Sunday, March 06, 2011

Salahkah Bercinta Dengan Suami Orang?


Salam semua.
Dalam keadaan sedih akibat Sean tiada di sisi. Tiada Sean di atas katil pagi ini buatkan aku rasa seperti isteri yang bangun tapi suami tidur rumah perempuan lain. Haish. Parah sungguh ni. Eh, Sean kan homoseksual? (sambil termenung di birai katil)

Menggunakan komputer riba milik Abah adalah langsung tidak sama dengan Sean. Dengan Sean, walaupun dia homoseksual, kami sudah bersama sejak 10 Disember 2007. Walaupun kedua-duanya berlari di atas pelantar yang sama, aku selalu merasakan Sean lebih hebat. Dia guna 64bit berbanding yang ini cuma 32bit. Baiklah, merepek panjang pun tidak berguna. Sean tiada di sisi.
Kesat air mata.
Tarik nafas.

http://farm4.static.flickr.com/3275/2796629149_f5475f5837.jpg
[Gambar : Konon boleh lega kalau minum kopi, padahal, semakin mengingati]

Setelah separuh hari dihabiskan di sekolah adik akibat sebab yang tidak dapat dielakkan (serta, terima kasih kepada diri sendiri yang telah bertukar menjadi lelaki bertanggungjawab apabila sudah pandai menyimpan nombor telefon bengkel kawan-kawan), balik ke rumah dengan laju memeriksa pesanan yang diterima di Twitter dan surat elektronik dengan menggunakan telefon. Ya, itulah satu-satunya alat perhubungan sekarang ini. Kalau nampak aku guna Twitter dengan Gravity, maksudnya aku sedang terbaring bergolek-golek di atas katil mengakses sistem. Nasib baik rumah guna Internet tanpa wayar.

Dalam lambakan pesanan itu, ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Pesanan dari seorang kenalan lama sewaktu di zaman pengajian dahulu. Rasanya tidaklah begitu rapat, cuma kembali bertegur sapa disebabkan dia membaca blog aku secara tidak sengaja. Seperti yang dia minta, aku titipkan nombor telefon sebagai balasan surat elektronik yang panjang berjela. Kurang dari setengah jam, lagu Grenade oleh Bruno Mars berkumandang di dalam bilik.

Kenalan : Kau dah baca apa aku tulis?
Aku : Dah.
Kenalan : Apa pendapat kau?
Aku : Kau serius dengan keputusan kau?
Kenalan : Ya. 
Aku : Soalan ini mungkin agak klise, tapi dah tiada lelaki bujang ke?
Kenalan : Dah banyak kali bercinta dengan lelaki bujang, tapi malangnya tiada penyudah yang baik.
Aku : Mungkin kau terjumpa orang yang salah.
Kenalan : Berapa lama lagi aku asyik kena jumpa orang yang salah sebelum aku jumpa yang betul? Aku dah jumpa banyak sangat dah, sampai aku tak larat.
Aku : Kalau kau dah kata begitu, tapi kau tak kesian dengan isteri dia?
Kenalan : Isteri dia yang beri keizinan.
Aku : Setelah dia tahu kamu bersama kan?
Kenalan : Memang, tapi sekurang-kurangnya kami berterus terang.
Aku : Kau dah habis fikir? Benda ni masa depan kau, masa depan keturunan dan sebagainya, tiada jalan patah balik. Kalau kau patah balik sekalipun, keadaan dah tak sama.
Kenalan : Aku nak tanya satu benda.
Aku : Apa dia?
Kenalan : Kenapa orang mesti pandang rendah pada orang yang kahwin dengan suami orang?
Aku : (ketawa) Bukan pandang rendah, cuma, masyarakat kita masih ada stigma pada orang sedemikian rupa. Alasan yang diberikan oleh orang yang berkahwin dengan suami orang ini kadangkala sukar diterima. Mungkin sebab harta atau apa sahaja.
Kenalan : Aku nak kahwin dengan dia sebab cinta.
Aku : Siapa yang kahwin bukan atas dasar cinta? Kecuali orang yang kena kahwin paksa.
Kenalan : Dia dah kahwin beberapa tahun, belum dapat zuriat. Isteri dia benarkan dia kahwin lagi. Kebetulan dia dan aku pernah menjalinkan cinta monyet zaman sekolah dulu. Salahkah?
Aku : Maaf, aku tak boleh hukum kau salah atau betul. Itu terpulang pada kalian. Cuma...
Kenalan : Cuma apa?
Aku : Dah bersedia nak menghadapi keluarga? Masyarakat?
Kenalan : Nak takut apa pada mereka? Bukan mereka yang beri aku makan.
Aku : Memang bukan mereka yang beri kau makan, pakai - cuma itulah, kita hidup bermasyarakat, benda-benda begini kita perlu ambil kira. Kalau tak kisah itu semua, terpulang. Aku cuma tanya sebab aku tak nak kau tertekan sendirian di kemudian hari.
Kenalan : Aku percaya aku boleh hadapi semua ini. Aku dan dia bersedia. Kami juga sudah buat perjanjian antara kami bertiga, aku, lelaki itu dan isteri dia.
Aku : Oh, sampai begitu sekali.
Kenalan : Untuk menjamin keadilan, begitu lebih baik aku rasa.
Aku : Terpulang.
Kenalan : Jadi, kau akan mendoakan kami?
Aku : Untuk kau pilih yang terbaik, semoga pilihan kau tepat, jalan yang dilalui dipermudahkan, aku hanya dapat doakan yang baik-baik sahaja.
Kenalan : Kau takkan pandang rendah pada aku kan Zara?
Aku : Dengan harapan rumahtangga kau harmoni dan poligami itu membawa keberkatan pada kalian semua. Kalau keadilan dapat ditegakkan, aku tumpang gembira dengan itu semua.

[Gambar : Aku cuma dapat kirimkan doa walaupun ada orang kata, orang yang cuma dapat kirimkan doa adalah orang yang tak mampu buat apa-apa untuk tolong kita. Eh, sekurang-kurangnya doa tahu?]

Aku bukan orang yang layak untuk menyatakan boleh atau tidak kahwin dengan suami orang (mungkin juga isteri orang) disebabkan aku sendiri tidak punya pengalaman sedemikian dan minta dijauhkan. Biarlah kalau kepunyaan aku, hanya kepunyaan aku dan aku memang tabik kepada orang yang sanggup berkongsi rasa dengan wanita lain dalam melayari bahtera rumahtangga. Kalau ianya dibina dengan persetujuan bersama, dengan rukun yang baik, aku percaya, tidak mustahil untuk kekal bahagia sehingga beberapa keturunan sekalipun.

Cuma, kalau kebahagiaan itu dibina atas penderitaan dan air mata orang lain, sendiri mahu ingat ya? Hukum karma itu berlaku walaupun konsepnya mungkin ada yang mengatakan dari agama lain. Yang penting, isinya, benda baik dibalas baik, benda jahat, buruk padahnya. Tidak, bukan aku menulis disebabkan dendam atau apa, cuma, aku percaya dengan janji Maha Pencipta Yang Maha Bijaksana. Kau mungkin boleh mengaku diri kau hebat dan pandai, tapi siapa Yang Maha Genius? Bukan kau.
Senyum.

[Gambar : Aku cuma mampu berharap agar setiap orang menemui kegembiraan yang mereka cari dan dambakan dalam hidup ini. Aku? Cukuplah dengan apa yang aku nikmati saat ini]

Nota Kaki :
1. Untuk rekod, cuti sekolah bulan tiga, ada lebih kurang lima belas orang kenalan yang akan menamatkan zaman bujang masing-masing. Tahniah.
2. Esok majlis maulidur rasul peringkat kawasan tempat mengajar.
3. Terima kasih yang sudi berinteraksi dengan aku di halaman Dunia Sebelah Zara. Maaf kalau aku terlewat sedikit membalas komentar ataupun apa yang kalian titipkan. Oh, buat yang bertanya sama ada boleh berkongsi pautan blog mereka di situ atau tidak, silakan sahaja. Senyum.

Zara : Hidup ini bagaikan masa menunggu kenderaan awam. Bila kita menunggu terlalu lama, tiada satu apa pun yang datang. Bila kita mahu berlalu pergi, ajaibnya beberapa kenderaan datang ke sisi. Aneh bukan?

47 comments:

nurayunni said...

jodoh..tak siape yg tahu...

khaizarien said...

susah nk kata. tapi kebahagiaan atas penderitaan orang lain....takkan lama....

kahwin beberapa tahun tidak dapat anak itu bukan alasan cinta berubah arah. mustahil...

moga rakan anda terbuka mindanya.
jangan butakan hati kerana cinta.

Duniakuabstrak said...

Tidak saLah jika persefahaman antara suami dan sesama madu dapat dibina dengan baik

meLaksanakan memang tidak semudah seperti apa yang dipertuturkan

Untuk rekod, ada keLuarga yang bahagia bermadu

maknanya tidak mustahiL

Azrul Hisham said...

jodoh itu rahsia ALLAH s.w.t...doakan yg terbaik untuk rakan kamu itu :)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nurayunni

Yup.
Itu betul

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@khaizarien

Moga2 dia membuat pilihan yang terbaik. Itu sahaja harapan saya~

:')

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@DuniakuAbstrak

Yup.
Memang tidak mustahil. Sebab itu mendoakan agar dia memilih yang terbaik dalam hidupnya~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Azrul Hisham

Yup.
Moga2 kan bang?

:)

rosmina samin said...

Jodoh tu kita tak tau... kdg2 pekara yg baik pada pdgn kita adalah kemurkaan bagi Allah dn sebaliknya... doakan kebahagiaan itu penting ^^

norinaomar said...

jodoh itu hak Allah..bila2 Allah akan beri,dan bila2 masa juga Allah akan menarik balik..

Saya suka entry ni..

MerLe said...

jodoh ngn suami org..stiap org ada pndapat msing2..tapi sy hrp dijauhkn..x smua org mampu..

Tinta Emas said...

jika bercerita ttg hal ini terlalu subjektif...semua perempuan mmg tak suka!

Zaman sekarang utk hidup bermadu adalah amat sukar..

Hasutan dri Syaitan memang sangat kuat..

dan selalunya tak ramai yg mampu bertahan..

Mra Mastura said...

bg mra, if masing2 setuju, tak ade masalah..

smoge mereka bahagia.. hidup bermadu banyak dugaan, but may they can manage and happy forever together..

as for me, me xnk.. hehe.. tp jodoh di tgn Allah.. :)

Legasi Piston Pecah said...

jangan kata poligami..nak kahwin pon belom cukup masa lagi..

atuk santai ( AMIN) said...

siti bahagia ka ? lakonan ka ? opssss saya bergurau > lihat tengku zawiyah lagih lapat daTuk kaya raya lagih........ huhuhuhuhuhu

MAAF SAYA TERKOMEN

Latifah said...

mungkin itu sudah jodohnya.
doakan yang terbaik buat mereka.
=)
jodoh saya? emmm belum tahu bagaimana... ;p

misz aisya said...

suami orang?? hurm, kalau itulah jodoh kita, terima jelah..

tpi, minta dijauhkan..lelaki bujaang masih ada yg boleh diharap..

bruno mars nyanyi grenade ngan penuh style! yehhh

mentega^^terbang said...

BFF aku juga sedang mengalami masalah yang sama. Situasi yang sama. Aku pernah kata kepada dia

"Aku doakan kau dapat lelaki yang lebih baik"

bunyi agak kejam.

Lalu aku kata,

"Tapi apa pun keputusan kau kawan demi kebahagian kau aku sokong. Janji kau bahagia kelak."

Sekarang aku berdoa dia tabah hadapi orang sekeliling. Sebagai kawan kita hanya mampu menasihati kan Zara.

KAMIHIDUP said...

KAMI ni ha single kot, hahahahaha. :)

Fara said...

tak bleh nak kata salah atau btl, cuma boleh mendoakan yg terbaik buat org yg mengalaminya. tp seboleh baik elakkan, hati manusia berubah dan mcm2 bleh jadi kan :) semoga tabah kawan zara tu yea

Anies Anessa said...

aku teringat kawan aku yg berskandal dgn ckgu sendiri yg sdh mmpunyai 2 isteri

M.a.r. said...

bukan senang bcinta dgn suami org... ikutkan hati sanggup ja ambik risiko tp bila akal da mgatasi hati barulah keputusan yang bijak dapat dibuat..... bcakap bdasarkan pgalaman.. harap² dijauhi karma..

najwa's said...

huhu hanya mampu mendoakan jugak! (-.-') tapi, tak berani amek risiko sbb takut tak ikhlas dlm berkongsi.

Mrs Poyo said...

Mula-mula izin..
Bila dah kawin..macam2 jadi,semua serba tak kena,cemburu,tak adil la,kecik ati..macam2 la...
Well,aku hidup dalam dunia yang penuh dgn org yang berpoligami.Tokwan aku,bapak sedara aku,sepupu aku,jiran aku...

Mula-mula semua baik..lama2..semuanya tak baik..semua mnderita..naya diri sendiri ja..
Alasan tak dapat anak setelah berkahwin bertahun2 tak boleh diterima...bapa sedara aku guna alasan tu,last2 nak kahwin lagi satu pulak,jgn buta hati krana cinta...Aku yg brcinta ni pun tak beri kepercayaan sepenuhnya kat pasangan aku yang masih bujang tu..inikan pulak dgn suami orang..hahahhalucu btul la.

Tapi kalau tu jodoh dia,aku doakan yang terbaik..

Sori Zara..aku terkomen panjang.hahahah..

Mrs Poyo said...

Mula-mula izin..
Bila dah kawin..macam2 jadi,semua serba tak kena,cemburu,tak adil la,kecik ati..macam2 la...
Well,aku hidup dalam dunia yang penuh dgn org yang berpoligami.Tokwan aku,bapak sedara aku,sepupu aku,jiran aku...

Mula-mula semua baik..lama2..semuanya tak baik..semua mnderita..naya diri sendiri ja..
Alasan tak dapat anak setelah berkahwin bertahun2 tak boleh diterima...bapa sedara aku guna alasan tu,last2 nak kahwin lagi satu pulak,jgn buta hati krana cinta...Aku yg brcinta ni pun tak beri kepercayaan sepenuhnya kat pasangan aku yang masih bujang tu..inikan pulak dgn suami orang..hahahhalucu btul la.

Tapi kalau tu jodoh dia,aku doakan yang terbaik..

Sori Zara..aku terkomen panjang.hahahah..

ardz said...

sungguh kagum dgn dia kerna ada pendirian dia sendiri, walau pun dia tau bahwa dia akan dpt tentangan dr ramai org,

tp bukan mudah bercinta ngan suami org, kalau benar dia jodoh kita mungkin sudah suratan, tp kalau sebaliknye? fikir2kan la, sy bukan di antara yg mampu berkongsi kaseh:)
sbb sy x mampu melihat kaum sy sendiri menanges dan juga sy x nak seksa hati sy :)
utk kawan zara.. sy doakan supaya Allah memberikan dia petunjuk utk membuat keputusan yg betul:)

cik ciput said...

apa yg boleh dilakukan oleh wn awk, minta bantuan dari Allah..sembahyang istikharah..agar diberi petunjuk sama ada keputusan yang dibuat tidak akan memakan diri di kemudian hari.. =)

ikangelama said...

kawen je la..ag pon dah dapat izin isteri dia dah (bukan macam bung mokhtar ngn zizie ezette tu ye xdpt izin haha)..ag pon elok kawen dari kuar sama2 tanpa ikatan sah..

Kish said...

saya seorang isteri. jika suami saya bermain cinta dengan perempuan lain, mungkin disebabkan kelemahan saya dan suami. namun, jika dasar agama sgt2 kuat, impossible akan berlaku, walau ada pihak ketiga yg kuat menggoncang. saya melihat sendiri rumah tangga mak ayah sy yg up n down dengan mata kepala sendiri baling periuk mengamuk, namun sampai sekarang alhamdulillah bahagia ke tua.

suffer8zine said...

kalau dah jodoh ape nk buat

Terkini : Kedai Menjual Aiskrim Susu Badan Disaman

Unknown said...

aku cuma mahu katakan...poligami itu tidak semudah yg diperkatakan...sebelum mereka dpt menikmati madunya...mereka akn merasa kesulitan yg amat...aku sudah melihat itu didepan mataku...

pd yg berminat..nasihatku...andai kalian tidak cukup kuat dan tinggi kesabarannya...dan hnya memikirkan seronok semata...elakkan-lah poligami...ianya tidak mudah~

mamafarhan said...

ermmm.... susah utk difikirkan... terlalu subjektif.. cuma yang pasti mendoakan yang terbaik buat dia... kalu boleh berfikirlah seratus kali sebelum melangkah lebih jauh... poligami bukan sesuatu yg mudah...


kalu akak payah la zara nk terima... sbb tahu payah yer berpoligami... ada pengalaman didepan mata...

RayRay's Mummy said...

"..Aku bukan orang yang layak untuk menyatakan boleh atau tidak kahwin dengan suami orang (mungkin juga isteri orang) disebabkan aku sendiri tidak punya pengalaman sedemikian dan minta dijauhkan. Biarlah kalau kepunyaan aku, hanya kepunyaan aku.." - sy suke ayat awk yg nie..btul..klu die milik kte..biarla milik kte smpai ble2..xsnggup b'kongsi kasih..~

Schubert Serenade said...

kalau da jodoh kite xboleh nak elak..tapi seeeloknya cuba elak selagi mampu..xelok hidup bahagia ats penderitaan org lain kn..

love ur entry:))

Dandelion Kisses said...

Kuota kan sampai 4.
Apa de hal... =)

Anonymous said...

kalau saya, melalui kaca mata seorg isteri memang sukar nak bermadu, kalau ada isteri yang sanggup bermadu tu, mungkin sebab da terpaksa, suami da nak sangat kawin alasan utama, dan dlm kes ni mesti isteri lelaki tu merelakan sebab dia x mampu beri zuriat kpd lelaki tu..kalau dia mampu saya akan pasti dia pasti tdk ingin bermadu, dan mungkin lelaki tu juga tak terbuka hati nak kawin sorg lagi..
pandangan masyarakat kpd isteri yang bermadu, memang mcm2 tapi sapa kita utk menidakkan jodoh yang diberikan Allah.. Tapi kita jgn pernah lupa DOA, berdoa la agar kita diberikan jodoh yang baik2 dan elakkan berkongsi kasih dgn wanita lain. jika kita ikhlas, pasti Allah akan beri kita jodoh yang lebih baik..
bermadu bukannya mudah, lebih2 bg seorang lelaki, memikul tanggungjawab dua buah keluarga dan pastikan dua buah keluarga itu bahagia dan menjadi umat islam yang soleh dan solehah.. jika saya lelaki saya akan berfikir mampuka aku berdepan dengan Allah, dgn perasaan yang yakin aku telah berikan yang secukupnya serta adil buat kedua2 isteri dan anakku utk bekalan mereka di dunia dan akhirat :)
-LM-

Unknown said...

JOdoh tiada sapa yg tahu. Saya pun alami mcm hal di atas, cume wife dia meroyan x psl2.. last2 laki dia tu mmg penipu nak mamposss... so, sy tinggalkan dia. n temui cinta baru. seorg lelaki bujang. hidup kami bahagia skrg. AMin

fika79 said...

kalau dalam kes kawan ko ni, aku rasa mereka boleh bahagia..insyallah, sbb sang isteri tu redha..
aku tgk,org salu cakap dah jodoh..dah jodoh..tapi kadang bila menghadapi perkara begini, sanggupkah kita..yups, mungkin dengan redha, Allah bg ganjaran yang terbaik.tapi kalau hati tak mampu nak menerima(kita manusia), kalau hidup dalam keadaan yang derita, adakah kita boleh kata tak apa?
mmgla, ikut hukum tak salah kalau berkahwin dengan laki org, tapi sbg wanita aku rasa, kita kena tgkla kenapa kita pilih lelaki itu..ooh don't saya about love man..when u say love, put it at Allah not humans.thinks about pergorbanan, tanggungjawab, dan yang paling utama keadilan..tepuk dada tanya iman!my 2cent..

Anonymous said...

ermm...dah setahun topic nie rupanya. mmg xde isteri yg sanggup berkongsi qaseh..thats reality..

tapi drpd bercinta sembunyi2 belakang isteri lebih baik halalkan saja bila dipermudahkan Allah.

Tahniah pada si isteri yg no. 1, payung emas menanti di sana nanti.

Kepada yg no. 2, semoga tabah dan sabar mengharungi dugaan bersama.

Allah yg membuka pintu hati mereka2 itu, maka allah sajalah yg boleh menutupnya kembali..semuanya ketentuan ilahi

Anonymous said...

Hmm... Sekurang2nya lelaki tu berterus terang dia dah berkahwin tk mcm lelaki lain mengaku bujang ank da berderet... Semoge temanmu dan bakal madu dn bakal suaminya sentiasa diberi kebahagiaan dan kesehahteraan dslam hidup berpiligami...

Anonymous said...

Mmg btl tu awak... Saye ade kawan bercinta dengan suami org mula2 igtkn bujang... Kwn saye boleh nampak tertekan sgt... Tak tahulag ape akn jdi tpi dieg masih besame sbb kwn saye ni telalu stgkn nya pdhal org ya biase je... Kesian kn?

Anonymous said...

Mengalami situasi yang sama. Semoga Allah berikan petunjuk. Tidak tergamak membina bahagia atas airmata perempuan lain. Tapi, kalau itu memang sudah takdir, mungkin akan persiapkan segala kekuatan emosi dan mental utk hadapi dugaan mendatang. Allah datang menguji. Tak pernah mintak jadi begini. Hanya kerana binasa mulut dulu, sekarang kena batang hidung sendiri...Tu lah, 'kerana mulut, badan binasa..'..:)

Anonymous said...

jodoh mmg suka utk diduga..segala yg terjadi pasti ada hikmah disebaliknya..semoga sentiasa tabah jalani kehidupan..

Anonymous said...

saya sedang mengalami keadaan ini, bercinta dgn suami org. macam2 cara saya dah buat untuk putuskan hubungan ni, tapi lelaki tu masih nekad mencari saya dan mencintai saya walaupun dapat tentangan hebat dari isteri dia. lelaki itu dah mengaku di depan isterinya bahawa dia mencintai saya dan nak menikahi saya. sejak pengakuan tu, hampir setiap hari saya dapat kiriman SMS dari isterinya yg berisi maki hamun, kata2 hina & ugutan. tak cukup dgn itu, isterinya mengadu kat kawan2 dan keluarga tentang kehadiran saya yg mengundang bala kepada rumahtangganya dan meminta mereka tuk menyerang saya secara psikologi. memang pahit tuk ditelan, saya selalu menangis memohon kpd Allah, tunjukkan saya jalan terbaik tuk selesaikan masalah ini. saya tiada tempat tuk mengadu masalah ni kat sesiapa. takde sorang pun tahu tentang hubungan saya dgn suami org ni. andai saja mereka tahu bahawa saya langsung tak pernah mengimpikan tuk kahwin dgn suami org dan saya percaya semua wanita juga punya harapan yg sama, tapi apakan daya kalau perasaan tuk saling melengkapi antara kami itu sangat kuat. moga ada jalan terbaik buat kami bertiga..

Anonymous said...

Anonymous,kite ade masalah yg same..boleh kite berkenalan Dan kongsi pndapat..??sye juga tiada tmpat mngadu. .

qayla said...

Test test test

qayla said...

Anonymous. .boleh kite berkenalan,sye ade masalah yg sme mcm awak..sye juga tiada tmpat luahan..