Wednesday, March 07, 2012

Kekasih.


Manusia yang kau rindui sepenuh hati itu sedang bergelak ketawa dengan kalangan manusia yang kau tidak berapa kehendaki. Alasannya mudah, hidupnya perlu terbuka, bersosial sedikit agar jika dia mahu melangkah ke fasa seterusnya dalam hubungan kalian berdua, tidak ada manusia-manusia itu akan terperanjat dengan keputusan yang mahu diambil. Bahkan katanya, benda itu perkara biasa dalam berkawan, walaupun kau dalam diam menahan perasaan, tapi kau relakan kerana alasannya mungkin boleh diterima akal. 

Tapi, betulkah apa yang kau fikirkan?

[Sumber gambar]

Dia mungkin kekasih yang kau sayangi.
Dia pernah jadi seorang kawan yang kau hormati.
Tetapi kenapa bila garis persahabatan itu sudah kau langgar, tiada lagi istilah kawan baik dalam perhubungan? Bukankah dua orang yang saling berkait itu lebih bagus jika punya persahabatan dalam percintaan? Mengapa mahu dibezakan sedangkan dahulu boleh berbual tentang apa sahaja tanpa batasan, tanpa rahsia, tanpa malu - tapi bila sudah mula bercinta dan mahu berkahwin, segalanya sudah mula berubah?

Apa bezanya seorang kawan dan juga kekasih?
Kekasih boleh menjadi kawan.
Kawan boleh menjadi kekasih.

Mungkin pengertiannya berbeza, tetapi itu bukan sesuatu yang mustahil. Kau bermula dengan sekadar berkawan, dan dalam berkawan itu, ada tersimpul sebuah perasaan yang akhirnya kau luahkan dan persahabatan itu berubah - nilai persahabatan itu mungkin tidak berubah, tetapi istilah yang kau guna sudah berbeza, percintaan, pasangan dan entah apa lagi yang membungakan rasa, sesuatu yang berbeza daripada kau mula sebagai kawan biasa sahaja.

Kau mungkin risau akan kehadiran seorang yang bernama kekasih. Kalaupun kau risau tidak tentu hala, ia seperti kau duduk menjongket di atas sebuah kerusi. Ya, ia buat kau punya sesuatu untuk dilakukan, tetapi malangnya ia tidak mendatangkan kebaikan, malahan mungkin juga keburukan kalau kau jatuh daripada kerusi itu sendiri. Nah, bukankah akan jadi parah? Ia tidak akan bawa kau ke mana, malahan menyesakkan dada dan minda. Aku kira, itu tidak perlu bukan?

Dan kalaupun kau belum disinggahi mana-mana rasa cinta manusia, tidak apa yang perlu kau terlalu risaukan. Mungkin akan ada yang lebih baik untuk kau di luar sana, yang sedang menanti kau mencarinya, dengan niat yang baik tentunya. Bukannya kau tidak baik untuk sesiapa, tetapi ada seseorang yang lebih baik, lebih bagus untuk kau sedang menunggu barangkali. Kau sendiri tidak tahu benang takdir.

Zara : Selalunya dalam hidup ini, kita terlupa benda yang sepatutnya kita ingat dan sentiasa mengingati perkara yang kita patut lupakan. Mengapa kita tidak pernah mahu berhenti dan susun semula agar hidup lebih bermakna? (Shafaza Zara, 7 Mac 2012)

10 comments:

reenapple said...

kadang-kadang aku rasa ada sesuatu perhubungan itu lebih baik sahaja dikekalkan sebagai kawan dari menjadi lebih dari seorang kawan...

niesa said...

terima kasih, zara..saya dah dapat jawapan.

♪..aq[daN]pUteraku..♪ said...

tk tau nak komen apa...tp..tp... arghhhhh!!

#peliss..bg lg klu!

suka baca.suka.suka.suka. <3

Anis Azalea said...

hello zara. pitam juga kena mengulang baca cerpen kau di dalam KOPI. sehingga saat aku lihat siapa penulis yang buat aku tertanya2 ni..rupanya shafaza zara. anyway, yang seronok..sebab aku pernah makan semeja dengan kau.
aku pun takde kopi...kerja aku macam biul2 je.

Lyla Ibrahim said...

best friends better stayed as friends..
walaupun kita dah lama kawan dengan org tu dan kita tahu selok belok perangai dia..

adam narzuan said...

kawan boleh menjadi kekasih tetapii sukar untuk kekasih menjadi kawan.. Bukan semua mampu menghadapinya..

kueh bakar said...

perkara yang terjadi dan telah tersusun itu sukar untuk dilupakan.sekali pun itu susunan-susunan kenangan yang mendukacitakaan..

dan

mengingati susunan tentang masa depan mampu buat kita tersenyum sekalipun susunan masih belum tersusun..

iman said...

saya setuju dengan Adam Narzuan

iman said...

setuju dengan adam narzuan

NIA SI DRUMSTICK said...

suke bc blog zara..
awk bg jawapan tok pesoaln sy..hehe..
tahnx..