Lawak melihat ada orang menyalak tidak tentu hala melihat sesuatu yang tidak ada kena mengena. Seperti pernah aku gariskan sebelum ini, banyak benda yang boleh disentuh di dunia ini - hatta anjing dan khinzir dalam menghina orang lain, sebab itu terpulang pada kau sendiri yang akan dihitung pahala dan dosa. Tetapi sangat menyedihkan jika mahu menyindir (kononnya dengan niat mahu menyedarkan tetapi dengan keadaan tidak berhemah dan berhikmah) - kau mengaitkan dengan ibu bapa orang tersebut. Lemahnya kau. Apa kaitan ibu bapa dia dengan perangai dia?
Sudahlah.
Biarkan sahaja manusia demikian gembira dengan kehidupan dia.
Tahukah anda bahawa bau hati yang busuk boleh menular keluar. Tidak tahu?
Anda akan jumpa suatu hari nanti, mungkin.
[Sumber gambar] |
Awak.
Sudah dapat jawapan yang dinanti?
Sudah dapat balasan kepada pertanyaan hati?
Sudah dapat membuat keputusan yang tidak akan dikesali?
Sudah dapat apa yang dimahukan selama ini?
Awak.
Apa yang awak mahukan dari dia?
Apa yang awak dambakan dari cubaan merapatinya?
Apa yang awak harapkan dari terus menunggu begitu lama?
Apa yang awak cuba ubah daripada kisah hidup yang penuh cerita?
Awak.
Hidup dia, hak dia.
Hidup awak, hak awak pula.
Tanpa ikatan, usah awak masuk mahu menambah perisa.
Tanpa hubungan, tidak perlu awak menempel bagaikan janin di rahim bonda.
Biarkan sahaja dia.
Biarkan dia mencari laluan ke mana sahaja.
Asalkan awak tidak tercedera.
Awak.
Adakah awak sedang bersedih?
Adakah awak merasai hati pedih?
Adakah awak mahu ketawa mengikih?
Membuang rasa sakit dan berusaha senyum, eh?
[Sumber gambar] |
Awak.
Betul kita ada tanggungjawab sesama manusia.
Tetapi usah masuk campur kalau ia hanya buat awak cedera.
Usah ambil pusing jka dia hanya buat awak sengsara.
Jadi sombong dan anggap itu hak dia.
Bolehkan awak?
Nota Kaki :
Bila penantian itu hanya mengakibatkan kecewa dan buang masa, teruskanlah hidup macam biasa.
Zara :
Kita semua hanya mampu merancang, Allah yang menentukan.
Itu pasti tetapi dalam hidup ini, ada benda lain yang kita kena lihat lebih luas dari sekadar pandangan mata.
6 comments:
2 tahun menunggu seseorg yang tak pasti.. die janji untuk tgalkn kekasih dia dn bersama aku.. hampir pasti semua tu berlaku namun dia beri aku satu ujian untuk aku nak tengok samada aku dh berubah menjadi lebih baik atau pn tidak.. dan aku gagal ujian itu..
Maka kata dia, dia dah xkan terima aku dan dia akan berusaha baiki hubungan dengan kekasih dia yg hampir musnah disebabkn kasih syg dia kepada aku.. kata dia tak salah dia menguji aku sekadar nak pilih yg terbaik untuk diri dia.. ya, mmg tak salah tapi hati aku ni, cedera luka pernah dia fikirkan?
2 tahun aku setia walaupn sekadar org kata 'kekasih gelap' dan aku masih tetap setia walaupn dikata tak faham bahasa.
Salahkah aku tetap menunggu sebab aku tak tahu apa yg harus dibuat tanpa dia.
terima kasih di atas entri ini..ia memberikan saya semangat
Bila penantian itu hanya mengakibatkan kecewa dan buang masa, teruskanlah hidup macam biasa.
yup setuju..kadang kala penantian 2 sia-sia...yg sia-sia 2 dijadikan pengajaran..mungkin...
nak sambung komen di atas.
"dan jangan sia2 kan pengajaran."
peace. (^_^)
yeah.. aku nak kembali berusaha dan tersenyum sebelum aku kenal dia.. sebelum aku mengaku pada dia.. sebelum malam itu .. sebelum persahabatan aku dengan dia..
"berhenti hidup dlm bayang-bayang" :D
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me
Post a Comment