Tuesday, February 15, 2011

Maulidur Rasul 1432H - Jangan Ambil Dulang Aku!


Salam semua.
Sambungan kepada Maulidur Rasul 1432H - 1 Malaysia 1 Ummah yang hanya aku dapat paparkan sedikit sebelum aku ke masjid pagi tadi. Ya, seperti yang aku ingatkan kalian dan diri aku sendiri, dua benda yang dengan mudah kita boleh buat dengan senang hati dan tanpa mengeluarkan modal (kalau kena keluar sedikit, kau nak berkira atas sambutan junjungan besar kita?)
Geleng-geleng kepala.

[Gambar : Sebelum ke masjid, sila makan sarapan dahulu]

Sambutan Maulidur Rasul di Muar adalah sesuatu yang unik dan tersendiri. Dengan perarakan yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini aku akan ketinggalan, bacaan berzanji, selawat serta ceramah yang menghiasi acara yang dihadiri oleh hampir ribuan warga Muar aku rasa. Sampaikan sepupu aku yang bekerja di Terengganu sanggup balik untuk meneruskan tradisi kami sekeluarga berkumpul di masjid setiap tahun.

#Nasi beriani atau nasi minyak dalam dulang.
Ini adalah makanan rasmi bagi yang menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul setiap tahun. Sejak aku kecil sehinggalah bakal berusia dua puluh empat tahun, makanan ini akan sentiasa diburu oleh segenap lapisan masyarakat apabila selesai ceramah. Tidak payah kata budak kecil, yang besar, bahkan warga emas pun masih bertolak-tolak mahu dapatkan nasi tersebut.

[Gambar : Disebabkan untuk mengelakkan dirempuh orang lain, aku menjunjung nasi ini. Apa kau ingat senang?]

Gila ke tidak kau tanya?
Pernah tengok orang merempuh orang lain sewaktu melontar jamrah?
Atau makcik-makcik yang gila menyerbu Jusco apabila ada hari ahli kad Jusco?
Sangat serupa sebegitu.
Gila kan?

Setiap tahun akan punya drama yang berbeza, dan tahun ini, ada lagi makcik-makcik yang buat drama di bahagian pengagihan makanan. Punya lawak disebabkan bukanlah semua orang tidak mampu untuk mendapatkannya di luar, tetapi keseronokan berebut seperti pelarian kelaparan (mungkinlah), hanya akan didapati di sini sahaja. Tahun ini, dulang sudah direbut terlebih dahulu oleh orang, maka, aku beratur sahaja tanpa pegang apa-apa dengan harapan di hujung nanti akan mendapat dulang tambahan (gila redha aku). Tiba-tiba terdengar suara seorang makcik menjerit-jerit di celah hiruk pikuk orang ramai.

Orang ramai : Bang, sini nasi, sini lauk (dulang-dulang saling bertukar tangan)
Makcik tudung hijau : Siapa ambil dulang aku tu? Jangan ambil dulang aku!
Orang ramai : (masih hiruk pikuk)
Makcik tudung hijau : Penat aku beratur, dulang aku, dulang aku.

Rupa-rupanya dulang yang dia pegang tadi sudah disambar oleh orang lain. Memang gila melihatkan adegan-adegan sedemikian. Aku pula, mendapat dulang percuma dari makcik disebelah aku yang dengan pantas mengaut nasi masuk ke dalam plastik. Mudah.

Orang : Bukan tak mampu, tapi semua orang berebut.
Aku : Eh, benda baik dikongsi bersama.
Orang : Macam takde duit.
Aku : Alangkah makcik yang gelang penuh dua-dua tangan sampai lengan pun berebut, apatah lagi kita yang tiada apa-apa ni.

Tolong  jangan bagi aku mengamuk tidak tentu pasal di masjid.
Lempang karang.
Tarik nafas.

#Sirap bandung.
Ini minuman yang disediakan. Belum ada apa-apa lagi, semua orang dah beratur berebut nak dapatkan sirap bandung. Bukan setakat gelas, bahkan ada yang siap bawa jag, botol besar dan mangkuk untuk isi air tersebut. Gila kentang semua orang!

[Gambar : Ini air sirap bandung yang gambarnya aku pinjam dari pautan yang disediakan]

#Budak hilang.
Tahun lepas ada budak hilang, tahun ini pun ada?
Sama ada ibu bapa yang sibuk bertempiaran mendapatkan makanan atau apa, tapi memang rasa kasihan pada budak yang meraung menangis bagaikan apa sebab kehilangan ibu bapa.

"Perhatian kepada ibu bapa yang kehilangan anak yang memakai baju Melayu berwarna merah bernama Irfan, sila ke bahagian ceramah sekarang. Ibunya dikhabarkan bernama Ramlah, sila dapatkan anak yang sedang menangis ini"

Entah berapa kali pengumuman dibuat, Makcik Ramlah tak muncul-muncul juga. Kesian itu budak yang berusia lima tahun bila aku lalu di hadapan bahagian ceramah. 

http://farm1.static.flickr.com/141/375969264_4901b1de19.jpg
[Gambar : Kepenatan aku sebegini tadi, boleh?]

Sebenarnya otak aku tengah tak berapa nak betul.
Nanti aku fikir apa benda yang sepatutnya aku tulis.

Buat masa ini, walau macam mana sekalipun sambutan Maulisur Rasul kalian tahun ini, bersama-sama kita meraikan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dengan sentiasa mengingati baginda. Sambutan yang sederhana sudah mencukupi sebenarnya dan tidak perlu terlampau berlebihan.

Ketika kamu dilahirkan, menangis keluar daripada perut ibumu, orang disekeliling kamu ketawa gembira dan senyum bahagia.
Maka berusahalah wahai manusia.
Tatkala kamu meninggal dunia, biarlah manusia disekeliling kamu yang menangis hiba, sedangkan kamu pula tersenyum bahagia menghadapNya.

Nota Kaki :
1. Sudah lama tak makan nasi (sengaja), hari ini aku tewas dengan godaan hidangan di masjid.
2. Aneh, ada orang yang dirindui secara tiba-tiba. Mungkinkah sudah terlampau biasa dengan kewujudan manusia?

Zara : Masih mengalami tanda-tanda sakit kepala yang gila akibat disengat penyengat. 

12 comments:

± said...

memang kelakar gelagat manusia, apalagi bila yg buat perangai time-time sambutan Maulidur Rasul ni golongan yg berumur... mungkin orang minat nak makan free lebih dari meraikan kelahiran Nabi

misz aisya said...

wahhh giler sedap dpt mamam nasi beriani..plus bandung plak tuh!!

ehemm tak makan nasi,sbb diet ke kak Zara?? huhu

Shahada Fauzi said...

mak ai..gile kentang la!sampai berebut2 eh..first time dengar..macam2 betul gelagat manusia..(-_-)"



Salam Maulidur Rasul buat cikgu Zara..

p/s:: tak pergi check doktor ke kepala yg kena sengat penyengat tu?Jangan dibiarkan sampai melarat. Bahaya tu cikgu.

Mra Mastura said...

rindunye nak makan nasi dulang same2 lagi.. tskkk.. ;(

FARHANA said...

agaknya nasi yg dimakan selepas berebut2 rasanya sedap sgt kot...hehehe

Legasi Piston Pecah said...

آللّهُمَ صَلّیۓِ ۈسَلّمْ عَلۓِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

KUKUMALU said...

Nasi free, sape xmau.
kawan cakap, nasi free memang selalunya terlebih sedap.hhee

Cik MiKi said...

mak cik tudung hijau da best..!! hahahaha!! mak cik, dulang mkcik kat sy.. :)

takky said...

this entry make me laugh sgt n smile x henti2...
thankz kak zara coz make my true smile come this night...
(night coz tgh bace entry nie)
hihiihih ^O^

Anonymous said...

saat aku mengomen ini, follower 3666.


manusia sangat kelakar, seronokkan perhatikan pentas masyarakat?

hi5!

GUMIHO!

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

hahah..kelakar cerita kau ini zara..buat aku tersengih² sorang diri..dari pagi aku teringin baca ini entri tapi kesibukan hakiki buatkan aku terpaksa meminggir diri..

TF said...

mcm2 gelagat manusia ni ek.but fun if joint event cmni skale skale

yeah truly johorean...
makn dlm dulang n sirap bndung (lebih sodap id letk soda)