengan baik dan dia fikir, kikis sahaja perasaan curiga. Berlebihan nanti boleh mengundang celaka. Jadi, mereka bahagia dengan masing-masing melayan rasa cinta dan bahagia.

Beberapa bulan berlalu, mereka masih bahagia - kesibukan dan bekejar dengan masa, tetapi mereka masih berhubung tanpa ada selisih faham - kerana mereka sendiri tidak pernah bertengkar dan saling menaikkan suara. Tiada istilah marah, tiada istilah menyampah dalam kehidupan dan hubungan mereka. Segalanya berjalan seperti biasa - bahkan boleh dikatakan lebih baik daripada kali pertama. Bahkan, dalam diam, si gadis sudah mula gigih menyimpan wang sendiri - mana tahu kalau ada rezeki jodoh dipanjangkan dan mereka boleh memulakan hidup bersama.

Suatu hari, si jejaka hilang lagi. Hilang berhari-hari. Si gadis mula risau, susah hati, apakah yang ditakutinya bakal kembali? Dia mencari maklumat, menyelongkar setiap inci kawasan yang dia ketahui dalam diam - apakah jejaka mencari kembali wanita yang berjaya merebut jejaka tersebut darinya. Tetapi wanita tersebut ternyata sudah lama menjauhkan diri - kerana si jejaka menyakitkan dia lebih dari menyakitkan gadis. Gadis enggam ambil tahu secara terperinci, maka dia dalam diam, mahu mengurut dada, mengelap peluh di dahi. 

Jejaka datang, jejaka pergi. Sudah kembali kepada perangai lamakah dia kini? Tumpuan gadis pada hidup, peribadi dan kerjaya harus sahaja diimbangi. Di tempat kerja, dia gadis lincah dan sentiasa senyum berseri. Tidak akan sekali dia pamerkan masalah dia pada manusia di sisi. Dalam dia mengelamun pandang luar tingkap, mencuri lihat matahari - satu pesanan laman sosial berbunyi. Dia buka dan baca.

"Awak kah gadis kepunyaan jejaka?"

"Ya, siapa awak?"

"Saya baru pulang berjalan dengan dia"

"Atas urusan kerja?"

"Jangan jadi bodoh, kami pastinya pasangan bercinta"

"Apa maksud awak?"

"Jauhkan diri dari dia, jejaka saya yang punya"

"Awak!"

Tiada pesanan berjawab.
1 minit.
1 jam.
1 hari.
1 minggu.


[Sumber gambar]

Si Gadis masih menunggu kalau Si Jejaka bakal kembali.
Dia hanya mahu jawapan bagi soalan hati.
Bukan penting untuk cinta bertaut lagi.
Tapi, kenapa dia ditinggalkan sepi.
Janji rupanya dibuat untuk dimungkiri.

Kali kedua dikhianati.
Gadis masih mampu senyum sendiri.
Jejaka lupa hukum Tuhan barangkali.
Dia ada adik perempuan - ibu - makcik - kawan - dan mungkin bakal ada isteri.
Dia tidak akan dapat lari.
Zara : Kita tahu seseorang itu rapat dengan kita apabila emosi dia mampu mempengaruhi emosi kita secara misteri. Mungkinkah ikatan kimia itu kuat bila hati-hati bertaut kerana kasihkan saudaranya? - Jangan pernah menghakimi keputusan yang seseorang buat, tanpa kau tahu sebab dan kenapa dia melakukannya (Shafaza Zara, 14 April 2012)

10 comments:

reenapple said...

hurmmm... as usual.. bagi aku, kalau ex yg buat hati kita merana, jngan sesekali menerima untuk kali kedua.. sebabnya?? Macam yg kak zara cerita diatas.. dikhianati untuk kali kedua..

kali kedua tidak lagi punya rasa sakit berbanding kali pertama.. moga gadis itu tabah sahaja..=)

Rohainah said...

suka sangat dengan penulisan kak zara... :) harap kak zara blh la follow sy..tq

Anonymous said...

phewww
kenapa ayat2 ni buat hati ditarik2 bagai disentap?

sangat sangat sukaa..

AkuBukanLelaki said...

aku bukan gadis itu
yg beri peluang banyak kali


heiii
cukuplah sekali-jayjay

Mass said...

mmm....memg pahit tapi ada hikmahnya...adik akan berjumpa dengan lelaki lain yg lebih baik lagi...hidup panjang lagi....lelaki yg kejam itu tidak selamanya bahagia atas perlakuannya..percayalah...

Anonymous said...

Saya penah berada di situasi ini :(

Sya_Merpati Putih 88 said...

kalau mcm nie lah gayanya memang tak patut di ebri peluang kedua, buat menaykitkan hati dan menyeksa jiwa sahaja..

zulkoa said...

gaya penulisan yang cool..

hebat

NoorVictory said...

Sangat suka. Sy menulis blog utk lupakan menyibukkan diri. Dikecewakan itu sangat sakit. First love, first cut. Yet, it is so deep, sometimes I barely breathing.

Huhu. Semoga semua yg telah kecewa mneruskan khidupan dgn redha. Redha itu mendamaikan jiwa ;)

fiza mohamad said...

i like.. Dia lupa dia ada adik2 perempuan, sepupu perempuan dan seangkatan.. Lelaki mudah berkata2,tp buatnya?