Thursday, March 15, 2012

Gila #02.


"Nak cakap sesuatu boleh tak?"

"Cakap apa?"

"Sebab awak, saya gilakan kopi"

"Apa?"

"Boleh tak kalau saya kata saya gilakan kopi sebab saya gilakan awak?"

"Gilakan kopi sebab saya?"

"Sebab awak gilakan kopi, saya gilakan kopi sebab awak. Saya jadi gila kopi sebab saya gilakan awak"

"Saya gila kopi. Awak kata awak gilakan saya. Jadi, awak gilakan kopi sekali?"

"Betul!"

"Sudah tu, saya salah ke?"

"Ada saya kata awak salah ke?"

14 Mac 2012
1605 : Suatu ruang mendung berdinding biru.
1205 : Suatu tempat berlainan benua, tapi masih atas dunia.

[Sumber gambar]

Dari bijian yang dianggap tidak berharga dan pahit itu, kita boleh sediakan sesuatu yang enak tanpa merosakkan keindahan dan rasa paling istimewa. Kenapa mencari kelemahan terlampau banyak, bila kita boleh buka mata pada kelebihan yang dapat menampung kekurangan? Bahagia itu, kita yang patut cari, bukan musnahkan.

"Cuma, dia mahu tanya sesuatu, apakah dari kopi yang pahit itu kita tidak dapat buat minuman yang manis serta lazat? Boleh bukan?"
(petikan Barista Cinta, Kopi : Sebuah Antologi Cerpen Fixi)

Zara : Orang mungkin boleh berjanji tidak akan melukai sesiapa yang mereka cintai. Itu mungkin satu janji palsu. Janji yang betul adalah masa yang dihabiskan bersama tanpa disedari, sesuatu yang berbaloi untuk dikenang serta mengurangkan kesakitan bila dikhianati. (Shafaza Zara, 14 Mac 2012)

No comments: