Awak.
Dia duduk termangu.
Matanya memerhatikan setiap orang yang lalu.
Hatinya sedingin salju.
Walaupun mentari memancar terik hingga menghanguskan bulu.
Awak.
Ada yang tersenyum sipu.
Ada yang muka merah malu.
Ada yang buat tidak tahu.
Ada yang perhatikan dia balik - seperti dia dungu.
Ada yang buat muka sayu.
Ada yang mencebik bagaikan dia mengganggu.
Tetapi dia hanya buat muka seperti tiada apa yang berlaku.
[Sumber gambar] |
Awak.
Hubungan jarak jauh adakah satu halangan?
Hubungan jarak jauh adakah satu ujian?
Hubungan jarak jauh adakah satu cabaran?
Hubungan jarak jauh adakah satu rintangan?
Hubungan jarak jauh adakah satu beban?
Hubungan jarak jauh adakah satu kebolehan?
Hubungan jarak jauh adakah satu tapak menguji keyakinan?
Awak.
Kasih sayang itu penguat percintaan.
Percintaan bermula dengan persahabatan.
Salahkah dalam percintaan masih mampu mengekalkan persahabatan?
Awak.
Dalam percintaan, dia belajar apa itu keyakinan.
Yakin untuk terus menunggu awak yang mungkin hanya bayangan.
Yakin untuk terus percaya yang dirinya tidak akan dipersiakan.
Yakin untuk terus berdoa agar kekal menjadi pasangan.
Yakin untuk terus berusaha menggapai impian.
Yakin untuk terus mengejar kejayaan.
Awak.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kesetiaan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kerinduan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai keyakinan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai pertahanan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kesabaran.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kesakitan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kebahagiaan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kesedihan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai kegembiraan.
Dengan jarak yang jauh, dia tahu apa nilai setiap perasaan.
[Sumber gambar] |
Awak.
Dia anggap hubungan jarak jauh - sebagai cabaran.
Dia anggap hubungan jarak jauh - ada kelebihan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - kurang bertemu sebagai satu keistimewaan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - satu usaha berterusan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - menjadikan kata-kata orang hanyalah dengungan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - percintaan yang perlu dikekalkan.
Dia anggap hubungan jarak jauh - menjadikan dia lebih matang dalam membuat keputusan.
Awak.
Dia berterima kasih pada teknologi.
Menghubungi awak yang jauh di mata, bukanlah benda yang rugi.
Berbual dengan awak semudah dia bangun pagi.
Bercakap dengan awak bagaikan awak dan dia berkongsi bantal dan mimpi.
Menatap satu sama lain hanya ditapis oleh paparan nipis lutsinar beberapa inci.
Menghantar ciuman terbang (baca : flying kisses) sentiasa hingga masing-masing senyum nampak gigi.
Dan banyak lagi.
Awak.
Dia masih lagi bertahan.
Dia masih lagi enggan mahu lihat orang kata kasihan.
Dia masih lagi pandai berpura tahan kepahitan.
Dia masih lagi tahu bagaimana mahu mengecapi kegembiraan.
Dia masih lagi mahu ukir senyuman.
[Sumber gambar] |
Awak.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu meluka.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu biarkan dia menderita.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu merosakkan segala.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu meninggalkan dia.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu putus cinta.
Dia mohon agar awak tidak pernah mahu lupakan rasa bahagia.
Awak.
Dia mohon agar awak dan dan dia serasi bersama.
Sentiasa.
Nota Kaki :
Tahniah Malaysia.
Semoga banyak lagi kejayaan mendatang.
Semoga banyak lagi kejayaan mendatang.
Zara : Membuat pilihan untuk berdiam diri bukanlah sesuatu yang mudah. Menjaga hati manusia disekeliling rupanya membuatkan tenaga berlebihan disalurkan hingga mahu bernafas juga sudah agak payah. Ah, sudah.
25 comments:
hurm.... smg DIA baik2 saja... SF
inila dinamakan kehidupan dear..
menjaga hati semua org sehingga sanggup melukakan hati sendiri bukan semua org boleh buat..
hanya mereka yg benar2 tahu erti perhubungan sahaja bisa melakukannya :)
Nice entryy ! :)
Zara,
Sangat suka dengan entri ni. Sebab ade kaitan dengan diri sendiri. Mohon share buleh? Nak extract rangkap2 yang best ni. TQ.
salam singgah.. sgt sweet.. :)
Seronok baca entri ini... Tq ;)
cinta jarak jauh bukan penghalang :)
hubungan jarak jauh -->
komitmen yg tiada penghujung.
sebuah ujian kejujujuran, kesetiaan & kesabaran :)
> nice entry sis :D
Berdiam diri untuk menjaga hati orang lain.
adakah berbaloi jika hati sendiri terluka?
zara, aku rasa diri aku disebut di sini.
cinta jarak jauh menuntut segalanya.
tak percaya cuba rasa.
tapi aku bahagia saja.
boleh jengok juga si pencinta jarak jauh ini.
:)
dear..mohon share..=)
waahh.. mmg dlm keadaan ni :)
entry yg sgt hebat. Thanks.
nice + cool entry...
hubungan jarak jauh memang mencabar diri. keyakinan, kesetian, kepercayaan kadang2 goyah hanya kerana masalah remeh...
zara,aku tak tahu.mungkin hanya secara kebetulan.entry kau sejak dua menjak kebelakangan ni tepat terkena batang hidung aku sendiri.
bnyak dugaan bila hubungan jarak jauh ni.silap sikit je dah fikir macam2. dah cuba utk fikir +. tapi hati ni degil. harap2 kami bertahan. :(
hmm , kenapa la lately ni entry zara sangat attached to me . serious , sedih :'( . thanx zara coz tlg luahkan ape tak terluah !
cinta jarak jauh adalah suma itu..seperti yg kamo nyatakn..
yang jauh cuma jarak...bukan cinta..
ZARA, entri paling saya suka suka suka suka suka suka nak like banyak banyak banyak banyak kali.
Rindu.
eh?
hubungan jarak jauh tu... memang banyak ujiannya... kejujuran dan kesetiaan adalah kuncinya... bermadah bagai pulak lagik... sebenarnya tak rela berjauhan...huhuhu
Mesej Untuk Gadis-Gadis Muslimah.
Elakkan meng-upload gambar-gambar manja@peribadi ke dalam Facebook.
Ditakuti ada pihak yang akan mencuri gambar-gambar tersebut untuk tujuan Maksiat.
Kemudian, akan dijadikan bahan tontonan lelaki-lelaki tidak dikenali.
Prihatinlah ke atas maruah diri masing-masing.
Berhati-hati dengan blog seperti di bawah:
http://awek-impian.blogspot.com
//Sebarkan Mesej Ini//
ENTRY MENARIK.... NAK SHARE BOLE.... PERCINTAAN JARAK JAUH NI SATU PENGORBANAN BESAR SEBENARNYA.. APE PUN KESETIAAN DAN IKATAN KASIH SAYANG ADALAH PENGUATNYA....
percintaan jarak jauh ni memerlukan banyak pengorbanan dan kejujuran, give n take terhadap pasangan..
dan yg penting komitmen...
bila kita pasang 1 niat dan impian, inysaAllah dipermudahkan jalan kehidupan :)
zara...name awak sama macam name awek saya..thread ni mmg kne kt batang hidung saya sendiri le...heheanyway thanks for this link
Bestnyeee
Mohon share! Thanks awak!
Post a Comment