Kadangkala kita rindu.
Rindu pada orang yang jauh dari mata tetapi mahu berikan sesuatu yang menyenangkan buat mereka. Mungkin akan terfikir, kalaulah cinta itu boleh dibungkus dan dihantar menggunakan pos, alangkah baiknya. Bahagia melihat hati dan jantung berdenyut-denyut di dalam kotak yang dihantar oleh abang posmen yang menggigil disebabkan menghantar organ bukan kerjaya dia. Eh?
Ha ha ha.
Kadangkala kita lapar.
Benci bila buka blog atau laman sesawang yang menyediakan makanan. Nampak cantik, menarik tetapi bila dibaca sehingga ke hujungnya, cuma disediakan untuk mereka yang boleh dicapai dalam lingkungan tidak lebih 50 kilometer ataupun datang sendiri ambil di rumah. Saat itu mulalah membayangkan, kalaulah rumah aku dekat, kalaulah ada orang nak hantarkan pada aku, lepas tu rasa marah, sengal punya tukang jual. Nak hantar pun tak boleh. Bukan semua orang dekat dengan rumah kau.
Gambar : Benda gebu begini kalau makan, lupa segala benda kalori sebab rasa yang enak dan kesedapan yang tiada tandingan kan? |
Kadangkala nak cuba masak.
Ala, bukan semua orang ada kebolehan boleh membakar dengan baik. Kadangkala dah memasak selama berpuluh tahun, bila datang ke bahagian kuih, hancur lebur. Tapi memang ada orang yang berbakat kedua-duanya (sambil lari masuk bilik dan tekap muka atas bantal sebab kebolehan memasak hanya tahap sederhana). Jadi, kononnya untuk membuktikan diri pandai masak, mulalah salin resepi macam-macam dan cuba buat. Sekali tak jadi, putus asa, baling periuk di dinding. Retak, kena lempang dengan bonda. Ha ha ha.
Kadangkala nak rasa sahaja.
Penat berusaha, kembali duduk depan komputer. Tengok gambar lagi. Nak rasa sahaja. Bukan nak makan banyak pun. Buat sendiri tak sedap. Pergi cari di kedai pun tak memuaskan selera - rasa tak sedap macam rupa dan entah apa-apa lagi. Lepas itu bila makan, ada pula yang berkecil hati, nak juga walaupun duduk jauh. Hish. Manusia memang macam-macam ragam bila datang soal makanan kan?
Tapi, itu semua bukan masalah lagi bila ada Muffin ke-7 (baca : The 7th Muffins). Mereka buat muffin yang sedap, mereka buat muffin yang murah dan paling penting, mereka boleh hantar guna pos laju serta tiba dalam keadaan baik. (sambil angkat-angkat kening sebab dah dapat makan enam ketul muffin dari mereka).
Gambar dari laman mereka. Yang ini memang sedap. Kena berebut dengan Abah pula. Ceh! Tak suka Along tulis blog konon. |
Mereka menyediakan pelbagai rasa dari coklat, kepada vanilla kepada strawberi, kepada macam-macam lagi. Boleh tengok senarai menu (sambil lap air liur) di sini. Selain itu, senarai pakej penghantaran dan berapa biji semua boleh dilihat di laman mereka. Jangan risau, kalau terlambat kamu nak ambil bungkusan di pejabat pos, macam aku yang sentiasa tiada di rumah sebab bersekolah, muffin ini boleh tahan sehingga sepuluh hari khabarnya. Masa aku ambil sudah lebih 3 hari. Mula-mula rasa nak lempang diri sebab tiada di rumah, tapi bila tengok masih dalam keadaan baik, rasa nak lempang orang pejabat pos yang tersengih sebab dalam sebulan ni, sudah 3 kali aku dapat bungkusan berisi makanan. Dua kali kek lapis Sarawak dan ini muffin pula.
Siapa suka warna merah jambu? Sila tempah. |
Oh ya, mereka juga sedang buat pertandingan. Silalah masuk ya?
Selepas ini kalau ada rasa nak makan muffin dan sanggup tunggu dalam sehari dua ia terus muncul di depan mata tanpa perlu membakarnya sehingga tak sudah-sudah letak muka di ketuhar sampai melekat, terus sahaja tempah pada mereka dengan melayari The 7th Muffins. Nak hantar pada mereka yang tersayang pun boleh. Kalau nak hantar pada musuh pun digalakkan disebabkan benda manis boleh membuatkan kemarahan manusia surut dan otak kanan akan lebih berfungsi.
(sambil batuk-batuk kecil) Nak hantar pada Lord Zara pun boleh. Beliau tak kisah gemuk dengan benda sedap. Eh?
Ha ha ha.
Nota Kaki :
1. Aku sudah punya blog baru. Silalah tengok ya?
2. Akan sibuk di Kejohanan MSSD bermula hari ini.
Zara : Baru sedar semasa menjadi seorang pelajar, aku tak pernah menyertai MSSD ataupun MSSJ. Semua pertandingan yang aku sertai adalah berasaskan akademik sahaja.
11 comments:
nak bungkus cinta dengan daun pisang.. hurm,.. :)
nampak gila sedaaaap!!! pergh...sila pos satu ke Mahallah Ali Blok F 1.7.A ye kak zara..nk perisa coklat..huhu..~xD
huhu kalau la boleh kan
Terkini : Jackie Chan Masih Hidup (Update)
ah! kak zara pun sm mcm org lain! pagi2 bikin saya lapar!
Hahaha....
emm sibuk sukan ye cikgu,dulu saya pn tk berapa pandai bersukan,akademik bolehlah...if ada masa cikgu boleh komen entry "cikgu kenapa lempang saya?"...kek cwn di atas memang menggoda jiwa...
zara,
kalau hati dan jantung berdenyut-denyut di dalam kotak pos, takut-takut hati dan jantung kita pulak yang berhenti berdenyut...sebab terkejut hihihi..
sedap!!!!!!!!!!!
nak makan!!!!!!!!!!!!
huhuhuhuhu (sambil hentak2 kaki coz dompet berhabuk...)
benci juga tgk tweet pic dgn gambar makanan yg x berada dalam lingkungan 5000km dan kebawah.
hahaha
nape wat blog baru dear ?
bungkus cinta?? take away laa gitu?..hehe
Kak, Post Akak Semua Seronok dibaca :)
Post a Comment