Dalam banyak-banyak menulis sejak kebelakangan ini, aku tidak menulis tentang diri sendiri. Cerita tentang diri banyak aku luahkan dengan berkicau di Twitter (@zara_syed), itupun tidaklah sekerap suatu masa dahulu. Ah, manusia kan berubah? Dan aku juga sebahagian daripada manusia. Perasaan aku, aku salurkan dengan cara berdiam diri, dengan mengambil kira pesanan dan nasihat manusia-manusia yang aku percaya. Ya, walaupun aku bukan sesiapa, dengan nama kerjaya aku, tersilap langkah pasti ada yang membahan nanti. Ah, masyarakat kita kan cepat menghakimi kerjaya seperti aku?
Senyum sinis.
Heh!
Koleksi peribadi | Picplz | Flickr | 22 November 2011 |
Ya.
Mungkin bukanlah sesuatu yang menyenangkan bagi sesetengah pihak untuk membaca kisah cinta, kisah jiwa dan luahan hati manusia. Disebabkan itulah, aku lebih banyak bercakap dengan seseorang, walaupun ternyata aku masih lagi di tahap yang aku sendiri tidak tahu bagaimana. Tetapi, aku lebih suka untuk diam, simpan dan menulis benda yang lebih dekat dengan jiwa. Perasaan aku juga dekat, tapi bagaimana mahu disampaikan ya?
Aku tidak tahu. Jadi, lahirlah koleksi "Awak dan Dia : Kisah Jiwa". Di dalamnya bukanlah semuanya mengenai aku, dia, kami tetapi, lebih kepada cara aku meluahkan apa yang terjadi dengan melihat kawan-kawan dan sesiapa sahaja yang dekat dengan aku. Maka, aku mohon, jangan ada yang salah sangka dengan membuat anggapan, setiap kali aku menulis, ianya adalah kisah peribadi aku sendiri. Anehnya, tidak begitu. Senyum.
Dia : Ada seorang kawan kata, kenapa blog awak macam sedih.
Aku : Sekejap. Ada kawan awak baca blog saya?
Dia : Ada.
Aku : Mana dapat ni?
Dia : Mungkin sebab mereka ada baca Twitter juga.
Aku : Oh. Lepas tu awak cakap apa?
Dia : Cakap yang bukan semua tu pasal kita, ada juga pasal kawan-kawan.
Aku : Betul tu.
Salah satu alasan kenapa aku enggan (menolak dalam diam) untuk menulis kisah sendiri adalah, aku tidak tahu hadirin yang membaca. Mungkin salah seorang daripadanya adalah ahli keluarga sendiri ataupun orang yang aku kenali secara peribadi di luar sana. Maka, menyimpan dan menulis sesekali sekala itu lebih baik daripada terlalu bercakap mengenainya dan menjadi bahan kutukan (woo!) bila berjumpa.
Ada hati yang perlu dijaga.
Ada nama yang perlu dipelihara.
Ada maruah yang perlu dibangga.
Ada kasih sayang yang perlu jadi rahsia.
Mungkin kalian begitu juga.
[Sumber gambar] |
Seperti yang boleh dibaca di Terfaktab tulisan ER - mengenai hubungan jarak jauh ataupun LDR (Long Distance Relationship) - dia menulis mengenai pendapat peribadinya. Ada sesetengah fakta yang aku secara peribadinya bersetuju, dan ada juga yang aku tolak atas beberapa alasan sendiri. Tapi tidaklah sampai aku mahu memaki orang. Bila aku baca komentar penuh emosi beberapa orang, sebenarnya mereka perlu memahami bahawa itu tulisan berbentuk peribadi daripada ER. Nak sakit terlampau banyak? Aduhai, aku tiada komentar.
Bercakap tentang LDR, aku pernah dan berada dalam LDR. Banyak benda yang kita perlu belajar, sama juga kalau hubungan dekat sekalipun. Memang dalam sesetengah perkara, ada benda yang kita mungkin akan nampak agak kasihan - jarak, tidak dapat bersama sentiasa dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama, proses pembelajaran berterusan aku mengenai manusia.
Dengan adanya dia, aku belajar beberapa perkara. Bahawa tidak semua benda aku boleh mengharap pada manusia. Dalam erti kata lain, aku sendiri punya banyak kelemahan dalam menguruskan diri, maka apabila mahu memulakan hubungan - aku lebih suka kalau aku dapat memahami orang yang menjadi pemilik rusuk kiri. Sebagai contohnya, aku beli buku untuk menambah pengetahuan aku, bukan untuk saling membezakan antara kami. Dan ini membuatkan aku teringat perbualan aku dengan seorang kawan.
KB : Kau baca buku tu juga?
Aku : Kenapa?
KB : Parah betul buku tu.
Aku : Kenapa?
KB : Aku beli buku tu 2 salinan.Aku baca satu, kekasih aku baca satu.
Aku : Lepas tu kenapa?
KB : Mula-mula baik sahaja. Tapi makin lama, dia macam terpengaruh dengan buku tu. Dia nak aku jadi macam dalam buku tu.
Aku : Eh, kenapa?
KB : Dengan alasan, hubungan dalam tu sempurna. Jadi, bagi mencapai kesempurnaan, kena ikut buku tu.
Aku : Pulak dah.
KB : Kau baca buku tu dan buat macam mana?
Aku : Oh, aku baca dan aku tengok apakah perkara yang aku buat selama ini betul ataupun tidak. Dan paling penting, jangan menyalahkan pasangan. Sebab, dalam tindak tanduk kita, sebenarnya itu yang mungkin menjadikan dia berikan reaksi sedemikian.
KB : Jadi buku tu elok untuk kau?
Aku : Setakat ini baik. Jadi sumber aku berfikir kalau sesuatu perkara berlaku. Tak perlu aku nak sakit hati melayan perasaan, walaupun kadangkala aku lagi suka salahkan diri sendiri.
KB : Maksudnya?
Aku : Sebab aku tahu apa yang aku baca, aku tahu cara nak elakkan, tapi kadangkala aku ikut hati juga sampai boleh buat situasi rasa kurang senang. Jadi aku yang kena tengok diri sendiri. Dalam masa yang sama, aku belajar untuk beritahu dia cara yang baik juga. Kena cakap elok-elok, sebab aku dan dia agak serupa dari beberapa segi.
KB : Aku tolak buku tu.
Aku : (ketawa) Aku masih mahu belajar dan kaji lagi.
Ya.
Dengan dia aku banyak belajar benda.
Dan aku tahu, aku tidak boleh lagi bersikap keras kepala.
Ada benda yang aku perlu berikan ruang kepada dia.
Untuk membantu aku yang kadangkala gila.
[Sumber gambar] |
Eh, sekejap?
Mana kisah yang aku nak sampaikan?
Awak.
Dia berterima kasih pada teknologi.
Menghubungi awak yang jauh di mata, bukanlah benda yang rugi.
Berbual dengan awak semudah dia bangun pagi.
Bercakap dengan awak bagaikan awak dan dia berkongsi bantal dan mimpi.
Menatap satu sama lain hanya ditapis oleh paparan nipis lutsinar beberapa inci.
Menghantar ciuman terbang (baca : flying kisses) sentiasa hingga masing-masing senyum nampak gigi.
Dan aku lebih suka simpan siapa dia sehingga tiba saat yang sepatutnya. Kalaupun ada yang sudah tahu dan meneka siapakah dia, aku mohon pengertian untuk diamkan sahaja ataupun janganlah diusik dia (kalau kamu kenal). Sebab dia perlukan ruang dan aku suka untuk berikan dia ruang agar apa yang diusahakan mampu dicapai dengan cara sebaiknya.
Nota Kaki :
01 - Hujung minggu mungkin tak akan tulis apa-apa.
02 - Masa berlalu pantas. Dulu kau kawan, tapi bila jumpa orang lebih baik dari aku, aku cuma berdoa kita tidak akan jadi lawan.
03 - Perjalanan ke Perak dan mungkin patah balik ke Selangor pada hari berikutnya.
Zara : Proses pembelajaran itu tidak akan pernah berhenti dan aku sememangnya gembira dengan keputusan dan pilihan aku sendiri. Istilah kesal tidak wujud dalam diri kerana aku percaya, perjalanan itu perlu sampai ke destinasi.
11 comments:
Jujurnya apa yang Zara sampaikan buat saya berfikir untuk seketika mengenai long distance relationship.Dan tak semua kisah yang kita tulis dlm blog berkenaan dgn diri kita sendiri sebaliknya ada antaranya pengalaman org2 disekeliling kitakan. :)
dah tahu siapa dia. (diam) ;p
Faham sangat-sangat dengan apa yang cube Cikgu Zara sampaikan sebab Adie melaluinya...
saya suka baca nukilan dari blog cik zara.kartun2 pun cantek jek.
sangat manis!
LDR menguji, sedang mengalaminya. :)tapi xdapat nak b'hubung.
LDR terbit rasa rindu kan? dan eyka juga ada pendapt tentg itu dlm blog eyka..:)
klu sudi tengok tau :)
LDR @ PJJ saya telah dan tgh mengalaminya..
memerlukan kekuatan fizikal dan mental :)
zara saya suka gambar2 dlm blog utk tulisan jarak jauh..nak copy ble???
dari mana jumpa gmbr2 tu..cutela
sampai sekarang aku tak faham dan tak nak tahu hubungan jarak jauh. mungkin aku tak pernah alaminya tetapi aku rasa aku tak sekuat orang yang mengalami hubungan jarak jauh. dan aku lagi suka bersendiri dari berhubungan..=)
aku pernah alaminya semasa di tahun akhir universiti.
kami berpisah selepas dia biarkan aku tertanya2 hampir 7 bulan dengan alasan aku di tahun akhir, tak mahu mengganggu pelajaran.
zara, Allah akan temukan jodoh anda dengan yang lebih baik. percayalah.
hanya mampu begini:
:/
Post a Comment