Setiap kali menonton drama yang selalunya ditonton tanpa sengaja, corak drama Melayu sangat tipikal. Sukar nak mencari yang mempunyai jalan cerita yang lain daripada biasa. Ya, ada, bukan tiada langsung, cuma bolehlah dikira dengan menggunakan jari lagi. Kalau jari tak cukup, masih boleh conteng-conteng atas kertas - bilangannya masih sedikit. Tapi, itu cerita lain. Mungkin.
Kalau setiap kali (ter)-tonton drama, ada sesuatu yang aku akan gelak ketawa berdekah disebabkan jalan ceritanya akan sama dengan sesuatu yang sangat sinonim dalam drama kita. Sifat dengki, saling mahu menikam dari belakang dan apa sahaja sifat buruk pasti ditonjolkan dalam drama. Mesti ada walaupun setakat dua tiga orang watak makcik mengambil berat hal-hal orang sekeliling (baca : mengumpat) semasa membeli sayur di kedai runcit yang hidup segan, mati tak mahu.
[Sumber gambar : Makcik nak beli sayur ni, nak kirim ke?] |
Dan tadi siang, ada drama entah apa yang sedang disiarkan di televisyen, sesuatu yang menangkap perhatian aku dan ketawa berdekah membayangkan sesuatu. Perniagaan, dunia korporat sering dipaparkan dalam drama dengan kereta mewah, rumah tersergam indah dan pelbagai aksesori lagi sebagai penambah perisa. Pada satu tahap, ahli perniagaan itu berjaya, pastinya dalam berjaya dan mempunyai ramai kenalan, dia juga mengumpul musuh yang bukan sedikit.
Drama (ala-ala televisyen yang tipikal)
A : Kita kena perangkap Datuk C tu.
B : Perangkap macam mana tu Tan Sri?
A : Awak cari mana-mana perempuan, pastikan dia goda Datuk C tu sampai dapat. Bila tiba saatnya, kita akan jatuhkan dia.
B : Baik Tan Sri.
Maka, si B pun carilah perempuan untuk menggoda Datuk C menurut arahan ketuanya, Tan Sri A. Dalam drama kita, penggunaan gelaran Datuk, Tan Sri itu sangat berleluasa. Hakikat percaturan hidup mereka ke? Entah, tapi itu yang disogokkan dalam drama tidak sudah-sudah.
B : Tan Sri, tugasan yang Tan Sri suruh saya dah buat.
A : Bagus, macam mana?
B : Saya dah suruh D goda Datuk C dan kalau boleh, buat hubungan seksual dengan dia.
A : Bagus.
B : Kita boleh cetuskan skandal dan akhirnya dia terperangkap.
A : (ketawa berdekah) Mana ada lelaki menolak perempuan kan?
Setelah beberapa episod bergelumang dengan dosa, Datuk C terperangkap dan dia dijatuhkan dari syarikat. Dia muflis akibat dikikis oleh si D. Maka, Tan Sri A berjaya dan dalam masa yang sama, Datuk C mula menyimpan dendam. Dan drama akan berpanjangan dengan rentetan yang entah apa-apa lagi.
Selalunya begitu kan?
Cuma kita olah sedikit dan lari dari norma drama biasa yang kita tonton.
Drama (selepas olahan kononnya)
A : Kita kena perangkap Datuk C tu.
B : Perangkap macam mana tu Tan Sri?
A : Awak cari mana-mana perempuan, pastikan dia goda Datuk C tu sampai dapat. Bila tiba saatnya, kita akan jatuhkan dia.
B : Baik Tan Sri.
Maka, si B pun carilah perempuan untuk menggoda Datuk C menurut arahan ketuanya, Tan Sri A. Macam biasa, kita akan disajikan dengan adegan B perlu membuat panggilan telefon, mencari mana-mana ibu ayam dan sarang pelacuran, ataupun mencari pelacur kelas atasan demi memenuhi tuntutan kerja yang diminta oleh ketuanya, Tan Sri A.
B : Tan Sri, tugasan yang Tan Sri suruh saya dah buat.
A : Bagus, macam mana?
B : Tak jalan Tan Sri.
A : (muka terperanjat) Macam mana boleh jadi begitu? Si D itukan cantik. Dahi licin.
B : Tetap tak boleh Tan Sri. D dah guna pelbagai cara sampai dia pun mengalah.
A : (menyumpah) Apa masalah ni?
B : Datuk C homoseksual, Tan Sri.
A : Apa?!
Nah, boleh atau tidak?
Ketawa.
Boleh juga buat skandal sebenarnya tu. Tetapi itulah, balik-balik ada adegan orang tua dan perempuan muda muncul dari dalam selimut dan entah apa-apa lagi. Kalau ahli perniagaan tu muda, mesti ada adegan dia terdampar atas katil dengan perempuan terbaring sebelah dia, macam kena perangkap dan sebagainya. Aduhai.
[Sumber gambar : Apa pun, kenapa ahli perniagaan dan korporat selalu sangat digambarkan kacak dan sebagainya?] |
Sudah menjengah bulan tujuh dua kosong satu satu.
Nota Kaki :
Lagi tiga buku sudah sampai di rumah.
Zara : Mak andam ada, perancang perkahwinan ada, jurugambar ada, segala macam ada boleh ditempah. Ni tukang salam dan persilakan orang masuk rumah serta pemantun tegar ada tak? Kalau tiada, aku nak jadikan kerjaya separuh masa waktu cuti.
9 comments:
aku harap ada penulis skrip berjaya akan meneliti tulisan cik sebelah hari nie...
penggunaan watak A, B, C, dan D pun adlh satu norma...
betoi2..
selalu sangat drama melayu macam tu.
anak2 pun mesti cantek.
pastu mesti ada cite2 bomoh bila nk jatuhkan musuh
@Sang Pencinta
Hahahaha~
@hanjila
Komentar seperti kamu adalah sesuatu yang sangat norma juga.
@cik hani
hahaha~
mistik la pula ya?
:)
dah lama tak singgah baca blog zara, btw, perenggan terakhir tu, are u getting married?! if yes, congrates! XD
hahahaha...!
klau ada skrip mcm tu kn best! hahaha bru gempak!
Post a Comment