Thursday, June 02, 2011

Kenapa Bila Kau Setia, Dia Tetap Curang?


Itu antara soalan yang aku dapat di Mukabuku, kutip dari kawan-kawan dan juga paling terbaru pagi ini bila ada seseorang tulis di Twitter aku. Benda yang masih berlegar kepada manusia itu sendiri, bergantung kepada hati dan perasaan, kenapa bila kita cukup setia dan menjaga perasaan seseorang itu, tetapi akhirnya kita akan dikhianati juga?

Pada pendapat aku, ia berbalik semula kepada soal hati dan perasaan seseorang itu juga. Benda itu adalah tindakan dalam kawalan dan juga luar kawalan. Manusia itu sendiri yang lebih kenal hati dan perasaan mereka berbanding orang luar. Nah, orang boleh kata dia memahami kau luar dan dalam, tahu buruk baik kau, tetapi apakah dia tahu apa yang terlintas dalam fikiran dan naluri kau?
Tidak bukan?

Gambar : Kunci sebenar dalam kepercayaan adalah mengenali siapa seseorang itu dan percaya mereka dengan siapa sebenarnya diri mereka. Tetapi, kita selalunya mempercayai seseorang itu sebagaimana yang kita mahukan mereka dan bila mereka tidak seperti yang kita sangka, kita menangis dan kecewa dengan anggapan sendiri. (Shafaza Zara, 2011)

Dan kenapa sebenarnya kecurangan boleh berlaku?
Statistik perpisahan, penceraian kebanyakannya disebabkan oleh kecurangan pasangan, tidak mengira jantina, sama ada lelaki ataupun perempuan. Itu pasti walaupun mungkin ia didominasi oleh jantina tertentu, tetapi masih lagi kita tidak boleh melemparkan tuduhan bahawa lelaki yang akan curang dan perempuan akan setia ataupun lelaki setia tetapi perempuan yang membuat onar di belakang.

Tidak.
Ia bukan dipengaruhi oleh jantina, tetapi lebih kepada hati manusia itu sendiri.
Mari kita lihat kenapa seseorang itu boleh bertindak melakukan sedemikian dan mengakibatkan kesan yang bukan sedikit dalam sesuatu perhubungan. Nah, curang adalah salah satu faktor perpisahan dan penceraian boleh berlaku dan itu tentunya membawa kepada kesan yang lebih buruk - pergaduhan, pembunuhan dan macam-macam lagi, kau namakan, salah satunya mungkin akan terselit sifat curang dan pengkhianatan.

1. Belum bersedia memberikan komitmen.
Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, sesetengah daripada kita mungkin lebih mahu terus memberikan tumpuan penuh dalam kerjaya dan mencapai sesuatu yang lebih tinggi dan baik dalam hidup. Masih banyak yang mahu dikejar serta diberikan dan apabila pasangan mula terus mendesak untuk membawa perhubungan lebih jauh dan bermakna, sesetengah daripada kita mungkin belum bersedia. Istilah kita kawan dulu, baru kita kenal lebih rapat sering digunakan untuk mengelakkan diri daripada terus didesak.

Kita kena akui bahawa setiap orang mempunyai sikap memberontak mereka yang tersendiri. Sesuatu yang disembunyikan daripada umum dan apabila terlampau mendesak, biasanya ia akan meletup dengan sendirinya kemarahan yang dipendam sekian lama. Maaf, tapi ini kebanyakannya berlaku pada lelaki yang tidak tahan didesak oleh kekasih untuk ikatan lebih serius dalam perhubungan. Lelaki tidak suka didesak. Mereka lebih gemar membuat sesuatu dengan acuan mereka sendiri, walaupun ia mungkin menyakitkan wanita mereka.

http://farm4.static.flickr.com/3267/2576281201_d1ea64a3ae.jpg
Gambar : Kau pernah lihat sinar mata yang polos dan sangat kosong?

2. Melihat pasangan sebagai seorang yang tidak adil.
Ah, ini menggusarkan.
Bila melihat pasangan lebih banyak menghabiskan kerja di luar dan tidak memberikan pujian ataupun kata-kata perangsang dengan usaha sendiri, terbit rasa tidak berpuas hati secara senyap-senyap. Maka, mulalah mencari alasan untuk mendapatkan seseorang yang akan sentiasa memuji apa yang dilakukan dan lebih menghargai kononnya.

Maaf, ini kebanyakannya berlaku kepada perempuan.
Naluri perempuan kebanyakannya mahu diberikan perhatian walaupun sedikit. Percayalah, kalau lelaki sanggup tinggalkan permainan komputer mereka walaupun sekejap untuk mendengar celoteh si perempuan, pastinya si perempuan itu sudah cukup gembira sampai bunga-bunga penuh atas kepala. Dan begitu juga lelaki aku rasa, jika perempuan boleh luangkan sedikit masa untuk mendengar apa mereka luahkan, itu sudah membuatkan mereka lega.

Timbal balik benda mudah dalam perhubungan.
Setuju?

3. Bosan dengan benda rutin.
Ini sebenarnya dalam diri manusia itu sendiri. Sesetengah daripada kita memang sukakan rutin dan sudah terlampau mangli dengan hidup berjadual sehingga kita sudah tidak kisah dengan apa benda lain asalkan kita mencapai matlamat yang kita mahukan. Tetapi kita jangan lupa, ada orang yang benci dengan perkara sebegitu. Ada orang yang mahukan hidup dia sentiasa dalam keadaan sesuatu yang tidak diduga dan seronok dengan perkara demikian. Tidak salah. Cuma jangan sampai berlebihan.

Sebagai contoh, zaman aku belajar dahulu ada seorang kawan ini yang menukar teman wanita silih berganti sehingga kami sendiri rakan-rakan dia tidak dapat mengenalpasti siapa kekasih dia yang sebenarnya. Pernah duduk berbual dengan dia dan bertanyakan hal ini.

Aku : Kenapa kau suka tukar teman-teman wanita ni?
Dia : Sebab bosan bila asyik buat benda yang sama.
Aku : Maksud kau?
Dia : Setiap pagi bangun ucap selamat pagi. Tengah hari lepas kelas, makan sama-sama. Petang nanti riadah atau makan sama-sama. Malam nanti kena ucap selamat malam. Bosan.
Aku : Takkanlah semua sama?
Dia : Hampir semua sama. Percayalah cakap aku. Hujung minggu nak keluar. Tak pun duduk belajar di perpustakaan walaupun bukan sama kursus.
Aku : Kan kau ada aktiviti lain dengan kawan-kawan kau?
Dia : Ada aktiviti lain macam bola ke 'jamming' ke pun semua perempuan-perempuan tu nak ikut.
Aku : Belum jumpa yang lain macam?
Dia : Belum. Takpelah, ni masa untuk berkenalan sebelum jumpa yang sesuai.
Aku : Sampai bila?
Dia : Sampai jumpalah.

http://farm3.static.flickr.com/2448/3898612858_e83f9d1033.jpg
Gambar : Sukarkah mencari kepuasan diri sendiri dalam hidup?

4. Ada cinta baru ataupun jumpa semula cinta lama.
Macam-macam.
Ada yang jumpa cinta baru dalam diri mereka dan mula mahu menggapai satu lagi pelabuhan dengan meletakkan kaki di sebuah lagi kapal. Ah, kata orang, satu kapal satu nakhoda, tetapi kadangkala dalam dua kapal, kita boleh ada satu nakhoda. Lagi hebat kalau bilangan kapal dan nakhoda saling berkadar terus bukan? Kuasa dominasi yang melampau bila dibuat dengan cara yang tidak baik dan pincang gaya.

Pengalaman akan memberikan kita sesuatu yang tidak pernah kita mimpi akan berlaku. Mungkin kesakitan lampau akan membuatkan kita berjaga dan menjadikan kita tidak mahu alpa walaupun hakikatnya kita masih terleka. Dan dalam kelekaan, kealpaan dan kelalaian kita itu, tidak mustahil akan ada hati yang terguris sakit dengan betapa kejamnya kita bertindak sebagai manusia.

Bila jumpa dengan kekasih lama, benda yang kononnya sudah lama mati, tiba-tiba hidup kembali bagaikan disemai dan dibajai semula. Padahal, ada kekasih ataupun pasangan yang sedang menanti penuh setia.  Hanyut dalam coretan dan layangan kanvas cerita lama dan entah bagaimana, ceritera baru mahu dilakarkan semula. Aneh-aneh sahaja manusia.

http://farm4.static.flickr.com/3269/2340999549_02bbd8d4be.jpg
Gambar : Ada orang bertanyakan kepada aku kenapa manusia begitu susah untuk setia, dan aku hanya dapat bertanyakan kepada mereka kembali, kenapa sukarnya untuk mempertahankan sebuah janji? Itu menggunakan konsep yang sama. (Shafaza Zara, 2011)

Aku pernah menulis tentang kecurangan dan konsep kesetiaan suatu ketika dulu. Betapa orang yang tidak setia itu dikatakan bodoh oleh seseorang yang aku kenal rapat. Tidak juga sebenarnya, aku anggap dia sebagai orang yang rapat dengan aku dari segi komunikasi sebagai manusia. Itu sahaja, dan nasihatnya mungkin berguna walaupun ternyata sesuatu berlaku menggoncang paradigma nilai percaya.

Kegembiraan kadangkala akan datang dengan cepat dan pergi dalam sekelip mata. Terbang melayang tatkala tangan mahu menggenggam dengan pantas. Mata hanya akan dapat memandang ia berlalu pergi tanpa menyedari, itulah yang cuba digapai selama ini. 

Curang satu proses pelarian?
Bukan.
Nota Kaki :
Sedikit sebanyak hidup aku sudah mula lari dari kebiasaan. Aneh, aku sudah dapat membiasakan diri dengan cepat. Hidup memang indah. Dan kita yang bertanggungjawab untuk membuatkan ia lebih indah, semuanya bergantung kepada apa yang kita mahukan, dan tentunya apa yang telah dirancang oleh Allah buat kita.
Zara : Membekukan diri daripada menerima apa jua tekanan negatif daripada luar. Itu aku. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk tidak melukakan hati orang lain di sekeliling aku, walaupun akibatnya aku yang sakit menanggung kesakitan sendirian. Senyum dan ketawa aku adalah kekuatan yang bukan sedikit aku himpun dalam menjalani hidup yang semakin buas memaksa aku agar lebih tabah.

11 comments:

AkuBukanLelaki said...

bosan dgn pekara hampir sama tiap2 hari...

Nailah Azman said...

Pada Akak, untuk pasangan yang dah berkahwin ni,mereka curang mungkin juga sebab mereka kurang mendekatkan diri kepadaNya.

Lagipun, ikatan perkahwinan kan bukan sahaja termeterainya janji ikatan sesama manusia tapi juga dengan Allah. Kan?

Sebab itu, pokok pangkalnya, suami atau isteri kena sentiasa ingat padaNya, tunai perintahNya. InshaAllah rumahtangga harmoni dan juga dapat menepis dari godaan syaitan yang tidak akan pernah berhenti dari menggoda manusia sehinggalah hari kiamat itu tiba.

kueh bakar said...

ada iman ada setia. tiada iman tiada setia..

suka laki boya yg hensem dalam dalam dialog tu...

sampai bila?
sampai jumpa...

hehehe.dia mungkin seorg yng setia jika sudah 'jumpa'.

Qaseh Dalia said...

pernah terkena .. dia jumpa cinta yg baru .. i dont know why .. tapi sabar dan redha..maybe ada betulnya zara tulis tu .. ntahlah ..kita hnye merancang kan .. kapel2 boleh lah curang tapi kalau lah perkahwinan tu mcm kapel.. mkn meningkat kes penceraian kat dunia ni

Gigi Besi said...

kecurangan tak akan berlaku tanpa sebab.

Kalau sang buayafriend curang dan mungkin ini adalah kerana si gulafriend juga curang. DAN begitu juga sebaliknya.

Setuju dengan zara. Kepercayaan amat penting.

Havent heard that ' to be trusted is a greater compliment than being loved ' ?

Thanks zara :)

Miss Lady Iena Nazir said...

“Ladies, if ever a woman steals your man, the better revenge is letting her keep him. Coz no good man can ever be stolen, unless he wants to.”

:)

Murni Yusoff said...

Mula2 mgkin seronok,jmpe hr2 berbalas sms..tp klu lme2 dn dibuat setiap hr,msti dr rse sronok bertukar ke rasa terpaksa pulak..=)

Murni Yusoff said...

Mula2 mgkin seronok,jmpe hr2 berbalas sms..tp klu lme2 dn dibuat setiap hr,msti dr rse sronok bertukar ke rasa terpaksa pulak..=)

Gieyana said...

lama x dtg sini..Zara sihat?

pd akak..ianya terletak pd hati dan senang jer nk avoid suma nie dr terjadi, abadinya Nabi Muhammad SAW sbagai idola dan tanamkan iman yg kuat dlm diri..:)

daiaziz said...

kadang kala pilihan itu perlu..tp hakikat mmg sukar diterima.;)

Unknown said...

Sy hanya nak minta mendapat. Sy sngt setia, jujur dan syg dgn kekasih sy. Perhubungan antara kmi berdua sudah 2 tahun lamany dan sy juga sudah perkenal kn dia kpda family sy dan begitu juga dia. Sy dpt merasakan bahawa hubungan antara kmi berdua sangat rapat dan mesra dan saling berkorban antara satu sama lain. sy sngt menyayangi dan mencintai dia sehinggakan sy bertekat utk mengahwini dia. Namum, pada suatu hari sy dpt merasakan sesuatu yg aneh terhadap hubungan kmi. Sy dpt merasakn bahawa kekasih sy menyembunyikn sesuatu drpd sy. Lantas aku bertanya kpda ny "sy dpt merasakan kmu menyembunyikan sesuatu dari sy. Cuba kmu jujur sja dgn sy apa yang kmu sembunyikan dan apa benar kmu masih mencintai dan syg dgn sy". Banyak alasan dan jwpan yg sy trima dari ny. Dlm masa 2 bulan sy merasakan hubungan antara kmi semakin renggang. Dan dlm masa yg sama sy sering mnyatakan pada ny bahawa sy sngt syg dan mencintai dia namun tiada respon dariny. Akhir sekali, dia mnjawab panggilan telefon dari sy dan berkata bahawa dia mencintai dua lelaki. Iaitu sy dan seorng lelaki yg bgelar 'crush' dia. Tetapi lelaki trsebut menolakny dan memberitahunya bahawa dia sdh mempunyai pasangan dan meminta ny utk jujur dgn pasanganny. Akan tetapi, sy ttp mencintai dan dgn rela hati utk memaafkan ny dan meminta ny utk kembali dgn sy seperti sedia kala. Namun dia berkata utk tidak berhubungan lgi dgn sy mahupun dgn sesiapa. Dia nak bersendirian. Hanya sabar yg mampu sy lakukan. Disini sy ingin meminta pendapat adakah sy masi mempunyai peluang utk bersama ny kembali dengan niat yg jujur dan ikhlas? Terima kasih. No wtspp sy 0128140598