Wednesday, April 11, 2012

Rindu #01.


Dia.

Manusia yang suka hilang.
Bila dia suka, dia datang.
Bila dia benci, dia menghilang.
Bila dia sunyi, dia akan kata sayang.
Bila dia rasa sendiri, dia akan kata rindu bukan kepalang.

Satu pihak lagi.

Rasa malang.
Rasa mahu sailang.
Manusia yang buat dia rasa kehilangan bayang.
Yang merenjat dia jadi manusia penyayang.

Dia.

Bila pihak satu lagi sudah berhenti makan hati.
Bila pihak satu lagi sudah pasung bibir tidak pernah berbunyi.
Bila pihak satu lagi sudah serahkan segalanya dalam belas Ilahi.
Dia datang seperti tiada apa yang terjadi.

Satu pihak lagi.

Kenapa dia kembali?
Kenapa dia cederakan hati?
Kenapa dia tidak pernah gagal mendebarkan jantung berfungsi?
Kenapa dia masih mampu membekukan diri?
Kenapa dia masih gagal ditangisi?

Dia.
Entah apa sebab dia.

Satu pihak lagi.
Entah kenapa dia kekal berdiri.

[Sumber gambar]

Kalau awak gunakan kopi untuk merasai kehadiran saya, saya juga gunakan kopi untuk hilangkan rindu pada awak. Selagi tak hilang, saya minum.


Zara : Kepada diri sendiri yang disayangi, jika kamu mengharapkan terlalu banyak, kau akan kecewa terlampau besar juga apabila benda yang dimahukan tidak dicapai. Sekian. Manusia yang sayang diri sendiri. (Shafaza Zara, 11 April 2012)

9 comments:

reenapple said...

rindu itu menyakitkan... =.=

yanntulis said...
This comment has been removed by the author.
yanntulis said...

entry ni sebijik3 kena dengan situasi sy sekrg . sgt menyakitkan :'(

ayin~weeweet said...

one word..TERBAIK!

Unknown said...

sama seperti situasi sekarang. terasa dia kejam. tapi saya juga kejam pada diri sendiri kerana kalah pada perasaan.

Unknown said...

Bila dia suka, dia datang.
Bila benci, dia hilang.

:/

Unknown said...

Bila dia suka, dia datang.
Bila benci, dia hilang.

D' Hasnie Aini said...

same with me..
rindu skrg amat menyakitkan.. :'(
utk payah menerima bila dia hilang..
nanti dtg kembali..ceria kembali
bila hilang..sedih kembali..

Anonymous said...

aq juga rindu dia