Thursday, March 22, 2012

Setia.


Akhirnya apa yang diharapkan musnah begitu sahaja. Ada harga bagi kesetiaan rupanya. Dan harga yang perlu dibayar juga tinggi. Bukan calang-calang orang mampu membeli dan bukan mudah rupanya mahu dirampas pergi bila harga jualan melambung tinggi. Ya, kesetiaan itu tidak ternilai. Sama duduknya dengan kepercayaan dan boleh ditambah dengan manisan kasih sayang. Celakanya manusia yang mengkhianati kepercayaan, bayarannya penuh darah apabila sekeping hati dipecah, dihiris berdarah dan cedera ditinggalkan tanpa belas kasihan manusia jahanam sedemikian rupa.

Kadangkala, kita tidak boleh menyalahkan manusia lain apabila mereka mengecewakan kita. Bahkan, kita sepatutnya menyalahkan diri sendiri kerana terlalu mengharapkan pada mereka. Salah kita sendiri juga menyandarkan harapan, impian bergunung tinggi pada mereka, sedangkan mereka hanya manusia biasa. Nah, salah siapa apabila kita menggantungkan kesetiaan, menyemaikan kasih sayang dan akhirnya mereka berlalu pergi begitu sahaja tanpa ada istilah penghargaan? Kesetiaan yang kita berikan ibarat secebis sampah yang tiada nilai (tapi orang sekarang lupa, sampah pun ada nilai sebab kita boleh kitar semula).

[Sumber gambar]

Dalam mengekalkan kesetiaan sebenarnya kita terlupa suatu perkara. Kita tidak boleh mempersoalkan pilihan seseorang tanpa mendengar alasan mereka. Dan malangnya, perkara yang kita sering dengar apabila berlaku kecurangan, adalah tiada kefahaman antara satu sama lain. Tidak begitu aneh kalau pasangan yang baru bercinta setahun dua boleh berpisah, tetapi jujurnya aku rasa ada yang tidak berapa sedap apabila pasangan yang sudah berkahwin empat puluh tahun boleh bercerai dengan alasan tiada kesefahaman. Nah, apa yang berlaku dalam empat puluh tahun tersebut sebenarnya? Setia? Terpaksa. Hanya mereka yang ada jawapannya.

Ya.
Kita memang perlu setia dalam hubungan. Tidak kira dalam persahabatan, percintaan ataupun perkahwinan. Kesetiaan yang bertunjangkan nilai kepercayaan itu memang penting tetapi, jangan sampai orang menjadikan kita sebagai satu bentuk pilihan terakhir. Pastikan mereka tahu bahawa kita adalah pilihan terbaik yang mereka akan kesal jika terlepas.

Hanya kerana mata dia tidak mengalirkan air mata.
Jangan kau sangka hatinya tidak menangis.
Hanya kerana dia cukup kuat untuk berdiri dengan kuat dan tabah.
Jangan kau sangka dia anggap semuanya baik belaka.

Zara : Jangan biarkan kehidupan mengubah matlamat hidup kita. Kerana dengan matlamat sebenarnya mampu mengubah kehidupan yang kita lalui. (Shafaza Zara, 21 Mac 2012)

6 comments:

Cikgu Aini said...

suka entri ni! superb words... About Loyalty..

pelangi chenta said...

tapi kesetiaan sangat diperlukan dalam sesuatu hubungan.tapi malangnya bila kita setia dia tidak begitu.

L said...

keseitaan itu penting didalam satu perhubungan.=)
jom tmbah ilmu.=)
http://lolz-l.blogspot.com/2012/03/turunnya-nabi-isa.html

Gdsbnga said...

susah untuk mencari yang setia , susah juga untuk setia .

Andak said...

salam perkenalan,
setia tu subjektif...
bukan semua situasi mampu dikira setia, kalau kita nak kat org, tapi dia xnak kat kita..then hati tetap kata nak tunggu...tu namenyer setia? i don't think so!

Andak said...

salam perkenalan,
setia tu subjektif...bila bertepuk sebelah tgn tapi masih nak tunggu, is that setia? i don't think so...