Saturday, April 21, 2012

Sendiri #02.


Kau berjalan tanpa siapa pegang tangan.
Kau bangun menyedari kejamnya kehidupan.
Kau lapar tapi lupa apa itu makanan.
Kau kehausan tapi lupa mahu meneguk minuman.
Kau penat tapi kau waktu rehat kau abaikan.
Kau rindu tapi kau sebenarnya sendirian.
Kau menangis tapi kau tenggelam dalam kesedihan.
Kau gembira tapi itu semua senyuman kepalsuan.
Kau bahagia tapi ianya sekadar lakonan.
Kau terjaga tapi tiada langsung pesanan.
Kau termenung tapi tiada siapa hiasi khayalan.
Kau bermimpi tapi segalanya tiada langsung harapan.
Kau sakit tapi kau hanya terbayangkan kematian.

Bila jatuh sebenarnya kau ada dua pilihan.
Menerima segala tekanan dan putus harapan.
Atau kau bangkit berdiri menerima cabaran.
Semuanya kau yang harus tentukan.


Ada dua perkara yang paling sukar untuk manusia lakukan.
Untuk memberikan seseorang kepercayaan.
Untuk mengekalkan janji yang telah disimpulkan.
(Shafaza Zara, 21 April 2012)


[Sumber gambar]

Zara : Kadangkala kita perlu belajar untuk melepaskan sesuatu yang bukan lagi dalam kawalan. Banyak lagi perkara yang perlu kita hadapi dan nikmati dalam kehidupan. Kesakitan boleh dielakkan, jika kita mampu bertahan dan kekalkan senyuman (Shafaza Zara, 21 April 2012)

7 comments:

CallMe-NW said...

kak zara..:'(

reenapple said...

Ah... ini betul-betul berkaitan dengan aku.. =(

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

sakitnya mata kail tu tsgkut dbibir...
tp tdk sama rasa sakitnya apa yg di hadapi..; misstaugeh

aindzaya said...

tapi nak melepaskan sesuatu tu, mesti kene bersedia segala rohani dan jasmani klu tak msti sakit macam kene tangkai kail tu..eeii!

"Jadi draftsman cita cita sejak azali.".

Mass said...

like...like..like..

tiada pilihan jika jatuh
kena bangkit selagi nafas masih menghembus...

NIA SI DRUMSTICK said...

bukan mudah nk melepaskan rog yg kt sayang..kt lebih rela merasa sakit masa menyayangi dpd melepaskan dia kan..hmmm.. :( nice word from u..like it ..

NIA SI DRUMSTICK said...

bukan mudah nk melepaskan rog yg kt sayang..kt lebih rela merasa sakit masa menyayangi dpd melepaskan dia kan..hmmm.. :( nice word from u..like it ..