Thursday, November 17, 2011

Dia Tidak Rindu Awak - Bahkan Dia Benci.



Awak.
Dia tidak rindui awak.
Langsung tidak terlintas tentang awak.
Sedikit pun tiada awak.

Awak.
Mana awak pergi?
Awak sering menghilangkan diri.
Dan dia terpaksa buat segalanya sendiri.
Bukan dia tidak biasa - bahkan dia sudah mangli.
Apalah sangat berdiri atas kaki sendiri, dia beritahu hati.
Cuma itulah, awak satu kebiasaan buat dia, ibarat penagih todi.

Awak.
Dia boleh belajar bersabar.
Dia boleh belajar jadi tegar.
Dia boleh belajar untuk jadi lebih kasar.
Dia boleh belajar melupakan rasa nanar.
Dia boleh belajar kawal diri dari tersasar.
Dia boleh belajar untuk buat segalanya nampak samar.

Awak.
Dia tidak pernah rindu.
Dia sedang benci sepenuh hati yang pilu.
Dia enggan ikutkah perasaan melulu.
Sebab itu dia pilih untuk duduk diam membisu.
Bimbang tersalah kata, dia yang rasa kesal dan malu.

Awak.
Awak dan dia mungkin sama.
Tapi sesuatu yang berlaku menyebabkan dia mula buka mata.

Awak.
Betapa awak dan dia berbeza.
Betapa awak dan dia langsung tidak sama.
Betapa awak dan dia berdiri atas garisan yang tidak rata.
Betapa awak dan dia terlampau berusaha untuk bersama.
Betapa awak dan dia saling mencinta sepenuh jiwa.
Betapa awak dan dia sedang menanggung sengsara.

Awak.
Berapa lama awak mahu biarkan dia menunggu?
Berapa lama awak mahu dia pendamkan hati pilu?
Berapa lama awak mahu dia senyap membisu?
Berapa lama awak mahu dia hilangkan pedih dengan dengar lagu?
Berapa lama awak mahu dia jeruk hati dalam sembilu?

Awak.
Dia tak mahu bercakap dengan awak lagi.
Dia sedang belajar untuk kata dia benci.
Dia tahan diri daripada memaki.
Dia sedang berusaha sekuat hati.
Dia benci.

http://favim.com/orig/201108/13/cute-love-quotes-strawberrytelle-Favim.com-122207.jpg
[Sumber gambar]

Awak.
Kan dia kata dia benci?
Awak tak percaya lagi?

Mata ke atas, cuba jeling kiri.
Kepala sakit, tepuk dahi.

Nota Kaki :
Maaf pada yang menganggap aku sombong kalau kamu rasa aku tidak pernah bertegur sapa di atas talian ini. Aku rasa tidak perlu aku beritahu yang aku menjenguk kamu di blog kamu kembali sebagai satu tanda aku menghargai. Bukankah lebih baik dan istimewa perkara sedemikian dilakukan dalam diam dan sembunyi?

Zara : Belajar untuk mengubah diri.

20 comments:

perjalanan pulang said...

salam

Dayah said...

awak..awak xapa pe kan..

i'm still your silent reader :)

lylalittle said...

haha...comeyl pic 2...can't deny the fact that it's true...hehe.. ;P

noura said...

awak...
dia sedang membenci kamu,
walaupun bencinya palsu,
namun dia tetap mahu begitu,
harap nada rindu terus berlalu..

agak payah menanggung rasa begitu bukan??

sy suka akan 'entry' ini...(^__^)b

Unknown said...

awk. kembalilah

:: My BeAuTiFuL wOrLd :: said...

diam lbh baik tp adakalanya kita kena bersuara dear :)

JANE said...

Awak.
Dia tidak rindui awak.
Langsung tidak terlintas tentang awak.
Sedikit pun tiada awak.



"Sedihnyee dia xrindu saya"

:(

cg4dis said...

zara...
ceritanya seperti punya persamaan dengan kisah aku.
mungkin hanya aku yang menyayangi tapi dia tak pernah menyukai...
bahkan dia mungkin membenci.

gambar itu juga...seringkali menanti text dari si dia walaupun tahu dia mungkin sudah tidak peduli.

hurmmmmmm....

Anonymous said...

Touched :')

AINA said...

enrty ny lbh krg kisah aku skrg.
rindu sakit menunggu dy text.saban kali begitu.

reenapple said...

yaa.. aku sedang belajar membenci dia,,,=)

Herleena Mustapha said...

"Apalah sangat berdiri atas kaki sendiri, dia beritahu hati.
Cuma itulah, awak satu kebiasaan buat dia, ibarat penagih todi."

Terkenang kisah sendiri.

Dah dipesan dari awal, "Jangan spoilkan aku, aku risau aku tak boleh kalau kau takde nanti."
Katanya, "Jangan risau, aku ada :)".



...


Tercari-cari mana kau.

Unknown said...

(T_T)...
sedihnye..

kueh bakar said...

dia
tidak merindui aku.
aku tahu itu.
langsung tidak terlintas tentang aku?
kau tipu.
aku tidak percaya itu.

'aku suka 'sesat' di sini'...

ewanthology said...

grow up

Amy Syahirah said...

kak zara , sy nk tnye sumthing tpi boleh tak scare personally ?? cuma sy xtau kt mne . sy pergi page akk xbleh inbox pulak . sy nak dpatkn kpastian =(

hanaahmad said...

mula suka di sini. Hai! :)

DanieL AdiE said...

Ini adalah antara dugaan yang perlu Zara lalui..

be strong..

Eyka said...

the reality is damn sad..but i still cannot leave the memories behind..

kalu tak leh go on..please pause T.T

fariha said...

zara, be strong girl..kisah kite lebih kurang. jadikan seme yg berlaku ni as ur turning polint!!

don't waste ur tears. hunn..=)