Friday, April 13, 2012

Setia 2.0


"Saya buat ini semua demi kebaikan bersama"

"Kebaikan apa yang kita dapat?"

"Perlu ke kita sentiasa berhubung, berbual?"

"Tak perlu. Cuma, saya tak rasa awak perlu hilangkan diri dan muncul sesuka hati"

"Saya tak nak awak cuma harapkan saya"

"Maksudnya apa?"

"Saya tak nak awak terbiasa dengan saya. Nanti saya tiada, macam mana?"

"Apa maksud awak tiada?"

"Bila saya sibuk, nanti awak cari saya, saya tak dapat datang pada awak, susah"

"Jadi, ini latihan kiranya?"

"Ya, ini latihan supaya kita tidaklah terlalu bergantung antara satu sama lain"

"Baik. Awak nak buat sampai bila?"

"Nanti kalau perlu, saya akan cari awak, boleh?"

"Jadi, saya tak boleh hubungi awak?"

"Boleh"

"Saya boleh hubungi awak, tapi awak tak akan balas kan?"

"Begitulah. Saya tak halang awak cari saya, tapi saya memang tiada reaksi"

"Baiklah, kalau awak suruh begitu. Tapi kalau awak hubungi saya?"

"Kenapa?"

"Perlukah saya balas?"

"Pernahkah awak tak balas bila saya cari awak?"

"Tak pernah."

"Jadi, teruskan apa yang awak buat"

"Oh, adil ya?"

"Terpulang pada awak"

http://farm3.staticflickr.com/2194/4478889110_7fdb60e024.jpg
[Sumber gambar] - Gambar ini ironi. Setuju?

Jadi manusia yang mendengar kata dalam hubungan, si gadis hanya mengiyakan sahaja apa yang diminta oleh si jejaka. Ada benar dalam tutur katanya, tidak perlu sentiasa berhubungan, tidak perlu saling mencari kerana mungkin akan timbul rasa bosan dan ada orang perlukan waktu sendiri. Dia hadam sahaja permintaan - memandangkan dia rasa dengan perkara demikian mungkin jejaka akan merindui dia jika berhubungan sekali sekala. Dia masih meneruskan rutin, tegur jejaka - kirim pesanan ringkas, hantar pesanan elektronik dan sebagainya - kerana dia sudah terbiasa. Tidak lagi mengharap jejaka akan balas. 

Perkara itu berlarutan beberapa lama. Gadis sudah terbiasa ditinggalkan berhari-hari. Sementelahan pula, jejaka sering mengingatkan bahawa tanpa ikatan sah, mereka sebenarnya hanya sedikit sahaja istimewa berbanding teman biasa. Tidak perlu setiap hari menyatakan cinta ibarat pasangan yang sudah bernikah. Gadis, akur sahaja. Dia simpan sahaja apa yang dia sudah sediakan dalam kepala. Kalau jejaka muncul, baru dia bersuara. Kalau tidak, dia teruskan hidup yang biasa-biasa.

Lebih kurang tiga purnama keadaan berlarutan dan si gadis terima satu pesanan daripada si jejaka. Sudah lama dia menunggu manusia itu muncul, walaupun dia masih meneruskan rutin menghantar pesanan dan sebagainya tanpa balasan. Hati dia berbunga bila lihat teguran si jejaka.

"Hai awak"

"Hai sayang"

"Saya cuma nak beritahu yang saya sudah ada pengganti awak"

"Apa?"

"Dia lebih mengambil berat berbanding awak."

"Tapi, saya juga cari awak setiap hari, walaupun awak tak balas saya"

"Itu tidak memadai, selamat tinggal"

Klik!

Gadis jatuh terduduk tanpa bicara.
Dia mendengar kata.
Dia buat apa yang diminta.
Tapi, ini yang diterima.
Langsung tiada sebutir air mata.
Yang ada cuma khayalan yang berderai bagaikan kaca.

Zara : Tiada yang lebih menyakitkan di atas dunia ini berbanding dikhianati, disakiti oleh manusia yang kita tidak akan pernah sangka akan melukai kita satu hari nanti. (Shafaza Zara, 13 April 2012)

28 comments:

Anonymous said...

kadang-kadang bila terlalu percaya dan setia kita pula yang dikhianati.
jadi janganlah terlalu mempercayai dan menaruh harapan yang tinggi pada sesuatu yang tak pasti...

ika :) said...

terkesan di hati post nie >.<" ..teringat kisah dulu-dulu T__T

Anonymous said...

in progression..

Anonymous said...

cikgu ni ckp psal saya ke? T.T

Jari Jemari Si Gile said...

ouch....
kejam...!

Zeera Lana said...

nice
entry ini melekat dijiwa pabila membacanya
keep it up girl :)!

Bongsu said...

kejamnye lelaki tu. menyeksa manusia. -_-"

Bongsu said...

kejam!

Anonymous said...

pernah merasainya! :S

yanntulis said...

lelaki tu mcm &*#&$!


dan lelaki tu jugalah teman aku.

lame mana nak sabar ? :(

Zarith said...

jgn la terlalu berharap kononnya cinta itu milik kita..bercinta berjanji sumpah setia hidup semati segala..cukup la sekadar sedikit harapan dengan sekelumit cinta pada dia mengharapkan yg dia adalah jodoh kita..kerana jodoh itu telah ditetapkan..

nn said...

exactly how i felt few months back. tapi masih juga macam ni biar dia dah ada yang lain. masih ada untuk dia.

faraakucas said...

da biase da rase bende macam nii .

Syafiq Лomoтехн said...

jika setia 2.0 itu ada masalah, kalau ada peluang baiki dan jadikannya setia 2.1, 2.2, 2.3 dan seterusnya.

kalau tak de peluang ataupun gagal walaupun dah cuba, maka carilah setia 3.0

rgds,
lomotech

~fais~ said...

bagaimana zara menjadi seorang yang sangat memahami?

ape yg tertulis seakan sama dengan situasi yang dilalui..

dan terbukti, ape yg zara tulis itu adalah knyataan..dan ianya betul2 berlaku.
:'(

Unknown said...

kejam.
what goes around will definitely comes around.

Addi said...

dan benda ini sudah pun saya lalui. perit. hanya Tuhan tahu macam mana perasaan seperti dipermainkan.

nurulnadiaroslan said...

saya pernah lalui ini. sama sebijik macam apa yang zara tulis.

dila said...

macam cerita hidup saya.

Anonymous said...

saya juga setuju. sangat menyakitkan hati..!

Anonymous said...

erkkkk..

teringat ayat kwn sy.
"kau da tunggu dia punya lama. tak pandang lelaki lain dan tiba tiba dia hantar message kata nnt jemput dtg kahwin dia. camner?"
sy terkelu ketika itu.
begitu juga ketika baca entry nie.

Anonymous said...

:( kebodohan sebab percaya pada janji yang tak pasti menyebabkan saya sedang kecewa..

Rohainah said...

suka sangat dgn tulisan zara,, <3

Anonymous said...

ini lah yg terjadi pd diri ni...selepas bertahun2...akhirnya mcm ni...

Anonymous said...

setiap kali saya sy baca entry ini. saya berulang kali rasa. ouh pity me. tapi rupanya saya tak seorang yang pernah rasa luka. ada lain yang pernah jugak . jadi buat saya yakin saya boleh berdiri lebih gagah lagi. thanks zara. :)

Ana Anakmas said...

i love your entries..~!=D
moral of the story, kalau tkde ikatan, always prepare for the worst...

Siti Hajar said...

sy prnah kena mcm ni. dkt 2 bulan cmtu. smpai 1 hari, dia bg msj ptus. mmg tak boleh nak wat pape da, terpaksa terima.

fiza mohamad said...

owh penah kena.... Sialan! Haha.
Dia nak senyap,dia senyap. Dia nak off hp,off. Kita la jd org yg 'setia'. Bila kita ckp dia senyap,dia kata kita x phm dia bz, bila kita bz, x reply, dia kata kita dh berubah. Oh mann,sapa yg lg complicated ni..