Saturday, November 19, 2011

Awak, Itu Cara Tunjuk Kasih Sayang?




Awak.
Awak kata awak rindu.
Awak kata awak perlu.
Awak kata awak mahu ditunggu.
Awak kata awak mahu.

Awak.
Dia menunggu.
Dia sanggup buat segalanya dahulu.
Dia sanggup selesaikan semua urusan agar tidak diganggu.
Dia sanggup uruskan perkara yang mengundang haru biru.
Semuanya sebab awak tahu?

Awak.
Awak cari dia bila awak mahu.
Awak cari dia bila awak perlu.
Awak cari dia bila awak ingin ditunggu.
Awak cari dia bila awak ingin rasa tidak diganggu.
Awak cari dia bila awak enggan suasana keliling awak bisu.

Awak.
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila rindu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari dia dan menunggu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia membisu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia sedang termangu?
Adakah awak tahu yang dia mahu awak cari bila dia pilu?

http://25.media.tumblr.com/tumblr_lfcm4osvIy1qaecyko1_500.png
[Sumber gambar]

Awak.
Seronok biarkan dia keseorangan?
Cari dia bila awak tidak mahu kesepian?
Tinggalkan dia bila sudah tiada erti kekosongan?
Senyap sunyi bila awak sudah mengecap kepuasan?
Tiada khabar berita bila awak kononnya dilanda kesibukkan?

Awak.
Sesekali sahaja awak muncul.
Bila awak mahu, awak akan terpacul.
Kalau tidak, awak akan hilang macam bacul.
Dan dia menunggu seharian seperti si bahlul.

Awak.
Bila awak mahu,  dia datang dalam kadar segera.
Bila awak panggil, dia terus muncul depan mata.
Bila awak cari, terus awak jumpa.
Bila awak teringat, dia terus menjelma.
Bila awak rindu, dia berikan ruang bermanja.
Tapi, kenapa awak tidak boleh buat begitu untuk dia?

http://fc05.deviantart.net/fs70/i/2011/010/e/8/love_by_strawberrytelle-d36ulym.png
[Sumber gambar]

Awak.
Dia juga teringin rasa dimanja.
Dia juga teringin rasa istimewa.
Dia juga teringin rasa diperlukan sentiasa.
Dia juga teringin rasa diperkenalkan kepada semesta.
Dia juga teringin rasa disayangi oleh kekasihnya.
Dia juga teringin rasa dipenuhi cinta.
Dia juga teringin rasa dipeluk mesra.
Tapi, kenapa itu hanya khayalannya semata-mata?

Awak.
Bila dia cari awak, awak tiada.
Bila dia menunggu awak, awak tidak muncul seperti biasa.
Bila dia mahu awak, awak berikan alasan berjela.
Bila dia senyap dan mahu biarkan sahaja, awak datang mencari dia.
Apa ertinya semua ini bagi awak ya?

Awak.
Dia mungkin bukan seseorang yang istimewa.
Dia mungkin bukan seseorang yang mampu buat awak ketawa.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak boleh lafazkan cinta.
Dia mungkin bukan seseorang yang jadikan awak bahagia.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak luahkan segala.
Dia mungkin bukan seseorang yang awak akan tunggu sampai bila-bila.
Tapi awak, dia masih seorang manusia.

http://data.whicdn.com/images/6262213/tumblr_leyfibtNaK1qaecyko1_r1_500_large.png
[Sumber gambar] - Ini mungkin hanya impian dia yang tidak akan terlaksana.

Awak.
Awak boleh kata dia mengada-ada.
Awak boleh kata dia mahu perhatian bermanja.
Awak boleh kata dia kesepian hingga bertindak gila.
Awak boleh kata dia apa sahaja.
Dia rela.

Awak.
Dia masih seorang manusia yang punya rasa.
Dia masih tahu lagi bagaimana mahu kekal setia.
Dia masih mahu jadi seseorang yang awak akan kembali sentiasa.
Dia masih enggan jadi orang lain hanya untuk bergembira.
Dia masih tidak mahu bermain kayu tiga.
Dia masih ingin jadi milik awak selamanya.

Awak.
Dia cuba yakinkan hati.
Ini cara awak amat mencintai.
Ini cara awak mengajar dia bagaimana rasa dirindui.
Ini cara awak mahu dia rasa menghargai.
Ini cara awak mahu dia tahu dia (mungkin) digilai.
Ini cara awak mahu dia enggan berpaling pada sesiapa dan kekal di sini.
Ini cara awak mahu dia menunggu di sisi.

Awak.
Tapi adakah awak tahu kekuatan hati manusia?
Sampai bila seseorang itu mampu tahan segalanya?
Sehingga bila seseorang itu mampu tahan diri dan ketawa?
Sampai saat manakah dia masih mampu berpura?
Yang segalanya baik dan dia masih kekal cinta?

Awak.
Sekental mana pun hati, kekuatan akan kendur.
Jangan sampai dia enggan mahu menegur.
Dan terus berundur.

Awak.
Kalau itu cara awak tunjukkan kasih sayang.
Kalau itu cara awak tunjukkan cinta itu bukan gila bayang.
Kalau itu cara awak tunjukkan bahagia itu tidak melayang.
Dia hanya akan diam dan tunggu hari siang.
Moga akan ada hubungan yang cemerlang.

Awak.
Semoga awak bahagia dengan apa yang awak lakukan.
Kalau awak cari dia dan dia tidak muncul lagi, awak boleh terus langkah ke hadapan.
Kerana dia sudah ke sisi dan berikan awak laluan.
Supaya dia tidak ganggu perjalanan.
Sebab dia mahu kekalkan senyuman.

Nota Kaki :
Baru lima ribu dan aku perlu terus gigih untuk mencapai lima belas ribu patah perkataan. Ah. Kekuatan, silakan menjelma. Tarikh akhirnya sudah kurang daripada dua puluh empat jam.

Zara : Kadangkala kita perlu terima hakikat bahawa benda yang kita perlukan tidak sentiasa akan berada di hadapan mata, walaupun sekuat mana kita berusaha mendapatkannya sehingga tahap mengorbankan kesihatan dan membengkakkan mata. Kalau tidak akan tiba, pastinya ia akan kekal menjadi impian yang tidak terlaksana. Jalan terus dan capai peluang lain tentunya.


28 comments:

shaerin syazwan said...

huuu .
terkedu ~

ITS HARD TO ACCEPT THE ACTUAL FACT sometimes .

Khatijah Hamid said...

Entri ini rasa dekat dengan saya :)



@catthmd

perjalanan pulang said...

awak tentu masih sayang pada saya ?

Rissa said...

this actually happen to me. antara kitorang sepatutnya tak ada apa-apa perasaan. cuma kawan. tapi dia dah buat saya "jatuh". hari-hari call dan sms. dah macam rutin. tapi sekarang ne tiba-tiba dah senyap. baru nak try lupakan dia. tiba-tiba entah dari mana datang balik cari saya. tak faham betul. hmm. agaknya lepas ne kalau dia cari lagi. apa yang patut saya buat ya?

cik ika said...

tgk gmbr tu sweetnye

MeowMeow said...

puisi buat sendiri ke ? hebat ! saya pun tak pandai karang puisi. XD

MeowMeow said...

puisi buat sendiri ke ? hebat ! saya pun tak pandai karang puisi. XD

NFE. said...

kak zara,ini yang mahu bicarakn kepada dia.apa yang saya rasa.alanhkah indah kalau dia membacanya. :)

Dia said...

Airmata laju je jatuh bila baca entri ni. Sgt tepat dgn situasi yg dilalui. Thanks sbb tlg 'luahkan isi hati ni' =)

ishiko said...

tiba tiba rindu xleh nak tepis =.='

Ida Alleia said...

nice entry..luv it~
Love Is like War..It Is Easy To Begin But Difficult To End..

.nad. said...

Tersentuh saya. Hmm..

Halimatun Sa'adiah said...

pandai mengarang...

N'Craft said...

that guy dalam pic sangat sweet. tapi xnak boifriend. nak as husband ^0^

Nana S. said...

aww kak zara. :/

nadz_teyn said...

sangat jujur dan jelas..best la akak..=)

biar 'awak' nanti terkedu seorang diri bila 'saya' dah berjalan laju tanpa toleh lagi..

hanaahmad said...

setia barangkali.

☆Lady Zahraa☆ said...

woww! entry ni bagaikan refleksi utk diriku dan juga dirinya.. nice & very meaningful..

N.A said...

Rasa confused dgn perasaan after baca entry nh..but..it's nice!thx bwt saya berfikir..:)

Nur Syalillah Kamrudin said...

T___T

Kedai Lalaland said...

Sedih...Huhu

dayah said...

awak.. sy percaya entry ini jujur..hi cikgu

reenapple said...

Awak,
sampai 1 masa dia akan lupakan awak untuk selama-lamanya,
Awak cari dia tika tu,
dah tak ada gunanya lagi..
hati yang dah berkecai
disebabkan awak,
tak boleh disambung lagi..

suka entry n.. dan sebenarnya sedang mengalami..=)

AkuOsi said...

hoho,,pernah nmpk gmbat tu somewhere,,tapi suwittt

Fieza Areyza said...

tepat kena batang hidung sendiri. :'(
semua.
tak tertinggal satu pun.

MamaFarhan said...

awak....

biarkan dia begitu jika dia suka...

pejamkan mata kuatkan hati... dn berkata " jika cinta itu ada dia pasti menjadi milik kita,"...

Misz Suhada said...

this is really happen to me. its hard to accept the fact :( he love me but love means nothing if there is nothing to show. Only words love came out, it will fade away if we never works together to save the relationship

♥ciK-t0ge ♥ said...

5 tahun..
Skrg dia kata cinta org lain..
Sy rs xperlu tunggu lg..
Cukup lah..

:') terus berjalan ke hadapan..
Even terpaksa merangkak sekalipun..

Sebab..
Saya juga mahu bahagia..