Sunday, February 06, 2011

Tinggalkanlah Teman Wanita Kamu Kalau Berani.


Memang di Borang Anjal atau Borang Musim Bunga boleh cari bahan.
Silap.

Membahan sebenarnya bila terlampau banyak benda mengarut yang orang tanya. Kelakar betul bila di situ pun ramai yang nak hantar sebanyak mana entah soalan mengarut (baca : spam sampah) termasuk tanya adakah diri mereka cantik atau tidak serta adakah rasa terganggu disebabkan soalan mereka terlampau banyak. Itu pun nak tanya eh?
Piang.

[Gambar : Rasa terganggu tak? Mari aku khabarkan contohnya selepas ini]

Sebelum itu nak kongsi satu perkara, senang kata perbualan aku dengan kawan aku pagi tadi. Terima kasih sebab sudi telefon aku sebab kau kata kesian telefon aku tidak berbunyi. Salah kesian kau tu. Sebab apa tak berbunyi? Sebab dalam mod senyap. Aku di hospital semalam, jumpa doktor bedah, lepak dengan dia. Ketawa.

Baiklah. Bukan cerita pasal doktor cantik itu, atau rakan sekerja dia yang nampak comel walaupun muka garang - doktor lelaki yang bolehlah tahan atau pelawat hospital yang berbual panjang dengan aku walaupun emak dia berbual dengan aku juga, tapi pasal panggilan telefon penuh lawak pagi tadi. Aku rasa lawak, kalau kau tak rasa, apa aku boleh buat kan?

Kawan : Budak, kau apa khabar?
Aku : Budak? Aku dah nak masuk dua puluh empat dah.
Kawan : Kau tetap budak pada aku. Dengar cerita dah masuk kumpulan satu semula eh?
Aku : Dang! Benda macam ni cepat tersebar.
Kawan : Takpe. Menangis tak?
Aku : Tak, hebat tak?
Kawan : Hebat gila. 
Aku : (ketawa) Mestilah.
Kawan : Kereta kena hentam menangis sampai satu jam. Tu baru belakang kereta kena. Ni hati remuk tak menangis? Memang hebat.
Aku : (ketawa) Kereta aku bayar. Apa kau ingat Adam tu murah ke? Banyak air mata tumpah nak dapatkan dia tahu?
Kawan : (ketawa) Tak macam gampang pula perangai.
Aku : Kejadah cakap aku macam tu?
Kawan : Kereta lagi bermakna dari manusia eh?
Aku : (ketawa) Sengal. Kau yang buat perbandingan macam tu tadi.
Kawan : Memang menangis bakal suami kau kalau dia tahu kau perangai begini.
Aku : Nanti aku sediakan tisu.
Kawan : Tisu wanita eh?
Aku : Gila!

Budak eh?
Sungguh kasihan tahu dipanggil budak oleh kau yang cuma tua setahun dari aku.
Ceh!

[Gambar : Ini situasi yang menyeronokkan kalau menjawab soalan gila]

Kak Zara, kitew sukew lar pd kak zara. sukew kak zara, bkn tkat belog jew. tapew kitew dh aderr makwe. camnew nier?
umur kitew 19, boleh tak kak zara? bolew larrrr

Nak tengok jawapan aku? Tekan sini.

Oh, kalau betul suka, tinggalkan sahaja teman wanita kamu itu, boleh?
Maaflah, aku memang rasa sangat menggelikan hati kalau orang tulis ayat dengan tulisan sedemikian, rasa nak melempang orang dengan kadar laju. Satu pesanan penaja aku secara percuma, jangan nak luahkan perasaan dengan penuh kecut telur sedemikian rupa.
Ketawa keji.
Ludah.

Ya, kau boleh kata aku kejam, keji dan sebagainya. Tetapi mungkin disebabkan aku sudah terlampau banyak berjumpa dengan manusia dalam hidup aku serta akan berjumpa pelbagai jenis manusia setiap hari, aku memang tidak menerima benda begitu dalam hidup aku. Lebih-lebih lagi kalau anak murid sendiri hantar pesanan ringkas dengan ayat sedemikian, memang akan aku padam. Aku tak layan benda yang aku tak faham, sarkastik eh? Peduli apa aku.

Kehidupan manusia dan aku memang saling berkaitan.
Sebab apa?
Sebab aku masih seorang manusia.

Kawan : Mak aku suruh aku kahwin dengan anak kawan dia.
Aku : Dah tu?
Kawan : Mak aku nak taja semua majlis kalau aku nak.
Aku : Baguslah.
Kawan : Aku dah ada teman wanita.
Aku : Bagitahu mak kau.
Kawan : Mak aku kata kalau kahwin dengan gadis lain, dia takkan bagi.
Aku : Tinggalkan teman wanita sekarang.
Kawan : Kenapa kau bagi jalan macam ni?
Aku : Sebab kau tak pernah serius, jadi ikut sahaja cakap mak kau.
Kawan : Gila ke apa?
Aku : (ketawa) Kau kena fikir masak-masak. 
Kawan : Kau fikir aku patut tinggalkan yang sekarang?
Aku : Bukan kau tak biasa tinggalkan perempuan kan?
Kawan : Sumpah itu keji.
Aku : Fakta.
Kawan : Karma betul kan?
Aku : (ketawa) Bukan aku kata, kau yang kata eh?

[Gambar : Tiada apa-apa yang tinggal untuk dikenangkan jika tiada yang signifikan dalam perhubungan. Itu pesanan aku buat kau yang tanya aku guna pesanan terus di Twitter tadi.]

Kalau kau sangka aku menyimpan dendam, kau salah.
Hati aku bukan tempat terbaik untuk simpan benda begitu.
Hati aku masih tempat menyimpan benda yang sangat aku hargai - walaupun sekuat mana kau cuba pecahi dengan kata nista tidak bertepi.
Senyum.

Nota Kaki :
1. Aku ada kegilaan suka menghadiri majlis perkahwinan seorang diri walaupun banyak mata serong memerhati.
2. Gemar belikan hadiah perkahwinan - buatkan aku ketawa seorang diri bila mengangkat hadiah untuk kawan-kawan.
3. Bakal bepergian lagi - dan kali ini tiada siapa yang akan merindui. Senyum kelat.
4. Siapa yang nak membahan gambar terbaru yang menahan kemarahan akibat kesesakan jalan raya Ayer Keroh-Bukit Baru semalam, boleh tengok di sini. Terima kasih.

Zara : Kalau seseorang itu pernah masuk ke dalam segumpal darah merah yang berkunci, hanya ucapan tahniah dapat dihulurkan. Itu sahaja. Tiada dendam, tiada curiga, tiada kekesalan, tiada kecewa hanya sekelumit bahagia atas kasih sayang yang nyata.

14 comments:

Anonymous said...

1. =.=' dengan gambar perempuan jepun itu.

2. hi5 untuk bahagian #eww

3. kita walau bagaimanapun hanya tetap bertumpang gembira apabila kita benar2 sayang.sayang yang kita hanya pohon dia tetap berbahagia.

4. tetap ada yang rindu walau hilang nanti. ye dakk, Gumiho?

Unknown said...

if kau nak melempang budak itu, sila ajak aku sekali.

tolong jgn bazir duit kerajaan gaji cikgu bahasa melayu!!

Ce'gu JAERA said...

waahhh mantap lah. suka betul aku baca entri2 di blog ini.. menarik dan bersemangat.. keep it up

Unknown said...

giler comel budak penulisan budak itu(ludah)ahaha

Unknown said...

giler comel budak penulisan budak itu(ludah)ahaha

Lalala said...

dah tengok video ewwww? best

Ayie said...

yeah bila dah baca entri ni, hurm memang betul pun apa yang u tuliskn..

wazy said...

Nice
terbaik la semua isi-isi penting dalam entri ni

Anis Azalea said...

penulisan budak tu sebijik2 mcm tu rasa nak pelempang..kekekekek..pergh aku pernah kena ngorat buda umur 16tahun dan aku mas tu umur 22..cittt...tapi aku saja layan nak tgk sampai mane dia boleh tahan..kekekek

beli brg hadih kawin best woo...lagi best sebab skrg suka beli lingerie...thn ni sape kawa aku kawen aku bg lingerie. haha

jejaka senja said...

Pernah tinggalkan seseorang. Aku macam kau. Kau macam aku. Golongan sarkastik. Orang kata aku ni membosankan. Respon emosi berkadar songsang dengan situasi.

Oh. Rasanya berpemergian lebih tepat daripada berpergian. Tapi kau cikgu. Mungkin kau ada hujah kau. Aku sekadar guna ilmu sekolah menengah dulu.

PointBlankShot said...

perempuan type macam tu =
gedik gila.

jantan type macam tu =
sotong

sekian.

Lee Zha said...

1 je nak komen...


meh sini sis aku tolong sumpit budak yang tak reti eja tu. hahahaha

TheBentPencil said...

kawan ku tulis begitew

ha tengok sekarang sayew pun sudah terikut ikut kawan itew

hngggggg *muntah*

sumie said...

arghhh xsuke orang eja macam patah gigi! screenshot fs cikgu leh x?hehe..nak sembur manusia yang suka pakai ayat gni..terbaek la cikgu bagi!