Thursday, October 06, 2011

Jangan Biarkan Hati Dipijak.


Ada satu benda dalam dunia ini yang semua orang mahukan.
Semua orang akan jadi tamak apabila bicarakan.
Semua orang sanggup digelar gila dan berkejar mahu mendapatkan.
Kadangkala boleh nanar akal fikiran.
Semuanya demi mengejar keinginan.

Siapa yang tidak mahu kebahagiaan?
Siapa yang enggan mengejar impian?
Semua orang mendambakan.
Awak, kamu, mereka, saya, dia semua mimpikan.

[Sumber gambar] - Kadangkala kamu tidak perlu berubah demi orang lain. Jika mereka tidak pandai menghargai kamu, carilah yang pandai menghargai.

Dalam mencari sesuatu yang lebih baik untuk diri sendiri, kadangkala kita akan terlupa dan alpa bahawa sesungguhnya ada yang terpaksa kita korbankan demi mendapatkan sebuah kejayaan. Mana ada benda yang datang melayang dan terus menjadi milik mutlak tanpa perlu berusaha. Kalau ada sekalipun, itu boleh dikatakan sebagai sesuatu yang terpencil dan tidak semua orang dapat merasa yang sedemikian.

Dan awak, adakah dengan menikam daripada belakang adalah jalan terakhir awak mengejar cita-cita yang sangat awak dambakan? Ada pelbagai cara mencari kejayaan, baik dan buruk tetapi mengapakah itu yang awak lakukan?

Seronokkah melihat kesakitan tergenang di mata seseorang yang awak sayang?
Dia yang awak letakkan pengharapan tetapi awak musnahkan dia dalam diam hanya demi kerana awak perlu mengejar mimpi bahagia. Adakah awak mampu menebus balik kesakitan itu hanya dengan berkata perkenalan dengan dia hanya satu kesilapan yang tidak disengajakan?

Tidak.
Kesilapan itu jika ia benar-benar sebuah kesilapan.
Bukan direka hanya untuk menunjukkan awak punya alasan.
Semata-mata untuk mengikis perasaan.

Awak.
Celakanya perbuatan.
Durjananya sebuah perhatian.
Lahanat mengikis kasih sayang buatan.

[Sumber gambar]

Senyum.
Bibir tidak lekang dari senyuman.
Merah jambu dan berkilauan setiap kali dada berdegup melihat kepingan sepi.
Senyum lagi.
Toleh gambar lekat di dinding.
Bersatu keras walaupun tidak pernah bertemu.
Renung sambil doa tidak putus berbisik.
Tenggelam matahari ini, ada angka bersalin lagi.
Tidak, kita bukan mengira bilangan si peramal.
Kita menghitung usai saat bonda melahirkan.

Kalau dapat disentuh, pasti sangat lembut.
Kalau dapat diusap, pasti matahari sembunyikan diri.
Kalau dapat digapai, bulan menyorok di sebalik awan.
Kalau dapat bertemu, pasti gegak gempita alam.

Bisik di jiwa.
Aku untuk kau, kau untuk aku.
Bisik di hati.
Kau jaga diri, aku jaga diri.
Paparkan di mata.
Aku cinta kau, kau cinta aku.
Sematkan di minda.
InsyaALLAH berjaya, kerana Tuhan untuk manusia.

Damainya rasa.
Sejuknya jiwa.
Lautan rindu mengelilingi sebuah teratak bahagia.
Kerana kau simpan diri ini dalam sebuah rumah.
Rumah yang terbina dari segumpal darah merah bernama hati.
Kerana aku tahu, hatimu adalah rumah terbaik.

Sayang, aku mengira matahari tenggelam hari ini.
Aku menghitung datangnya tengah malam.


Shafaza Zara Syed Yusof
26 April 2010 - 10.10 pagi

********

Dia dah terbang hilang.
Terbang meninggalkan daerah kesayangan sebuah hati yang pernah dicemari dengan pelbagai noda dan dosa serta kesakitan yang berpanjangan. Termenung jauh kesepian dalam mengubati hati yang sering luka dengan gelagat manusia yang tidak pernah henti dalam menabur benih benci tidak berkesudahan.
Awak seronok melihatkan dia kecewa?
Awak gembira melihat hati dia diinjak?

Dunia yang lesu diwarnakan dengan setiap ukiran senyuman yang membahagiakan. Tatkala orang menyatakan penat, dia dengan lagak riang gembira akan meneruskan apa yang diusaha. Ya, falah itu adalah tujuan hidup . Matlamat tidak menghalalkan cara dan itu yang disematkan dalam kepala. Sendu dan tawa adalah perhiasan lukisan dan penyuntik warna arca.

Realiti kehidupan yang menghiasi sebuah dunia yang ditinggalkan sepi. Bila mana apa yang dimahukan tidak kesampaian, adakalanya manusia akan membiarkan ianya terpuruk tanpa perlu menggali lagi. Kesakitan hari ini adalah untuk kebahagiaan masa hadapan, itu mungkin apa yang dihadapi.

Kesepian itu bukan tiada warna.
Kesepian itu adalah satu anugerah.
Nota Kaki :
Sibuk dengan tugasan dan hal yang muncul tiba-tiba.

Zara : Aku percaya dengan sedikit perkataan sahaja kita sudah boleh memusnahkan orang tetapi dengan sedikit perkataan juga kita mampu menyatukan orang.

10 comments:

NeoBalanoCarpus said...

catatan ni ibarat hati yang luka. kekadang keterpaksaan juga membuatkan orang sanggup melepaskan satu ikatan dengan beralasan yang dibuat demi menjaga pihak lain.-mode pagi-pagian.

Ce'gu JAERA said...

kagum saya membacanya.. santapan minda di pagi khamis

Admin said...

Kata-kata tu kdg2 mcm pedang~
hargai yg tahu mnghargai..
peace!

Terkini:
- Raja Lawak Positif Dadah
- Sah Suami Isteri, Tahniah! :)

deQli avem said...

...hanya dendam y terbit...

kueh bakar said...

hati itu fragile
kadang tiada perlu diinjak
satu jentik cuma
ia mampu pecah berderai

ArtForAuction said...

Jangan difikirkan sangat orang yang menginjak dan memijak kita. Kerana sedang kita memikirkan dia, bersedih, sudah tersia satu hari. Dan dalam satu hari itu, entah dia sedang bergembira tanpa mengingatkan kita sedikitpun.

carilah bahagia dalam hati. jangan sandarkan pada hati orang lain.

Sara Ali said...

senang untuk diungkapkan....

tpi bila kena kan diri sendiri..

ar,,,mampu kah aku?

bunggsu said...

saya gak sempet baca tulisannya, keasikan lihat gambarnya,,

Unknown said...

sukenya ayt2 yg diutarakan...
menusuk di hati...

Pais Mais said...

kesumat btul..