Hidup ini kadangkala terlampau banyak warna.
Penuh dan sesak hingga kita mahu memilih satu warna sahaja.
Warna yang menggambarkan siapa diri kita.
Benda yang melambangkan perasaan kita.
[Gambar : Kadangkala kanvas hidup tidak semestinya ceria]
Benda yang dirancangkan musnah. Kegembiraan dan kebahagiaan luntur bila mengenangkan masa yang ada untuk membina segala memori serta kenangan indah hilang begitu sahaja. Hati mula tercalar, sedikit demi sedikit dengan kehadiran orang yang dahulunya pernah menghuni marga sang kekasih pujaan jiwa. Satu demi satu calar mula tertusuk hingga mengalirkan darah merah. Luka kering, tinggal calar serta parut hodoh sebagai hiasan hati yang sudah sakit melata.
Satu.
Dua.
Tiga.
Izinkan berkongsi cerita seorang manusia.
Dia teman, dia sahabat yang aku mahu gembira.
Malangnya, di hatinya mula terdapat palitan duka.
Sakit dan terseksa.
Jiwa.
Dia gadis yang terlampau rapuh. Mencari kegembiraan sendiri bukanlah mudah. Sering terluka akibat memendam rasa dan tatkala dia mula kuat membina hidup dan kerjaya, hati mula disinggahi cinta manusia. Hidup yang selama ini diabadikan buat keluarga semata-mata sudah mula dibuka kepada seorang lelaki yang mencuri jiwanya. Bahagia dan senyum sentiasa dengan keadaan yang mula lain daripada biasa.
Entah kenapa, kegembiraan yang sentiasa dia syukuri itu mula terjejas dengan kehadiran bekas kekasih hatinya. Wanita itu muncul dan mula buat dirinya resah. Dia percaya lelaki itu, percaya dengan janji dan luahan cinta tetapi sejak wanita itu hadir, kelibat lelaki itu sudah hampir tiada dalam setiap hari yang dilaluinya. Tidak seperti selalu, lelaki itu akan ada dan mereka saling bertingkah cerita. Tapi sejak beberapa waktu, benda itu sudah tidak lagi berlaku. Masa seakan beku.
Apakah lelaki itu hanyut bersama bekas kekasihnya?
Apakah lelaki itu sudah lupa akan janji mereka bersama?
Apakah hatinya yang bersangka buruk hingga hampir nanar dan gila?
Entah, dia tiada jawapan walau berfikir pecah kepala.
[Gambar : Dia sudah lupa apa itu kesihatan terhadap diri sendiri.]
Gadis : Maaf tadi telefon masa kau mesyuarat.
Aku : Tak mengapa. Dah habis dah ni.
Gadis : Maaf mahu susahkan kau lagi.
Aku : Ah, tiada apa-apa. Kenapa ni?
Gadis : Aku sedih sampai dah tak tahu nak buat apa.
Aku : Apa jadi?
Gadis : Kekasih aku jumpa bekas teman wanita dia lagi. Atau lebih tepat lagi, perempuan itu cari dia.
Aku : Ada urusan apa?
Gadis : Sengaja, suka-suka. Bercuti sambil bekerja di kawasan dia.
Aku : Anggap yang baik sahaja.
Gadis : Sejak wanita itu datang, teman lelaki aku langsung tak hubungi aku.
Aku : Eh, kenapa?
Gadis : Dia kata dia sibuk uruskan keperluan wanita itu.
Aku : Kenapa wanita itu tak uruskan diri dia sendiri?
Gadis : Entah.
Aku : Kau telefonlah teman lelaki kau, kalau dia tak hubungi kau.
Gadis : Setiap kali aku telefon, operator yang jawab. Kalau aku hantar SMS, dia tak balas.
Aku : Oh, itu gila.
Gadis : Hari itu ada kecelakaan di tempat berhampiran kediaman dia, aku risau jika kawasan rumah dia terjejas sama, aku cari dia berkali-kali tiada jawapan sampai aku terpaksa selongkar FB kawan dia satu persatu untuk tahu kalau dia selamat.
Aku : Habis tu?
Gadis : Dia selamat. Aku tanya pada kawan dia yang kawan dengan aku juga.
Aku : Dia tak hubungi kau?
Gadis : Dia cuma hantar pesanan dia selamat dan itu sahaja.
Aku : Itu sahaja?
Gadis : Ya. Kau tahu apa aku rasa sekarang ni?
Aku : Apa dia?
Gadis : Aku nak ambil penerbangan ke tempat dia dan cari mereka, tengok apa mereka buat.
Aku : Eh, kau kan kerja?
Gadis : Itu kalau aku gila, setakat ini aku cuma dapat berserah dan paksa diri aku percaya dia.
Aku : Tabahlah ya? Aku faham apa yang kau rasa.
Gadis : Kenapa? Kau pernah rasa?
Aku : Tak nak jawab soalan itu, cuma cukuplah aku kata aku faham ya? Kau kena kuat, kau sibukkanlah diri ya? Supaya kau boleh tenang macam selalu.
Gadis : Aku tak kuat Zara, aku tak kuat.
Aku : Kau boleh. Kerapuhan kau adalah kekuatan kau sebenarnya. Percayalah.
Gadis : Kau tahu aku sedang menangis kan?
Aku : Boleh dengar, cuma jangan ikut perasaan.
Gadis : Kalau kau di tempat aku sekarang ini, apa akan kau buat Zara?
Aku : Kalau aku? Aku akan buat macam aku cakap pada kau tadi. Buat sibuk dengan kerja lain sehingga aku tak fikir apa-apa selain kerja.
Gadis : Kau boleh ke lupakan benda begini bila sibuk?
Aku : Macam aku kata, kau harus cuba.
Gadis : Baik. Kau tahu?
Aku : Apa dia?
Gadis : Aku tunggu dia dari awal pagi sampai aku terlelap entah jam berapa.
Aku : Kesihatan diri kena jaga juga kan?
Gadis : Dah tak perlu aku jaga diri aku untuk manusia macam tu.
Aku : Haish! Jangan begitu.
Gadis : Kau comel macam panda, aku nak begitu juga.
Aku : Jangan tiru aku, aku ada alasan sendiri.
Gadis : Alasan apakah? Kecewa? Sedih? Marah?
Aku : Biar aku tanggung sendirian, kau usah risau pasal aku pula.
Gadis : Kau sakit?
Aku : (ketawa) Tidak.
[Gambar : Perlukah aku beritahu kau bahawa sesetengah manusia dalam dunia ini sangat aneh? Mereka tidak akan hargai benda di depan mata mereka dan sibuk mengejar sesuatu yang bukan milik sendiri yang nyata.]
Gadis, aku mahu kau kuat.
Aku mahu kau terus tabah.
Ini ujian kecil yang harus kau tempuh bila sudah mula masuk fasa cinta.
Itu hakikat yang hidup tidak selamanya indah.
Ia kenyataan cinta tidak semestinya bersama.
Senyum.
Kalau air mata itu masih mengalir, tolong seka.
Dongak ke atas, pandang langit dan air mata itu pasti akan berhenti dari terus keluar ke wajah.
Betul kawan.
Kalau kau tak percaya, kau boleh buat.
[Gambar : Ini mungkin agak melampau dan kejam untuk kau, tapi percayalah, kau tidak akan mati tanpa cinta manusia. Bukankah kau pernah katakan pada aku bahawa cinta kau kepada Allah dan keluarga adalah lebih utama?]
Nota Kaki :
1. Langit seakan mengerti apa yang berlaku saat ini. Hujan mencurah lebat tanpa henti dan matahari hanya menjenguk sesekali. Nampaknya Helios dan Lucifer saling bertingkah siapa lebih layak menunjukkan wajah kepada manusia.
2. Tanggungjawab semakin berat dan aku suka dengan keadaan diri yang lebih kenal apa yang aku mahukan dalam hidup tatkala ini. Sesuatu yang tidak diduga berlaku dan kini, dalam proses mencari jawapan kepada persoalan yang membelenggu.
Zara : Kalaulah kau tahu senyuman yang terukir sentiasa di bibir adalah untuk siapa, dan kalaulah kau mengerti gerak serta isyarat tubuh membawa maksud dan pengertian apa. Ah, manusia sering kali hilang keupayaan merasa apabila tiba saat waktunya. Diam, kulum kesakitan, hamburkan ketawa.
24 comments:
aku tak suka saat kekasihnya mencari dia. sumpah. aku sangat benci perasaan itu. tapi aku percaya dia. kini, aku boleh tarik nafas lega. =)
sakitkan kalau cmtu.. :(
huhu.. =(
aaaa..jauhkn hubungan kami dr pkara mcm ni.... aku takut tak kuat...
cinta itu ketawa dan air mata..senyum saat mentari muncul..menangis tatkala mendung singgah di hati..semoga gadis dan kita tabah menghadapi CINTA MANUSIA..
ya..
manusia itu memang aneh..
keanehan itu menghasilkan kepelbagaian untuk mencari kesempurnaan..
semoga si gadis tabah hadapi CINTA MANUSIA... jgn menyeksakan diri krn lelaki..
"jangan imaginasikan yg belum pasti menjadi realiti, meskipun telah mengenali personaliti, pastikan ianya berkualiti"
knp lambat entri ni di tulis...??
huhu.. sedih sudahh...
pesanan aku kat kawan ko, lebih baik perit skang dari memendam..tanya direct or even better clash je kalau mmg perlu dan terbaik
sakit skang lagi baik dari tggu kanser tahap 3
ketabahan yang akan atasi segala-galanya..
mintak dia pohon pada Allah..
moga segala kebenaran ditunjukkan kepadanya..
kadang2 sesuatu yg tak disangke-sangke boleh terjadi..
hanya Allah yg tahu rhsia kejadian alam
aku x suke bila part pompuan tu muncul...memang sakit....
cinta ni unik... boleh buat kita suka, bahagia, gembira.... tp cinta juga boleh mencampakkan kita ke lembah derita.
" moga kita semua tabah dan sabar menempuh cinta dunia..."
Cinta agung hanya satu...tidak akan sesekali DIA melupakan kita...hanya kita selalu terlupa akan DIA.....tabahkanlah hatimu...
hmmm..knplah masih wujud pompuan gedik yang tak boleh lihat orang lain happy?
dan knp la wujud lelaki yg masih nak melayan bkas kekasih? kalau betul masih sayang, tolong jangan hancurkan hati orang yang baru mahu hidup semula.
kenangan memang hebat
keanehan manusia buat ada jiwa lain yang akan lebih menderita.
Bercinta, Salah faham, dan Berpisah?
huhuhu...baik berterus terang...kalu dier rasa nak kembali kepada yg lama,lepaskan jek la...
kenapa masih menunggu dia.
sila kuat.
sila.
tabik ah ayat kak.boleh wat novel dah ni
:)
pernah rasa situasi macam ni.
hope that she's gonna be okay.
k0 x kenal ak dan ak bkn rumet dia tp semua org kat tingkat ni dh tau cerita dia. jadi ak nak bagitau dia dh brp malam x blk bilik. selebihnya, ko tanya dia sendiri.
xperlu tgk ip sbb aku guna komp org lain. jd komen ni xdtg dr pemilik ip tu.
Apalah dosa si gadis diperlaku begitu?
Gadis perlu kuat memaksa di perfikiran positive..
sgt2 memahami....pape pn,thanks..entry ni byk bt sy tpk y x semua indah mcm kita inginkan
dah boleh buat novel.T_________T
sedih giler. :'(
sakit hati bile ade yg nak ggu hubungan kite..
Post a Comment