Gong Xi Fa Chai.
Buat skandal-skandal mata sepet yang diminati dari zaman persekolahan, semoga tahun ini membawa lebih banyak kejayaan dan kekayaan buat kamu semua. Buat kawan-kawan dari zaman matrikulasi, universiti, ucapan yang sama juga diberikan. Sekejap, ada tak lelaki mata sepet yang aku suka di zaman-zaman itu?
Oh, ada juga.
Tahun ini tahun Arnab. Ya, Arnab. Tahun ini juga umur aku bakal menginjak ke 24 tahun, dan ini bermakna, sudah tiga kali aku berjumpa tahun arnab. Tahun 1987 semasa aku lahir, tahun 1999 dan juga tahun ini 2011. Baiklah, jangan sebut arnab, nanti jadi benda sensitif pada sesetengah bimbo di luar sana. Siapa yang tidak tahu apa itu bimbo, sila tekan perkataan yang bergaris itu. Terima kasih.
[Gambar : Ini bukanlah bimbo yang betul. Kau ni, cepat betul buat kesimpulan bila tengok gambar tahu? Ketawa]
Aku sekarang agak fobia mendengar bunyi telefon. Lagu Bruno Mars dah jadi satu bunyi yang boleh buat hati melompat dan mahu melempang orang. Baiklah, itu tipu sebenarnya disebabkan aku dah tukar jadi lagu lain. Dah kata telefon aku, aku punya suka nak letak lagu apa kan?
(Ayat perenggan ini agak emosional, piang)
Apapun, aku tumpang simpati dengan seorang kawan yang menghubungi aku selepas Subuh tadi. Ternyata, sebenarnya sudah ada 20 panggilan tidak berjawab dari dia disebabkan telefon aku ada di dalam beg. Nampak sangat tahap kebergantungan aku kepada telefon kembali kepada sifar semula kan?
Ketawa.
Kawan : Budak bujang, apa khabar?
Aku : Macam nak tampar muka orang bila dengar ayat kau tu.
Kawan : Sebab aku pun dah bujang semula.
Aku : Kau memang bujang sebab kau belum kahwin, dah jadi tunang orang adalah.
Kawan : Kau tak faham apa ayat aku kan?
Aku : Tak, apa maksud kau?
Kawan : Dah putus tunang (ketawa)
Aku : Oit, jangan buat gila.
Kawan : Buat gila apa pula? Betul.
Aku : Siapa putuskan? Kau? Kan aku dah pesan jangan ramai skandal!
Kawan : Skandal apa bendanya? Dah enam tahun aku dengan dia seorang je. Mak dia datang putuskan semalam, atau lebih tepat, malam tadi.
Aku : Kenapa? Apa alasannya?
Kawan : Mak dia kata nak menantu cantik, aku tak cantik.
Aku : Apa?! (mula mencarut)
Kawan : (ketawa) Lawak kan?
Aku : Gila ke apa makcik tu?
Kawan : Dia kata menantu dia mesti cantik-cantik dan kacak-kacak, supaya cucu dia nanti akan comel-comel.
Aku : Adakah anak-anak dia semua kacak-kacak dan cantik-cantik?
Kawan : Entahlah, benda macam tu subjektif.
Aku : Oh, memang bikin panas walaupun musim banjir. Dah tu, tunang kau tak kata apa-apa?
Kawan : Dia pun pening, mak dia yang buat keputusan.
Aku : Oh, jangan bagi aku mula maki orang.
Kawan : (menangis) Apa aku nak buat ni? Ingatkan malam tadi mereka datang nak bincang bila nak kahwin, tapi alih-alih jadi macam ni.
Aku : Jangan menangis. Biarkan makcik tu. Main suka dia hina kejadian Allah eh?
Kawan : Bukan selera dia, betul agaknya aku tak cantik.
Aku : Comel apa kau? Aku ni baru kira kurang cantik.
Kawan : Dah mula dah kau.
Aku : Itu fakta, kau ada pelajaran, ada kerja, ada rupa, ada harta. Apa lagi orang nak?
Kawan : Takpelah. Kecewa betul.
Aku : Keluarga kau kata apa?
Kawan : Terdiam, mak aku dah tak tahu nak kata apa.
Aku : Oh, panasnya hati aku. Kalau tak boleh terima kononnya kau tak cantik, kenapa dia beri anak dia bertunang dengan kau dulu?
Kawan : Dia kata masa tu dia ikutkan apa anak dia nak. Tapi bila dia fikir-fikir, dia kata dia tak sanggup kalau orang kata menantu dia tak cantik, nanti dia tak boleh tanggung malu.
Aku : (ayat kena tapis)
[Gambar : Kalau kau menangis sampai serabai sekalipun, benda yang lekat dalam kepala jumud manusia tidak akan pernah berubah]
Makcik.
Makcik.
Makcik.
Jumud betul pemikiran makcik ya?
Cantik luaran penting sangat ke makcik?
Nak dapat cucu cantik, comel?
Kalau anak makcik mandul (nauzubillah) macam mana?
Bukan nak kata cucu comel ke apa, bayang cucu pun belum tahu boleh nampak makcik.
Perangai begini yang membezakan kecantikan sesama manusia memang buat saya jijik makcik. Bukan apa, walaupun ramai orang kata saya hodoh, saya boleh ketawa lagi sebab bila saya berdiri depan cermin, saya dapati semua bahagian tubuh saya adalah cukup sifat dan sempurna dikurniakan Allah. Jadi, cantik atau tidak itu sangat bergantung kepada otak manusia makcik. Siapa makcik nak tentukan kawan saya cantik atau tidak dan menganggap dia tidak akan dapat lahirkan bayi comel?
Memang.
Itu memang terpulang kepada selera makcik.
Citarasa makcik.
Tapi makcik fikir tak kesan pada keluarga makcik?
Keluarga kawan saya?
Pada anak makcik?
Pada kawan saya?
Buatnya mereka kahwin lari, makcik terlopong nanti.
Percayalah.
Makcik pernah dengar karma?
Hidup ini bukan selalunya di atas makcik.
Senyum sinis.
[Gambar : Makcik, kenapa saya rasa muka makcik begini ya? Baiklah, itu keji, tetapi saya rasa gambar ini menarik dan comel.]
Nota Kaki :
1. Selain Blogbusters, kini aku menulis di Terfaktab juga.
2. Sekolah Mak sudah banjir hingga paras dada dan itu bermakna, jalan ke sekolah aku juga ditutup walaupun sekolah aku tidak mengalami banjir. Sekolah aku jadi pusat penempatan banjir. Adakah itu bermakna aku tidak pergi ke sekolah juga minggu depan?
3. Mimpi malam tadi sungguh buat aku bangun dan menjeluak ke bawah. Ah, aku nak hapuskan bayangan wanita itu!
Zara : Cinta itu satu proses yang menikam semua salur darah yang kau ada dalam tubuh. Mula-mula kau akan rasa sakit, tapi semakin lama, setelah kau terbiasa, kau akan rasa gembira dan nikmat. Tapi kau jangan lupa, bila terlampau gembira dan nikmat, ia akan membawa sakit semula yang lebih berat. Nah, di situ salur darah kau tersekat.
40 comments:
Apa bezanya kalau dapat cucu 'cantik' dengan cucu 'tak berapa nak cantik'? Adakah cucu yang 'cantik' itu lebih berbakat? Lebih berbudi pekerti? Lebih bijak? Lebih segala-galanya kalau nak bandingkan dengan yang 'tak berapa cantik'? Ugh.
Untuk Mak Cik yang nakkan menantu cantik seperti yang diceritakan, "cantik" is a very strong word.
erk..terkedu seketika ble baca entry nie..sgt keji pemikiran makcik nie la..haishh...
tak paham aku makcik 2...sabar jek la weh.....
Ya ALLAH ya tuhanku..
Apsal la perangai makcik ni huduh sangat..
Tak sangka ada jugak manusia serupa itu zaman sekarang ni..T_____T
@Si Gadis Marhaen :
Tu makcik tu je yang boleh jawab. Skeptikal yang amat kan?
@cik nurul:
Rasa nak lempang, boleh tak?
@♥..cik_mas..♥ :
kawan aku yang kena banyak sabar.
aku rasa nak pijak orang adalah.
@Nadya:
I should say that my friend lucky sebab tak sempat jadi menantu.
kan?
kak zara! apesal keji sangat perangai mkcik tu? macamlah muka dia lawa sgt! mclah anak dia tu hensem sgt! yelah, kite tgok nanti tahap mana lawa nye bkl menantu dia..taik kucing! hahahah
sori kak..ter EMO pulak..huhu
makcik tu lesbi.sebab dia plan nak skandal ngan menantu dia lepas anak di kawen. so kena la pilih yg ikut taste mak dia.
Bodo piang~~~
Sampai terkomen dah aku...
to makcik:
makcik mesti cantik sangat time muda kan.kan.kan.
ke makcik lupa nak beli cermin?
kepada yang lain. He knows the best for you all. mana tahu lagi hensem yang menunggu kat depan.
alahai makcik..!!!
tlg ahhh..
ada jg mc wujud fikiran mcm ni.
eh, penh wujud ka fikiran ni..
adeeeh...
boleh plak
zaman sekarang ada juga fikir camtu.. diskriminasi... sama kes juga diskriminasi keturunan... nak kekalkan keturunan. mengarut je semua tu...
owh...sebaya rupenyer...
saya pon lahir tahun arnab gak...
Cantik tuh subjektif la.. kalo x xde la orang yang hodoh kahwen ngan lelaki kacak..betol tak? Sudah sempurna segala kejadian yang Allah ciptakan.. mesti ade sebab kenapa kite dicreatekan sebegini rupa..
p/s: terase sebab Cik Tqah pon penah kene..
hai makcik2....
makcik ingat muke baby 2 nty boleh design ikut suke suki ke makcik oit!!!!
muke cantik tapi x pandai buat keje wat pe makcik...
nty x psal2 makcik yg kene jadi org gaji dlm umah anak makcik nty...
Oh.. Nampaknya anak makcik adalah hensem. Maka makcik mahu pasangan yang cantik untuk anaknya. Ini kerana, makcik mahu cucunya nanti menyertai pertandingan bayi comel. Kalau pasangan anak makcik tak cantik, kelak cucunya tumpas. Itulah niat makcik. Mungkin
giler ape?? pndamg luaran.. dah tu..anak dier ansem sgt ar.. haish~ ntah pape ar..
salam kak.
aiyoo..apesal kolot sgt mkcik tu.x patut betul buat mcm tuh.alasan x kukuh langsung.haih..sabar je lah..
uhuk.. apekes sampai macam ni lak?
ingatkan org nak istri cantik sdap mate memandang, rupenya ada jugak yg pk nak cucu comel..? nak wat apekah? huhu.. alasan lain xde sgt ke? adeh adeh.. kesian kawan akak, hope she's strong..tp kalau dy n fiance dy kuat, maybe dorg leh bersama smula..jgn patah smngat lah.. huhu...
wah! tak kusangka anda sebaya dengan saya, OK kita tahun arnab.
Berbalik pada kisah mak cik, wahai mak cik. cantik itu hanya sementara. mak cik penah dengar kan? Allah tu bole tarik bila-bila masa die nak.
dan, betulkah menantu cantik anak confirm cantik...? siapa kita nak menentukan rupa seseorang bukan?
kalau iye pon nak putuskan tunang,bagi lah alasan yang munasabah sikit.
kurang ajar la kan cakap macam tu.
annoying n kejinya mkcik tu..(mula la aku nk mencarot ni)..ops...emo tibe2..
kalau semua orang berfikiran mcm makcik 2, x kawin la wanita2 yang x cantik... huhu..
kalau kte nk menantu yg berpendidikan, itu bleh diterima tapi kate nak menantu cantik, aishhh, tingginya taste makcik 2.. eh, saya cantik x.. ade x makcik nak buat menantu? hehe
macam penah jadi kat sorang kawan..tapi mak dia yg nak menantu hensem..aishhh....
last2..menantu dia emm biasa jer...karma punck her(makcik) faced..LOL~
abis??? ak yg gomokpendek nih cemana??? ok, ak carik yg xder mak dah la... senanggggg!!!!! huh?
** Baru 1st time join tp nk nyibuk gak bg komen!!
Mmg terkedu baca entry nih! moralnya : walaupun makcik xsemestinya dia matang, kn..ingatkn isu cntik matik nih isu budak sek nk cr awek jer..malu bawa awek x hot kuar mcd! rupanya wujud gak makcik yg nyibuk hal2 kulit roti gini..sungguh x matured!!
nk share 1 cite leh? ada la sorg kwn time sek dolu, dia dtg nangis kt sy, dia sedih sbb mak&ayah dia duk gurau (gurau yg amat kasar) psl xngaku dia ikot keturunan masing2.. (sbb dia sorg je yg berkulit gerhana/amat boolat/idung tak mancung) dan hal nih kerap berlaku,kalo dia degil ke hapa ke, asyik2 nk kaitkn dia yg huduh, kalo dia wat2 rajin pun leh kuar ayat ala2 "dh muka buruk perangai kenalah elok/rajin"
..berbelas thn kmudian time mak dia sakit, dia yg duk berkampung kt spital PPUM jaga mak dia..ulang alik spital ke ofis hmpir 5bln, dh cm part time nurse pun ada sbb mak dia xnk nurse mandikn/siapkn..adik bradik yg kononnya cntik/ensem (psl dorg mix thailand/mamak penang) jgn kata nk jaga dtg spital pun jarang..gitu la nasib dia smpila mak dia meninggal.
skrg plak dia duk jaga ayah dia, ayah dia plak xnk duk dgn anak2 yg lain sbb slalu mkn hati dgn kata2 perli2 dorg, kalo ayah dia nk check up kt spital pun dia la yg melayan..adik bradik yg lain? hareeeeemmmm nk amik tau!
** jd makcik.. lu pk la sndiri~
moga kawan awak tabah...
apa dah jadi sebenarnya..mungkin ada yang jadi batu apii
pelik tiba2 cantik dijadikan subjek lepas luluskan mereka bertunang..
ahhhh..manusia usang.
klu cantek tp nnt jd bimbo (nauzubillah) ape yg baeknya??
cantik tu terjamin ke hati dia baik ke x....hai...makcik2...
-cik kumbang-
aku taknak sentuh bab makcik tu lg sbb ramai dah kutuk marah bengang dgn dia utk aku
tapi aku sepak terajang LELAKI aka BEKAS TUNANG si gadis malang tersebut
kau CINTA ke hape mcm tu?
senang2 buleh diam membisu
ya aku tahu itu IBU
seburuk mana pon beliau, ya aku tahu
beliau IBU
tapi tak kau pikirkah LELAKI
kau itu LELAKI?
yang punya akal
bukan 1 bukan 2 tapi 9
kau guna ke tak semua akal tu?
untuk handle situasi yang macam ni
sungguh dayus!`
tahu kenapa Tuhan kurniakan kau 9 akal?
sebab kau itu bakal menerajui keluarga miliknya kau
ketua keluarga
pembimbing bangsa kau nanti
sebab itu adanya 9 akal
untuk kau praktik kau guna sebaik mungkin untuk kau handle 9 nafsu punyanya IBU kau
grrrrr!~
Makcik tu tak tau,kalau cantik muka ,belum tentu perangai dan hati cantik..
tak taulah sekarang ada lagi manusia mcm makcik ni..geram rasanya bila baca psl makcik ni..
hbs mcik tu cntik sngt ke!!
isyhh!! baran je bce entri ney... kuno gile otak mk cik tu.. eii dy dok planet mne?? my dad xhnsem dpat je i yg lawa! [perasan jap!] haha law stakat nk cucu cntik bce la surah yusuf... tgk bnde2 cntik.. mnum air kelapa bnyak2.. eii tolong la.. stakat bnde tu.. eiii baran gile!
jom singgah sini ANASAURUS
hahahaha...giler punya makcik...ni lagi teruk dari yg mntk hantaran ribu2 tu...dah tak braper nak btol nih,hehehhe
uwaaaa giler sedeh...
Ada lagi karakter ibu mertua ku kan kassim... Ahaha.. ni versi tengok penampilan..
Tahniah. terfaktab dah kamu..
gila.
mahu gila jadi gini.
nasib mak mentua akak tak gini.
kalu tak,tak kawin kot akak sebab akak tak cantik?
cit.
makcik.
makcik.
sambil geleng kepala dengan kadar 120km/j.
wanitamutalib.blogspot.
saye rase makcik ni sakit kot..hehe..
p/s::pinjam entri zara ni..saye ulas di belog saye..^_^
"jangan sebut ranab. asik-asik arnab. asik asik arnab"
familiar tak ayat ni? hahaha
anyway, kisah macam mak cik tu mmg dah byk. I've seen some myself.
Tak mahu tunang sebab si ppuan tu gemuk.
last2 menantu dia siapa?
ok, kurus dan lawa.
tetapi akhirnya gemuk jugak lepas anak pertama.
#karmaisabitch
kalau tiada toleransi. macam mana hubungan nak beroperasi kan? haha
Haish
banyak sangat orang menilai luaran sekarang ni. nak yang cantik/flawless/anggun/bergaya saja. kesal betul dengan pemikiran orang sekarang. haish, nauzubillah, janganlah mengutuk ciptaan Allah. cantik buruk seseorang tu kan semuanya datang daripada Allah :|
Post a Comment