Sebelum tidur semalam, dengan sakit di tangan (kedua belah) dan sakit dalam hati (huru-hara manusia ini) - aku buka satu persatu gambar dan pembacaan aku waktu zaman masih belajar. Kebetulan, aku terbaca tentang biasiswa untuk pelajar perdana yang mengikuti pengajian Julai atau Sepetember, aku teringatkan di waktu bulan begini, sekitar tiga tahun lepas- aku sedang bertungkus lumus dengan projek sarjana muda. Menggila demi apa yang dipanggil segulung ijazah.
Dalam banyak-banyak gambar, ada sesuatu yang menangkap mata aku. Teman sebilik yang pendiam. Perjalanan hidup aku masa di universiti saling selang seli. Tahun pertama aku dengan kawan sekursus, tahun kedua dengan budak perancang bandar, tahun ketiga dengan kawan sekursus dan tahun akhir dengan arkitek (Ya, dan dia jadi arkitek kini). Mungkin yang paling pendiam antara tiga orang lain yang tinggal bersama aku yang gila ini.
Nama dia Sabariah. Dan aku rasa, nama itu sesuai dengan orangnya. Penyabar. Mungkin sebab aku bising, suka memekak dan terima kasih pada kerjaya yang aku pilih, aku memang sesuai dengan kerja bercakap. Hah! Kadangkala segan sebab bising dan aku keluar bilik - pergi bising di bilik sebelah (seorang adik-seorang kakak-dan mereka berdua sudah berkahwin, ehem!). Sabariah yang lebih mesra dipanggil Sab, mengajar aku banyak benda dalam diam. Dalam diam dia, dia buatkan aku jadi manusia lain bila dalam bilik dan bila aku di bilik-bilik kuliah. Dan dengan dia, aku mula kenal jiwa yang aku buang satu ketika dahulu.
Sab teliti, dan aku suka tengok dia bekerja dalam bilik. Tekun. Ada orang kata, kalau nak berjaya di universiti, kita kena sebilik dengan orang yang sama kursus dengan kita - jadi kita punya daya saing akan lebih tinggi dan sikap berlumba itu akan dalam keadaan maksima. Tapi aku sebilik dengan dia yang lain kursus, aku lebih tekun aku rasa, walaupun bukanlah aku belajar sentiasa. Ha ha ha. Sebab dia bijak - jadi aku mahu jadi setanding juga, walaupun ukuran penilaian kami berbeza.
20 Februari 2010 - Tahun akhir pengajian Sab. |
Kali terakhir kami berjumpa. Kalau kau tanya aku, apakah aku sedih, aku akan jawab ya. |
Tahun 2012.
Aku rasa sudah beberapa tahun berlalu - sejak aku jumpa Sab. Terima kasih pada teknologi sebab kami masih lagi dapat berhubung. Aku masih lagi dapat baca tulisan dia, aku masih lagi dapat menjengah gambar dia, berdoa agar ada pertemuan dengan dia sebab acap kali aku turun ke ibu negara, aku tidak berkesempatan untuk bertemunya. Dalam banyak-banyak benda yang aku rindu dengan Sab, aku rasa, aku rindu duduk makan dengan dia. Sebab banding dengan aku, dia makan dengan sopan dan memang terserlah sifat kewanitaan. Aku? Perlukah aku cerita?
Malam tadi aku mimpi dia. Aku harap bila aku berkesempatan nanti, aku jumpa dia. Sebelum sel-sel badan aku mengkhianati aku sejak sebulan lepas ini, otot-otot mula mengeluh dan sistem badan memberontak, aku harap akan ada pertemuan. Dan aku, bila aku mimpi bertemu dengan kawan lama, aku tahu apa maknanya itu.
Aku sudah terlalu rindu.
Zara : Kadangkala aku rasa aku bukan kawan yang baik. Sebab aku tidak mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan kawan-kawan aku yang hebat. Tapi aku bersyukur, sekurang-kurangnya, mereka hadir dalam hidup aku - memberikan aku sebab lebih kuat untuk terus jadi manusia.
3 comments:
oh pah...mimpi ape pah? insya'allah lain kali kita berjumpa k..uhuk uhuk..
Kalau sebilik dengan sekursus pun susah jugak kekadang. Itu kalau kawan yang tak membina la. Untungla kak zara dapat kawan yang baik macam tu. If saya jadik macam kak sab, saya akan terharu kak zara buat entry cenggini ;)
saya penah rasa suasana bila sebilik dgn student yg x sama kos...
dan sem 1 saya merupakan sem yg paling indah selain sem 4 sebab masa sem 1 la saya dpt rasa bertapa cemburu ye saya tgk budak2 lain buat asgm tapi saya hanya mampu tgk saya....
mujur ada sorg budak (bilik sebelah) mintak tlg saya ajarkan dia math...
gembira masa 2 sebab dpt blaja sama2...^O^
Post a Comment