Thursday, March 03, 2011

Kenapa Senyum Walaupun Kalah?


Baru 'scaling' gigi.
Rasa bahagia walaupun mulut penuh dengan darah. Kalau ada doktor gigi yang baca blog aku ni (macamlah golongan profesional begitu ada masa nak hadap blog kau ni Zara), aku mengaku yang aku suka klinik gigi sebab kebahagiaan selepas menerima rawatan gigi tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Indah seperti jatuh cinta.
Ketawa.

Oh ya. aku dah balik.
Tadaima!
(Oh, jangan harap akan ada orang sebut 'okaerinasai' pada aku)

[Gambar : Sejak bila kau jadi hakim dunia?]

Sesetengah manusia melantik diri mereka menjadi hakim yang kononnya terlampau adil dan bijaksana. Bijaklah sangat kan sehingga meletakkan orang lain kononnya lebih hina daripada mereka yang kononnya hebat dalam apa sahaja. Lupakah kau dari mana datangnya sedikit kurnia itu kepada kau? Lupakah? Tidak, tidak perlu menyanyikan lagu Ana Raffali - Tolong Ingatkan Aku sebab kau langsung tidak pernah sedar apa kau lakukan.
Tidak percaya?
Ah!

Kau : Macam mana kau boleh nak senyum sahaja?
Aku : Kenapa?
Kau : Pelik sebab setiap kali kau ada masalah, kau akan senyum.
Aku : Adakah masalah aku akan selesai kalau aku menangis sentiasa?
Kau : Tidaklah, tetapi lebih baik daripada ketawa.
Aku : Kenapa?
Kau : Sebab nampak sangat ada benda yang tidak kena.
Aku : (ketawa) Sudah menjadi sebahagian dari diri aku ketawa begitu.
Kau : Kegilaan kau sebenarnya.
Aku : Kalau kau kata begitu.
Kau : Pelik sebab walaupun kalah, kau tetap senyum.
Aku : Kalah?
Kau : Kalah dengan cinta, pernahkah kau menang?
Aku : (ketawa) Dalam cinta ada kalah dan menang ya?
Kau : Kalah bila kau putus cinta, menang bila kau berjaya pertahankan cinta dan kahwin di penghujungnya.
Aku : (ketawa) Perlukah aku menjawab dalam nada berlagak di sini?
Kau : Apa maksud kau?
Aku : Pernah menjadi cinta pertama seseorang, dan perempuan lain yang berebutkan dia adalah penjilat sisa aku. Bolehkah aku kalau nak berlagak begitu?
Kau : Bukannya kau berkahwin dengan dia.
Aku : (ketawa) Sebab kalau kau rasa ada menang dan kalah dalam cinta, pastinya ramai yang menang tetapi kalah sebenarnya. 
Kau : Kenapa?
Aku : Menang, kononnya berkahwin, tetapi tiba-tiba bercerai. Dia menang dan kalah teruk sebenarnya. Lebih baik kalah awal dan tidak rugi apa-apa dari kalah dan habis segalanya.
Kau : Tetapi pernahkah kau menang?
Aku : Pernah. Bahkan aku ternyata belum pernah kalah.
Kau : Dah kalah pun nak mendabik dada?
Aku : Aku mungkin kalah di mata kau, di mata manusia yang sama pemikiran dengan kau, tapi aku menang dalam mencari siapa dan apa yang aku mahu dalam hidup aku. Aku mungkin terlepas peluang mendapatkan cinta, tetapi disebaliknya, aku menang dalam memberikan sesuatu kepada manusia.

[Gambar : Senyuman riang aku pernah musnah beberapa kali dalam sekelip mata. Perlukah aku meratapi dan biarkan waktu terhenti? Tidak perlu aku rasa.]

Sejak kebelakangan ini juga, aku banyak menerima pertanyaan tentang permasalahan cinta. Kalau kau rasa kau tidak boleh menerima sesuatu pandangan dan tetap mahu berada di takuk yang lama, aku nasihatkan kau, janganlah tanya apa-apa pada aku - dikhuatiri kau akan dapat jawapan yang sarkastik sehingga pedih ulu hati. Bahkan, aku sebenarnya tidak berniat begitu tetapi kedegilan kau sungguhlah memaksa aku menjawab sedemikian rupa.

Penanya : Kak Zara, saya dah lama putus dengan teman lelaki saya, tapi saya ingat dia lagi. Apa nak buat ya?
Aku : Kenapa ingat dia lagi?
Penanya : Sebab cintalah, sebab apa lagi.
Aku : Memanglah cinta, tapi kenapa perlu ingat dia lagi. Kan lebih baik teruskan hidup dan tak perlu nak ingat lagi? Lama-lama ia akan berlalu pergi.
Penanya : Dah saya cinta dia walaupun kami dah berpisah, nak buat macam mana?
Aku : Nak ingat sampai berapa lama?
Penanya : Sebab itu saya nak tanya akak macam mana nak lupakan.
Aku : Dah kalau setiap hari awak masih nak ingat dia, macam mana awak nak lupa? Tambahan pula, kita memang tidak akan lupakan orang yang kita sayang atau cinta, cuma, tidak perlulah kita letak dia lagi sebagai dalam keutamaan dalam diri.
Penanya : Kalau tak ingat dia, rasa macam khianat pada diri.
Aku : ......

Rasa macam nak maki pula.
Sudahlah kalau kau tidak mahu terima pendapat orang lain. Sebab kau tidak mahu berubah. Tidak perlu kau tulis blog mengenai aku yang kononnya tidak melayan soalan dari kau. Padahal aku mahu menolong, tetapi kau yang degil mahu terus berkeras dengan pendirian sendiri. Bagaimana aku mahu tolong begitu?
Alahai.

[Gambar : Aku mahu mengikut apa yang aku mahu dalam hidup ini, bukan ditentukan oleh orang lain lagi. Orang selalu cakap, ikutlah kata hati kerana ia tepat. Malangnya, kata hati yang berlandaskan nafsu dan keinginan memuncak, akan menipu. Aku tak nak sakit lagi]

Tidak.
Bukan berlagak mulia.
Tidak pernah sekali pun merasakan diri kononnya kuat dan mampu menghadapi apa sahaja.
Cuma, kalau kau tidak pernah duduk walaupun sekejap untuk mengenali diri sendiri, jangan pernah kata kau mampu berbuat apa sahaja. Ternyata itu omongan kosong yang kau sendiri tidak mampu baca.

Nota Kaki :
Bulan ini aku kalah pada kesakitan dalaman lagi. Ah, setiap kali sakit itu datang ketika aku bertugas luar, ia ternyata menguji siapa diri aku sebagai seorang manusia walaupun kesihatan diri sendiri menjadi taruhan bergalangkan nyawa.

Zara : Terima kasih. Aku cuma mampu ucap terima kasih. 

24 comments:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail said...

lame tak dtg tgk u =)

Anonymous said...

*senyum*

dalam menghadapi hakim-hakim itu, hakim-hakim itu tidak mampu melihat bayangan dalam cermin yang mereka lihat, sebaliknya akan terus yakin diri mereka betul. dan terus menari di hadapan cermin dengan hati yang buta.

KAMIHIDUP said...

senyum bagus, malique dgn najwa pun buat lagu pasal senyum, hehehehe. zara dah mcm novel pun ade entry ni. :)

Unknown said...

kalah bagi mereka, bukan di mata kita~


nice~

Didyajustsaytht said...

I see someone i know, marrying and i laugh

cause I know she'll be marryin the wrong guy!


LMAO

takky said...

nk cari pasangan bukan ye mcm cari baju...
@ makan chipsmore...
boleh ditukar2 @ kejap ade kejap x de...
itu bukan cinta name ye

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Khumaera Ismail aka Habibi Hamid

Terima kasih masih sudi datang dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@MATAHARI

Mereka bahkan takut untuk lihat cermin itu sendiri.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@KAMIHIDUP

ha ha ha.
terima kasih dear.

Novel?
au~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@eiffel

Yup~

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Didyajustsaytht

Ha ha ha.
I bet U'll laugh as loud as U can dear.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

kalau makan chipsmore nanti masuk gigi~
ha ha ha~

ishiko said...

wahhh... sis zara tetap pemenang d mata saya!!!!!
ohh.. kata2 itu la yg ingin saya tuju kepada mereka yg begitu bangga dengan cinta mereka yg kononnya bhgia...
mintak share sis ~

Anis Azalea said...

dah lama tak scaling gigii.. mmg bestla kalau dah buat even bleeding tak hingattt

chempaka said...

saya copy paste 1 part utk letak kat new post sye..
suke sgt part hakim dunia tu

tenkiu :)

Unknown said...

sy suke entry. buat sy kuat :)

Nur said...

senyumm tak perlu kata apa2..ngeh2

± said...

ada byk cerita dlm satu entry atau aku yg salah tafsir...
kau terlalu baik walaupun dalam nada sarcarsm. sudahnya kau jugak yg rasa sakit

Lalala said...

setiap bulan mesti sakit gigi..
ye biarkan manusia itu kalau dia tak mahu mendengar

amier azrul alias said...

Aku : Pernah menjadi cinta pertama seseorang, dan perempuan lain yang berebutkan dia adalah penjilat sisa aku. Bolehkah aku kalau nak berlagak begitu?

ini ayat mmg powerrr..hehe

Faten Ahmad said...

nice entri. sy juga pernah dikecewakan. dia tetap mjadi kwan sy biarpun dy tidak menganggap sy begitu. kak zara, kita akan bahagia bila melihat si dia bahagia. am i right??

Wahida Jumaat said...

aku sayang kau zara!

MamaFarhan said...

zara....

nice entry... biar apa org nk kata.. janji kita bahagia... kita tahu mana yang betul dan mana yang salah... (^___^)

freewriting said...

salam zara...
Nice lor....buatla novel mesti best...