Senyap.
Pernahkah kau dengar bahawa dengan kesenyapan seseorang itu, ada manusia lain yang boleh mati dan berputus asa dalam hidup mereka?
Senyap.
Pernahkah kau tahu apabila seseorang yang dikasihi, dicintai senyap begitu sahaja, manusia yang mencintai dan menunggu boleh menghabiskan nyawa sendiri tanpa dia sedar bahawa dia akan lenyap?
Senyap.
Pernahkah kau mengerti bahawa kesenyapan kau membunuh manusia disekeliling yang kau tinggalkan dalam diam - hanya kerana kau sahaja tahu alasan kenapa kau berbuat demikian?
Senyap.
Pernahkah kau tahu dengan sikap degil dan membatu diri kau menyebabkan ada manusia yang sudah putus asa dan putus harapan dengan kau yang membiarkan dia perlu hidup sendiri menanggung kecurangan dan pengkhianatan kau dalam kesenyapan ibarat munculnya kayap?
Senyap.
Pernahkah kau berhenti dan buka mulut untuk menegur manusia yang kau sayangi lebih dari sepuluh perkataan, padahal dia menunggu kau ibarat burung kecil yang tidak sabar meninggalkan sarang selepas kuat sayap?
Senyap.
Pernahkah kau cari dia yang semakin lama semakin hilang rasa, hilang kawalan diri akibat kesenyapan kau yang mencengkam diri manusia biasa - menularkan kesakitan dalam jiwa ibarat pohon yang tumbuh merayap?
[Sumber gambar] |
Senyap.
Pernahkah kau tahu bahawa kesenyapan kau telah membunuh manusia yang kau sayangi?
Senyap.
Dia sudah lenyap.
Dia sudah ranap.
Senyap.
Tahniah, kau sudah jadi pembunuh seperti yang kau harap.
Zara : Jadi manusia yang setia bukannya sukar, bahkan ianya sangat mudah. Jika kau sebenarnya sangat mencintai seseorang, kau tidak akan buat apa-apa yang merosakkan hubungan tersebut dan juga tidak akan menyakiti serta melukai seseorang yang kau cintai itu. (Shafaza Zara, 12 April 2012)
11 comments:
saya mahu share di blog saya yer..thnks.. :)
oh.Agak terasa kerana saya juga adalah salah seorang yang suka diam bila sesuatu berlaku hingga menyebabkan org lain rasa susah hati.
love this much.
kesenyapan yang menggoncang nikmat hidup.
:)
kalau begitu, aku dah jadi pembunuh senyap sekarang. itu pun kalau dia 'mati'.
kalau.
entry ni patut dibaca oleh mnmr ! yg mcm *#%$^! . sakit hati gila bila org mendiamkan diri ni.
jd aku pun ikut rentak kau.
senyap jugak !
penulis, sy cukup sayu baca entry ni sbb skarang sy dlm situasi dimana sidia berdiamkan diri tanpa alasan..
sy mohon izin utk share di fb ye...dgn harapan dia baca & sedar. tq penulis
salam penulis..sayu hati sy bc entry kali ni..sy skng brada dlm keadaan dia senyap tnpa sebab..mohon izin utk sy share di wall fb sy ye..dgn harapan si dia baca & sedar apa yg dia buat..tq penulis..Dee
sonyap..silence
silence the best way bg sesetengah org..hmm..
mohon share..
Post a Comment