Wednesday, March 14, 2012

Berpisah.


Kau bukan milik dia.
Dia bukan milik kau.

Kau mungkin cinta dia.
Dia mungkin cinta kau.

Kau kata kau perlukan dia.
Dia kata dia perlukan kau.

Dia mungkin oksigen pada kau.
Kau mungkin oksigen pada dia.

Tidak mustahil kau karbon dioksida pada dia.
Tidak mustahil dia karbon dioksida pada kau.

Kalau kalian oksigen kepada sesama sendiri, ia penting untuk hidupan.
Kalau kalian karbon dioksida, kalian akan dihembus buang keluar.

Masih satu keperluan.
Masih satu kewajipan.

[Sumber gambar]

Kau sayang dia.
Dia mungkin sayang kau.

Kau cinta dia.
Dia mungkin cinta kau.

Selama ini kau sahaja yang yakinkan diri bahawa dia segalanya buat kau, tetapi mungkin dia tidak mempunyai perasaan yang serupa. Kau tanam perasaan dengan harapan dia mampu buat perkara yang sama pada kau. Tetapi harapan kau kekal harapan. Kau pernah beritahu dia apa yang kau suka dan tidak suka, tetapi malangnya dia masih buat ikut suka dia.

Kau malas mahu ulang banyak kali.
Kau tak nak dia anggap kau pentingkan diri sendiri.
Tapi kau sudah penat tahan perasaan makan hati.
Kau susun semula perjalanan hidup apa yang kau mahu dalam menuju mati.
Dan kau tak nampak keperluan dia di sisi.

Kau berhasrat mahu berhenti.
Berpisahlah kau kini.
Dengan dia yang tidak mahu mengerti.

Dan malangnya, dia masih tidak memahami.
Mengapa kau melangkah pergi.

Zara : Kadangkala kita perlu jadi adiwira bagi diri sendiri, kerana orang yang kita tidak boleh hidup tanpa mereka, mereka boleh hidup tanpa kita. Lebih baik kita hargai kebolehan diri sendiri tanpa bersandarkan kepada manusia lain. (Shafaza Zara, 14 Mac 2012)

10 comments:

hafiz-Taichou said...

gambar hiasan adalah menakutkan. serius. creepy! =P

Wanifina Azizan said...

describe me most ='(

CallMe-NW said...

ok kak. sy akn jd adiwira diri sndiri :-)

Judh said...

aku lah adiwira aku sendiri :)

Unknown said...

you left because he's a chicken..
chicken out to recognize his own feelings..
keke

nais entry cikgu!

Unknown said...

lately tajuk ko sume 1 perkataan. ini blog fixi punya ke? haha

reenapple said...

errr... 2 people means to fall in together but not mean to be together...

kadang3 perpisahan itu ada kebaikan.. =)

NIA SI DRUMSTICK said...

cmner nk buat dia phm yg kt syg sgt kat dia..mcm2 da buat..but still kt nmpak mcm xpntg pon..:(

Mira said...

:'( Almost crying.

fiza mohamad said...

sesuai sgtla untuk diriku. Kena kuat utk diri sendiri..