Monday, April 09, 2012

Jodoh #01.


Kau sering bicara tentang cinta.
Tentang jodoh manusia.

Kadangkala kau ketawa bila orang persoalkan.
Dengan orang yang mereka cinta, mereka mahu kebahagiaan.
Kan itu yang semua manusia dambakan?

Kadangkala ada orang yang terlupa.
Jodoh itu rahsia Maha Berkuasa.
Dia boleh beri dan tarik bila Dia suka.
Tapi dia tidaklah kejam begitu rupa.
Bukankah kita setuju yang setiap berlaku ada hikmahnya?

Kadangkala, jodoh itu sesuatu yang tidak dijangka.
Saat kau tersalah masuk pintu tandas berlainan jantina.
Jeritan gatal yang nyaring buat kau kelam kabut terhantuk kepala.
Mungkin saat itu sudah tertulis cerita.
Lebih dari sekadar dua manusia.
Yang bertemu kelibat di tandas cuma.

http://farm1.staticflickr.com/133/402308989_e5d7ac5a5c.jpg
[Sumber gambar]

Bukankah kita semua sudah setuju yang jodoh itu tidak dijangka?
Mungkin bukan dengan dia yang kita gila.
Mungkin bukan dengan dia yang kita cinta.
Tapi dengan manusia yang kita tidak pernah sangka.

Zara : Kadangkala hidup ini kelakar. Kita selalu berada bersama dengan seseorang tanpa menjangkakan bahawa kita akan jatuh hati dengannya, dan kita sendiri tidak menyedari bila cinta itu mula tumbuh di dalam jiwa. (Shafaza Zara, 9 April 2012)

10 comments:

Akim Iqbal said...

Huhuhu, tak semua jodoh sampai :(

Chempaka said...

manusia menghargai bile dah tiada....

Miera | Hayatz said...

Cinta yang ikhlas InsyaAllah akan kekal lama (:

Mrs.Sheikh said...

menunggu jodoh dtg menjemput :)

miera chumut said...

memang jodoh tu dgn org yg tak disangka. psst. font comelll! font ape ni. >,<

reenapple said...

aku belajar sesuatu tentang jodoh. dalam banyak-banyak manusia yang kita jumpa, sudah tentu satu itu untuk kita... =)

dee said...

:)

supernova said...

time xsmpai lg jodoh tu,pandai2 la kita improvekan diri.msing2 ingat lah,nk jodoh yg bgus,kita pun kne la bgus.nk yg soleh,kita pun kena la solehah.tu usaha yg harus dibuat.jgn la jdi kes budak clubbing ni tpi nk jgk isteri tdung,solat,etc.xsalah dia nk isteri mcm tu.tpi harap para lelaki jgk brubah lah kpada yg baik utk mndptkn yg baik.perempuan pun same.=)

missina said...

hermm jodoh,,ntah di manakah ia,,,

mas saari said...

memang tanpa kita sedari jodoh tu akan datang sebab ianya rahsia Allah yang kita tak ketahui..