Tinggalkan kepayahan.
Buang segala penderitaan.
Senyuman sahaja kekal untuk masa hadapan.
Ternyata, diri masih lagi manusia dingin yang punya perasaan.
Berbual dan mendengar celoteh manusia di sekeliling tentang kehidupan dan bagaimana mereka melaluinya membuatkan aku lebih terbuka berbicara tentang kehidupan itu secara umumnya. Sosiologi adalah inti pati yang dilalui walaupun tanpa manusia sedari, mereka sendiri adalah sebahagian daripada masyarakat dan dunia itu sendiri. Itu yang pernah aku pelajari dan sejak memberikan selayaknya kepada dunia siapa diri aku ini, ternyata, istilah sia-sia tidak pernah terlintas dalam hati. Ironinya, manusia selalu memberikan yang terbaik pada tempat yang salah.
Mungkinlah.
Mungkinlah.
Gambar : Kepercayaan adalah asas dalam sesuatu hubungan termasuk juga persahabatan. Jika tiada kepercayaan, maka sebenarnya tiada istilah perhubungan. |
Melihatkan kawan-kawan berlainan jantina serta sesama jantina saling berkumpul dan berbual meraikan rakan yang sudah mengikat tanggungjawab lain dan sudah punya keluarga lain selain yang menaungi sejak dilahirkan, membuatkan isi perbualan sudah menjadi semakin matang kononnya. Matang dari segi sudah tiada lagi sebutan pengiraan ataupun formula untuk peperiksaan, kecuali yang sejak azalinya adalah kaki belajar (berdehem).
Jadi, mari kita sekadar suka-suka berkongsi beberapa cerita. Sekadar peringatan manja, jangan ada pula yang mahu melenting marah sia-sia lagi selepas ini. Bukankah tinta si beku ini hanya hamburan dari minda dia yang gila-gila dan hidup sendirian? Tidak ada kena mengena dengan kepayahan sebuah nyawa. Eh?
1. Memasak.
Ini yang kaum Adam paling suka pada wanita. Pandai memasak itu adalah satu keperluan kerana menjaga selera keluarga, mengikat kasih sayang daripada apa yang mereka makan di rumah. Kata kawan-kawan aku, kalau perempuan itu bijak memasak, lebih-lebih lagi tahu memasak masakan kegemaran mereka itu sudah jadi bonus berganda dan tahap keyakinan untuk disunting dan diajukan calon itu kepada keluarga meningkat tinggi. Mana ada ibu di rumah yang tidak pandai memasak? Semua ibu pandai (serta rajin) masak demi suami dan anak-anak tercinta. Bahkan, ibu burung sekalipun, tidak akan membiarkan anak-anak mencicip kelaparan, apatah lagi ibu manusia bukan?Sekadar rentetan penulisan lama :
Makcik, saya memang gemar belajar memasak. Sedikit pengetahuan baru adalah amatlah bermakna bagi saya. Sebagai contoh, kalau anak makcik suka makan kari ayam dengan campuran kentang, lobak, terung (terung dalam kari ayam?), atau juga kekacang, saya akan belajar masak sehingga menepati piawai yang ditetapkan.
Tapi makcik, tidaklah saya sampai ke rumah makcik untuk belajar. Saya lebih suka belajar dengan Bonda saya sendiri. Bolehkan? Makcik beritahu sahaja caranya, saya akan belajar. Oh, mungkin juga makcik boleh buat video bagaimana untuk masak masakan kegemaran bakal suami merangkap anak makcik dan juga makanan kegemaran makcik. Bukan apa, cara menambat hati manusia adalah melalui perut mereka kan?
Itu saya hentam makcik. Saya sendiri kurang pasti.Ketawa tutup mulut.
Eh, makcik suka makan siput sedut?
Dan, bagi sesetengah lelaki (merujuk kepada beberapa kawan aku lebih tepatnya), perempuan yang tidak tahu memasak masih boleh diterima, tetapi perempuan yang langsung tidak mahu belajar memasak untuk mengubah sikap mereka itu adalah sangat ditolak dalam senarai pemilihan mereka. Oh, betul juga kan? Kalau tidak tahu memasak, tetapi ada keinginan untuk belajar itu sudah cukup baik. Baiklah! (ambil nota laju-laju)
Kawan-kawan Lelaki : Kau pandai masak tak?Aku : Bolehlah.Kawan-kawan Lelaki : Setakat ni siapa dah makan apa kau masak?Aku : Selain keluarga aku, ada juga orang luar.Kawan-kawan Lelaki : Penerimaan dan penghadaman?Aku : Tiada siapa terlantar kesakitan.Kawan-kawan Lelaki : Bolehlah macam tu. Tapi bukan dalam senarai aku.Aku : Macam aku nak!
Gambar : Jangan mencari seseorang yang mampu menyelesaikan semua masalah kita. Tetapi carilah seseorang yang mampu menghadapi masalah bersama dan tidak akan pernah meninggalkan kita seorang diri untuk mengharunginya. (Shafaza Zara, 2011) |
2. Mengemas.
Lelaki dan perempuan masing-masing kurang gemar kalau kawasan berselerak. Meja tempat kerja adalah contoh terbaik disebabkan mana boleh nak mengekor orang itu ke sana ke mari semata-mata nak tahu dia jenis pengemas ataupun tidak kan? Kenderaan juga boleh dijadikan sebagai rujukan. Contohnya, seorang yang pengemas biasanya adalah pembersih juga. Lebih kuranglah. Sebab orang kemas sebab nak nampak bersih kan? Bila bersih nampak kemas. (Sengaja pusing-pusing ayat sebab nak mengukuhkan pernyataan) Ha ha ha.
Sekadar rentetan penulisan lama (lagi) :
Itu kegemaran saya makcik. Bukan apa, saya memang bukan manusia yang boleh buat satu kerja sahaja dalam satu masa. Kadangkala sambil masak, saya boleh basuh baju sambil tekan telefon genggam. Hebat bukan? Bukankah makcik mencari bakal menantu yang serba boleh?
Jadi kalau saya sedang masak di dapur, makcik janganlah memerhatikan saya dari sebalik pintu ataupun berada di belakang saya dengan papan markah. Penggunaan CCTV di dapur adalah tidak digalakkan sama sekali. Manalah tahu saya sedang buat panggilan video dengan anak makcik, merangkap bakal suami yang saya sendiri tidak berapa pasti siapa gerangannya itu.
Mana ada orang suka, balik rumah tengok di ruang tamu bersepah gelas dan entah apa-apa lagi? Masuk ruang tengah nampak baju tersangkut atas kerusi. Jengah bilik tengok bantal malam tadi masih bersepah atas lantai dan baju bertaburan atas katil. Masuk bilik air nampak baju semalam masih bersangkutan di dinding. Belum sembulkan muka di pintu dapur lagi, kalau nampak pinggan mangkuk semalam masih bertebaran, memang terus bertukar segala macam perkataan, ada perasaan macam di angkasa lepas pula nampak pinggan ataupun piring terbang. Ada rasa macam UFO tak agaknya nanti?
Ketawa.
Gambar dari simpanan peribadi : Kira kemas ke tak ni? (Meja sekolah : 8 Mac 2011) |
3. Baik hati, lemah lembut, sopan santun (dan segala lagi sifat baik)
Cuba cakap siapa yang akan pilih pasangan hidup yang mempunyai sifat tercela dan langsung tiada kebaikannya? Gila ke apa kan? Sedikit sebanyak mesti nak yang baik. Penjenayah pun tidak akan cari penjenayah sebagai pasangan hidup dia kecuali masing-masing saling bertemu dan bertegur sapa di pintu penjara dan lokap. Mungkinlah.
Mempunyai pengetahuan agama dan latar belakang keluarga yang baik juga adalah faktor penyumbang. Tidak dapat dinafikan keturunan, nasab adalah benda yang dipandang dalam menjaga keharmonian dan kebaikan keturunan masing-masing. Benda yang penting, bahkan itu yang dipanggil sekufu kan?
Kawan : Budak Arab, kau kena kahwin dengan Syed juga ke?Aku : Tak.Kawan : Ye ke? Jadi kau bukan mencari Syed?Aku : Kalau aku kahwin dengan Sheikh ataupun Syed, aku kira pecah tradisi tahu?Kawan : Kenapa?Aku : Sebab Atuk aku sahaja yang berdarah tulen. Dia kahwin dengan Nenek aku yang berdarah Melayu. Abah aku dah kira separuh Arab, separuh Melayu. Kahwin dengan Mak aku yang berdarah Melayu-Jawa. Aku yang hasilnya ini dah jadi 25 peratus Arab, 25 peratus Jawa dan 50 peratus Melayu.Kawan : (ketawa) Pakcik makcik kau?Aku : Seorang pun tiada yang kahwin dengan Arab. Sepupu aku pun setakat ni tiada lagi kahwin dengan Arab.Kawan : Jadi betullah, kalau kau kahwin dengan Arab kira pecah tradisi eh?Aku : (ketawa) Orang Arab pun tak nak aku.
Tapi Zara, sekarang ni orang tengah cakap pasal sikap baik hati, lemah lembut dan sebagainya. Kau ada ke tak ni Zara?
Tak nak jawab.
Huh!
4. Cantik, menarik dan segala jenis ayat yang mempunyai makna serupa.
Dalam dunia ini, siapa yang tak suka benda yang cantik? Yang menarik serta sedap dipandang? Bak kata orang tua-tua, sejuk dilihat dengan mata kasar dan mata hati. Cewah! Semua orang pun suka kan? Begitu juga dengan lelaki suka tengok perempuan cantik, perempuan suka tengok lelaki kacak. Tetapi benda ini semua sesuatu yang tidak boleh diukur. Cantiknya seseorang itu bergantung kepada pemerhati.
Ada yang kata kulit macam Rihanna (berdehem) adalah cantik. Ada yang kata bulat, tembam adalah comel. Ada yang kata kulit putih melepak macam Ratu Salju adalah yang terbaik. Ada juga yang kata kurus kering itulah paling menarik ibarat melihat Tyra Banks berjalan di atas pentas. Macam-macam selera orang, macam-macam citarasa, maka setiap orang itu bukankah sudah cantik sejak azalinya? Oh ya, bukannya tiada artis Malaysia yang mahu dijadikan contoh, cuma nanti kalau aku tulis sini, habis pula kamu tweet pada artis itu. Manalah tahu kan?
Ketawa.
Ada yang suka bahagian mata.
Bahagian pipi.
Hidung.
Dan segala macam lagi pada manusia.
Sebab itu aku kata terpulang.
Dan mereka (lelaki-lelaki itu) juga kata citarasa mereka tidak akan sama dengan satu sama lain.
Lelaki 1 : Aku kalau boleh nak cari yang bibir cantik macam Angelina Jolie.Lelaki 2 : Aku nak yang kurus lebih kurang macam aku. Senang, tak membazir baju, boleh kongsi.Lelaki 3 : Tak macam kedekut pula kan?Lelaki 2 : Kau apa tahu? Kau nak macam mana?Lelaki 3 : Aku tak kisah. Yang sedap tengok. Lagi bagus kalau pakai tudung.Lelaki 1 : Yang pakai tudung kira bonus kalau aku dapat. Yang tak bertudung pun insyaALLAH lama-lama akan pakai kot? Macam kakak aku.Lelaki 4 : Nak bertudung pula ada macam-macam jenis sekarang.Lelaki 1 : Macam Yuna seronok juga.Lelaki 3 : Yang macam Siti?Lelaki 2 : Yang macam Wardina ke?Lelaki 4 : Memang macam-macam citarasa.
Gambar : Mungkin ada yang nak cari begini kan? |
5. Berpendidikan (dan mungkin juga berkerjaya)
Secara umumnya, wanita di Malaysia semakin ramai yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi. Sekurang-kurangnya menghabiskan sekolah menengah ataupun mengikuti kelas-kelas tertentu sebagai penambah pengetahuan disamping mendapatkan pendidikan tidak formal daripada sumber-sumber media seperti surat khabar, rancangan televisyen dan juga Internet.
Ramai juga golongan yang mempunyai pendidikan ini memilih untuk tidak bekerja dan menjadi surirumah tangga sepenuh masa. Golongan begini mempunyai banyak peluang untuk menjaga rumah dan anak di rumah disamping selalunya menjadi tenaga pengajar tidak rasmi kepada anak-anak. Kita tidak dapat menolak bahawa golongan surirumah sekarang ini bahkan lebih maju dan berpengetahuan luas disamping mereka mempunyai masa dan akses yang besar kepada pengetahuan baru.
Sebagai contoh, kawan aku yang berhenti kerja secara rasmi dan menjadi surirumah untuk menguruskan keluarga yang semakin membesar mempunyai kelulusan dalam bidang hiasan dalaman. Sudah tentu, daya kreativiti dia tidak terberhenti dengan meninggalkan pekerjaan. Dia mengambil upah mereka ataupun menghasilkan rekaan ruang bagi pelanggan yang masih menagih sentuhan dia. Sudah tentu bekerja daripada rumah dan dia sendiri mengakui, dapat mengimbangkan masa dengan lebih baik. Bahkan, disebabkan menjadi surirumah, dia bahkan belajar sesuatu yang baru setiap hari.
Kawan : Duduk rumah sebenarnya lebih mencabar.Aku : Lebih mencabar?Kawan : Selalunya kita berperang dengan masa di pejabat, tapi di rumah, aku siap kena belajar dan membaca lagi.Aku : Kenapa?Kawan : Anak-anak semakin membesar. Sudah pandai minta makanan macam-macam seperti yang dilihat dalam gambar ataupun televisyen, aku kena pandai buat, dan belajar juga sendiri.Aku : Gila hebat ni.Kawan : (ketawa) Tapi aku akui ada kelebihan dan kekurangan jugalah.Aku : Tapi kekurangan itu boleh ditampung dengan kelebihan kan?Kawan : Bolehlah.
Ada lelaki yang suka perempuan berkerjaya.
Jadi disamping mengukuhkan kedudukan ekonomi, ada yang membantu jika terdapat kesulitan dan kesukaran. Ruang perbualan juga mungkin lebih meluas dan mencakupi pelbagai aspek (contohnya jika bidang kerja sama dan juga tidak sama). Walaupun begitu, surirumah tidak juga kurangnya, banyak yang mahu diceritakan dan juga pandai melayan topik yang diutarakan.
Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan kan?
Baiklah.
Itu sahaja yang aku dapat berkongsi hasil daripada duduk berbual dengan beberapa rakan. Oh ya, beberapa fakta di atas adalah hasil daripada apa yang mereka nyatakan dan apa yang aku dapat simpulkan. Pastinya ada lebih banyak ciri-ciri lain kan?
Nota Kaki :
1. Malam tadi malam yang suram dan tidak menyenangkan suasana.
2. Terdapat khabar Osama bin Laden sudah meninggal dunia. Jika benar, Al-Fatihah buat dia sebagai seorang saudara seagama.
3. Sudah menjumpai kaedah yang lebih mudah untuk melaksanakan urusan maya.
4. Boleh sahaja kalau kalian mahu terus mengundi di sini.
Zara : Seseorang pernah menyatakan kepada aku bahawa jika kita tidak dapat melepaskan sesuatu yang salah, kita tidak akan dapat menemui sesuatu yang lebih baik dari yang sebelumnya. Entahlah. Aku sekadar senyum tanpa berkata apa-apa. Aku lebih kenal apa aku mahukan.
16 comments:
Me and myself is a housewife. Ehem dear Zara, that conversation is like ours.
Am I right sweety?
Anyway, U'll find someone who will walk down the aisle with U sooner or later. U'll find one babe. Trust me.
Today is my husband birthday.
Your best buddy too.
Thanks Shafaza.
:)
I love U. Always.
Zara dear...
Bila kita sudah sayang, kita mahukan yang terbaik utk yg disayang itu....jadi pastinya kita cuba berubah menjadi yang terbaik.
Manusia senang beradaptasi dengan suasana, jika dia mahu. Kata kuncinya....jika mahu
#1. rindu nk dgr kuali, senduk n sudip berlaga dekat dapur sambil bau lauk yg mcm² mak masak, huhuhuh...skunk sume makan benda yg segera, dlm tin n 'masak' kat kedai je...
#2. slalu bising dkat asama swuh junior kemas blik, klaka bile kenang balik...skunk saya yg kena kemas umah la nie(just amik port bahagian baju aje, len...fail)
#3. masih sedang mencari...dulu mak slalu kate "tgk sgt la cite cina 2 ari², nty kawin dgn org cina baru taw"...^O^
#4. suke yg sejuk mata memandang, cntik x cntik len kire...coz cntik tapi panas mate memandang buat ape, habis duet bli eyemo je nty...hahahaah
#5. even berkerjaya, kene make sure dia rajin masak...x nk asik 'masak' dkat kedai je n bwk balik umah, dh muak n rindu air tangannya...
p/s: dh lame x tulis komen panjang² mcm nie, hihihihihihi c(;
yups
betul lah tu cuma masih banyak lagi aspek yang boleh dikategorikan sebagai subjektif mengikut kepada kehendak individu itu sendiri
entah ade ke x ciri2 di ats...huk3..
Hehe, betol2.. SUme nya nk yang berdasarkan ciri2 kat atas..^^
selalu bertanya diri sendiri,mampukah saya menepati citarasa bakal roommate..kerana saya banyak kelemahan
setuju dengan pandangan zara. kehendak manusia nih tak terhad. setiap orang ada kelemahan dan kekurangan dia sendiri. Sebab tuh kena saling melengkapi, toleransi dan menerima seadanya sepenuh hati.
Latest Entri :
Pandangan : Nak Cepat Dapat Duit Melalui Blog?
Yes..kadang2 rasa mcm nak jadi perfect cmni. tapi tak layak ;(
ok. komen ak bukan spam.
meja ko cam meja ak..
setiap org ada kebaikan dan kelemahan msg2
kalau lelaki pndai masak, ppuan suka mcm mne pulak ye?
*pegang dagu* :)
pinjam quote ini ye.
"Jangan mencari seseorang yang mampu menyelesaikan semua masalah kita. Tetapi carilah seseorang yang mampu menghadapi masalah bersama dan tidak akan pernah meninggalkan kita seorang diri untuk mengharunginya. (Shafaza Zara, 2011)"
saya suka quote zara yg ini..
Jangan mencari seseorang yang mampu menyelesaikan semua masalah kita. Tetapi carilah seseorang yang mampu menghadapi masalah bersama dan tidak akan pernah meninggalkan kita seorang diri untuk mengharunginya. (Shafaza Zara, 2011)
^_^
Salam zara.
ah, sama kita, tulis pasal jodoh.
tadi saya baru kumpulkan semula doa2 memudahkan jodoh yang disebutkan oleh Ustazah Bahiyah dalam Semanis Kurma dan tulis dalam blog saya. harap dapat amalkan. zara, amalkan juga ya!
lama x bca blog akak zara disebabkn kesibukkn melanda diri sbgai seorg bakal pelajr...
sy terfkir2 bla bca coretan kli ini mmpukah sy menjdi antra wanita yg terbaik pda zmn moden ini.. jiwa kuat lgi tabah...
n akak sperti dlu2 jugak sy suka bca coretan ini.. :)
Post a Comment