Monday, February 28, 2011

Jangan Salahkan Orang Bila Kau Terus Mengingati


Bila nak sambung memori sekolah darjah dua?
Nanti dulu. Banyak benda nak kena buat dalam masa terdekat ini. Lagipun, mungkin ramai yang tidak berminat tentang memori sekolah manusia beku ini (walaupun begitu, nanti ada masa, aku sambung lagi). Ah, persetankan segala mata yang memandang, sebab aku bukan manusia yang akan letakkan pancaindera aku bagi mereka yang berperangai mengalahkan jembalang.

Oh, sebelum itu.
Siapa yang menegur menyatakan kenapalah ada orang rasa sakit hati pada aku walaupun aku tidak cantik, aku sangat berterima kasih walaupun sebenarnya, tidak perlulah tulis dengan jelas sedemikian rupa. Aku kenal diri aku lebih dari yang kau perlu laungkan sekuat hati begitu.
Senyum kelat.
Tahan diri kuat.

[Gambar : Kalau tak cantik pun, aku rasa kau akan mengigau muka ni malam nanti.]

Tadi petang Busuk telefon aku. Dengan ketawa riang dia, perbualan kami di telefon memang sentiasa meriah. Kata-kata yang dia ucapkan, sebagai seorang sahabat, aku tahu, kenapa kami masih lagi bertahan sejak kenal dari tahun dua ribu lapan, sehinggalah sekarang. Orang yang betul-betul kenal aku, walaupun hati aku sembunyikan apa yang berlaku. Soalan dia petang tadi, membuatkan aku menghamburkan jawapan sambil tahan diri daripada keluar air mata. Jawapan dia akhirnya buat aku ketawa. Ah, kami memang suka menggila, dua sahabat yang sentiasa dekat.

Selepas aku pulang dari mengambil beg Deuter aku (nanti aku cerita tentang ini), mendapat panggilan telefon daripada seorang rakan. Ah, lihat namanya, sudah dapat diketahui maksud panggilan yang akan ku dengar nanti. Status menghibakan sudah aku baca sejak beberapa minggu dan aku berharap, kali terakhir aku baca adalah status yang menggembirakan. Entah, aku lupa.

Kawan : Kau dah balik rumah?
Aku : Dah. Mana tahu aku keluar?
Kawan : Baca Twitter kau.
Aku : Oh, baik. Kau sihat?
Kawan : Macam yang kau tahu.
Aku : Sudahlah, berhenti.
Kawan : Aku dah cuba, tapi aku tak boleh.
Aku : Boleh, kau boleh. Kau tak buat, sebab tu kau masih sakit dan sedih sendiri.
Kawan : Dah macam-macam aku buat, tapi setiap kali, aku yang terhiris, terluka dengan sikap dia.
Aku : Kau yang cari dia balik, sudahlah.
Kawan : Dia milik aku kau tahu?
Aku : Itu dulu. Sebelum dia balik pada wanita itu.
Kawan : Apa salah aku? Apa kurangnya aku?
Aku : (diam) 
Kawan : Apa istimewanya perempuan itu pada mata dia sampai dia sanggup mungkir semua janji dia pada aku? 
Aku : Sudahlah.
Kawan : Aku puas suruh diri aku tersenyum. Tapi aku tak boleh. Aku tak dapat nak senyum macam kau. Kenapa aku tak dapat nak ubah apa-apa?
Aku : Sebab apa kau tak boleh senyum? Sebab apa kau tak berubah? Sebab apa kau nak terus ingat dia?
Kawan : Kenapa? Kau tahu ke?
Aku : Sebab kau tak paksa hati kau ikut berubah. Kau biarkan masa berhenti pada saat kau gembira dengan dia. Kau tak nak tengok yang pahit langsung, kau nak terus hidup dalam kenangan bahagia. Mana boleh? Kau kena sedar realiti.
Kawan : Aku tak boleh paksa hati aku.
Aku : Boleh paksa. Kau kenal hati kau, kau lebih kenal diri kau.
Kawan : Aku tak kenal.
Aku : Kalau kau tak kenal, itu yang jadi masalah. Masalah yang kau cipta bila kau ada masalah baru. Sebab kau tak kenal diri sendiri, bagaimana kau nak biarkan hilang sunyi? Sakit dalam diri?
Kawan : Aku tak boleh.
Aku : Boleh.
Kawan : Aku rasa sakit sangat.
Aku : Jangan jadi gila. Kau boleh. Aku sentiasa ada untuk kau.
Kawan : (menangis) Aku rindu dia.
Aku : Sudahlah. Kau simpan sendiri rindu kau, sebab dia tak peduli.
Kawan : Kau tak rindu manusia yang kau pernah cinta Zara?
Aku : Pernah.
Kawan : Jadi kau faham apa aku rasa.
Aku : Faham, tapi aku tak pernah biarkan diri aku berhenti terlampau lama untuk ingat benda yang sudah tiada makna pada sesiapa.
Kawan : Kau kejam.
Aku : Siapa kejam? Aku?
Kawan : Ya.
Aku : Kenapa?
Kawan : Kau bunuh hati kau sendiri. Kau bunuh perasaan kau sendiri.
Aku : (ketawa) Kalau itu dapat memastikan aku terus hidup di dunia, aku tak bersalah.
Kawan : Aku nak juga.
Aku : Kau boleh kalau kau mahu.

[Gambar : Kalau kau boleh tengok hati yang cedera dan menyemburkan darah merah, pasti kau tidak akan tergamak mengguriskan sekeping hati]

Tak.
Aku akan duduk sahaja, dan lihat sama ada kau mahu berubah atau tidak. Tangisan itu, aku sudah tidak mampu untuk tahankan lagi. Biarlah anak itu menangis seorang diri, meratapi apa yang dia mahu sangat, tapi aku mahu dia bangkit esok sebagai manusia yang lebih kuat. Sudah-sudahlah aku mendengar anak sebaik itu menjerit mengatakan dunia macam palat. Ah, dia sendiri entah tahu atau tidak apa yang dilaungkan sekuat hati itu sampai penat.

Kawan.
Kau mungkin boleh cuba berhenti dari mengingati ini semua.
Benda ini tidak mungkin akan kau lupakan, mustahil kecuali kau hilang ingatan. Cuma, aku minta kau berhenti dari kerap berkhayalan dan memasang impian. Cukuplah.

[Gambar : Apakah kau mahu benda sebegini berlaku?]

Aku tahu kau tidak akan lupa dia.
Aku bahkan percaya, dalam usaha kita melupakan orang, sebenarnya kita sengaja mahu mengingati dia. Sebab itu aku lebih suka teruskan hidup seperti biasa, cuma tanpa kehadiran orang yang kita dah terbiasa. lama-lama kita akan lebih tabah dan tegar.

Kawan.
Aku cuma ada tiga pesanan.

Berhenti dari tengok gambar dia.
Dia sedang menghadap wanita lain kawan. Sudahlah melihat kenangan beku masa itu, kecuali kau ada mantera yang boleh bawa dia kembali. Eh, kalau ada, mari kongsi di sini.

Berhenti dari tunggu panggilan telefon atau SMS dari dia.
Bukan kau lagi yang jadi keutamaan sehingga dia sanggup meredah cuaca buruk demi melangsaikan bil telefon - agar perbualan tetap berlangsung.

Berhenti dari tunggu dia di laman sosial.
Dia tidak akan tunjukkan diri lagi.

Sudahlah kawan.
Janganlah menangis lagi.

Nota Kaki :
1. Beg air dan beg galas Deuter aku dah tiba petang tadi. Alhamdulillah dalam keadaan yang sungguh hebat (pada aku)
2. Kalau kau mahu hentam aku dari sudut agama dan tarbiyah, bolehkah kau tuliskan dengan nada yang baik dan penuh hemah? Bahkan aku dahulunya seorang naqibah usrah.
3. Pandangan jijik mata manusia sudah lama aku hadam diam. Kenapa kau masih resah?
4. Orang tanya apa guna kalendar di tepi blog ini - itu untuk arkib penulisan aku yang lama mengikut tarikh tertera. Pilih sahaja.

Zara : Mungkin akan menghilangkan diri lagi. Sudah terbiasa tiada orang yang cari dan tunggu kepulangan sampai satu tahap aku pernah tidak mahu kembali. Ha ha ha. Ketawa. Aku rasa geli hati.

47 comments:

juliam said...

pertamaxxx ! haha
kak zara peace.

-err, said...

if semua pesanan tu die dh ikot tp still tak dpt lupe jgk cner?

Mra Mastura said...

semua tu memang terletak pada kita pun.. memang susah. tp ianya akan susah kalau kite cakap..tp xbuat.. mra sendiri sedang cuba melawan perasaan ingat kt seseorang. tapi mmg la ade ingat, tp ikutlah. bzkan diri dan segalanya, lame2 xmcm dulu da skang.. :)

i hope ur fren boleh kuat lagi. wat mase sekarang, all she need is time, and trust herself. :)

like this n3~

Anonymous said...

memahami perasaan 'kawan' itu sebab pernah dan sedang mngalami situasi yg sama dgn nya...

S.A.K.I.T~

SHIMI said...

Hidup berlandaskan harapan. Harapan itu sebagai penyuluh jalan dan mengatur langkah seterusnya. Tanya sama hati, jika harapan itu tidak jelas

Rina AVAIL a.k.a cik betty said...

gambar² kali ni sumpah seram zara..

NurLailatul said...

Aku juga pernah diberi harap dan turut dikecewakan....mulanya kawan aku kata biarkan saja....lama-lama dia akan cari kita(konon tunjuk ego)..dan aku akan bertrima kasih kpd kwn aku itu kerana aku menjadi lebih kuat diperlakukan begitu....Oh!silap besar..aku lebih berterima kasih pada diri aku sendiri kerana memaksa diri terus menerus melupakan lelaki itu walau hari-hari bertemu...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@juliam

LOL!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nottasingleword

Sila baca dengan berhati2.
aku tak kata dia akan lupa.
aku cuma nak dia berhenti dari mengingati.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Mra Mastura

Yeah.
Busykan diri banyak membantu.

:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Anonymous

Yeah.
Sangat sakit.
Moga kamu dapat melaluinya juga~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@SHIMI

Moga dia jumpa pengakhirannya~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@Rina AVAIL a.k.a cik betty

ha ha ha.

Ye ke Kak?

Sorry~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@NurLailatul

Yeah~
Terima kasih kepada diri sendiri.
itu lebih baik~

najwa's said...

zara, pesanan tulus ikhlas kau sgt bermakna bg aku. :'( :'(

stop thinking of him! (-.-')

takky said...

melupakan sesuatu yg amat bermakna mmg seksa....
ianya memerlukan sokongan yg teramat kuat drpd org sekeliling dan persekitaran...
agar dia dpt lupakan detik2 yg bermakna itu...

saya berdoa & berharap agar dia mampu tempuhinya....
tapi satu saya pinta & harap....
bila dia sudah melupakannya...
jgnlah biar org tersebut muncul kembali dlm hidup dia....
takut perkara yg tidak diingini berlaku nanti...

sufi said...

mmm...ada sesuatu perasaan yang tidak dapat dirungkaikan.Apa dia yea?....^_^

Cik Bayan said...

ambil masa zara....jangan paksa kawan itu....ini semua masa punya kerja disamping kekuatan hati kawan itu...saya pernah mengalami...owh,salah baru saja mengalami....mmg sakit....tabah yee kawan...sbb ini semua dugaan..ALLAH takan menguji sesorang tuh kalau org tuh tak mampu nak lalui...ALLAH tahu kekuatan hambanya....

buat kawan : kadang2 bile kite jatuh,kite selalu salahkan masa..tp kita tak pernah sedar,yg masa lah banyak membantu kita....mungkin skang awak salahkan masa..tp 1 fine day,awak akan berterima kasih dekat masa....

anith said...

sep sep,
pengguna deuter jugak!!!

nur aisya humaira said...

Assalam Zara..
waa,sgt perit melalui keadaan sukar itu!!
kuat & tabah, mengiringi perjalanan utk jdi makin kuat..:)
masa akan mengubat segala kepahitan..:)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@najwa's

Be strong my dear.
Be strong~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@takky

Yeah.
Itu yang terbaik bukan?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@sufi

aaaa..
apa dia?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@bayan cyber

Tak.
Bukan nak paksa dia.
cuma, tak nak dia terus seksa diri dia lagi.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@anith

Hoyeah!
Hoyeah!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

@nur aisya humaira

Moga2~
Kan?

Awak juga tabah.
:)

cik ciput said...

cakap pada kawan kamu...

lelaki itu mungkir janji yang pernah dia taburkan pada masa lalu, kerana itu hanya janji..kata-kata indah, hanya semata-mata untuk membahagiakan hat ktika itu.dan kini, semua itu tinggal tiada makna lagi..the loss is in his side, dan kehilangan ini akan mengajar kita erti ketabahan yang langsung kita tidak duga akan peroleh..

**suka template lama sebab lebih simple..dan dah terjumpa ramai yang guna template ni..hehe..tp xpe,yg penting isinya.. =)

~fais~ said...

nk ngs bace entry nie..

Unknown said...

awk wanita kuat :)

suffer8zine said...

pape pun kene hadapi dengan cool

Terkini : Jual Aiskrim Susu Badan?

fira said...

alahai, senang jek tuh, ckp ngn kawan tuh, g cari kawan lain baru, g happy-happy dgn org lain, w/pon susah, lama-lama mesti oke..

xbermaksud cari kawan baru tuh cari bf baru, kawan kn ramai, chill!

Orkid Edyliyne said...

penat dan semakin penat... itu yang OE rasa sekarang...
baca entry kak Zara, OE rasa, OE pun nak keluar dari dunia yang OE pernah cipta...
tapi... OE sendiri tak tahu macam mana...
(entah... OE nangis sendiri)

Admin said...

semua brgantung pada kita,
jgn anggap diri terlalu lemah..

rAtu saLju™ said...

jalan2 sni...lalalal~

syanabel said...

memang susah nak lupa selagi belum jumpa yang lain..percaya lah

oreo oreo said...

like this entry a lot lot lot kak zaraaa! dekat di hati dan dekat di perut jugak!

bukan senang nak lupekan sesorang. yet membusykan diri adelah yang terbaik bukan!

so bgtahu kawan kak zara, suruh kuat kuat kuat way way better dari encik hulk. bagitahu die jugak saye doakan yang terbaik untuk die supaye hati die kuat kuat selalu okay!


much love,
me =]

mamafarhan said...

zara..

terlalu sakit bila dikecewakan... ada yg berkata... kita hanya perlu sesaat utk mengenal seseorang, hanya satu minit utk sayang, hanya satu hari utk jatuh cinta... namum kita perlukan sepanjang hidup utk melupakan seseorang...

semua ini terletak pada hati... kalu kita kuat.. InsyaALLAH kita akan berjaya... teruskan hidup dengan hati yang tabah...

amka said...

kalau ingin berubah daripada mengingati kepada tidak mengingati kita pelu didik hati dan fikiran kita untuk berubah tidak mengingati segala kenangan tentang si dia..insyaallah kita akan menerima hakikat si dia mungkin bukan pasangan kita yang terbaik..

Didyajustsaytht said...

saya suka eni enteri. terima kasih.

good luck kawan tadi tu.

bawak2lah buka hati untuk orang lain. moga2 boleh lupa dia tu.

Anonymous said...

kenangan itu tak seharusnya dibuang,hanya sekadar mengingati..
jadikan teladan untuk hari-hari di hadapan..

shamsulbadari said...

to the writer,
thousand of thanks
katakata awak, banyak membantu saya untuk lebih kuat untuk lupekan kisah lame .
saya kagum dengan awak .

qaseh said...

kak zara:

pesanan akak wat saya nangis.saya harap sy kuat tapi sygnya,sy tak.dah setahun,air mata tak pernah kering sikit pun.pathetic kan?

Unknown said...

siyesly..nice entry!sadis dan terharu...nasib tak ter-nanges xP

moga kwn kamu makin kuat!

srina amilia said...

mesti banyak dapat komen negatif kan...
tak tahu kenapa sesetengahnya suka meluahkan kebencian....simpan sendiri kemudian muhasabah diri....
bukankah lebih berbudi pekerti?
kalau benci kenapa mesti terus membaca....tambah sakit di hati...tambah dosa meninggi...

Unknown said...

cinta buta

Anonymous said...

terkedu baca pesanan kak zara,itu lah benda yang sye wat sekarang..
insyaALLAH sy akan ikut pesanan kak zara..
doakan saye.
:')
(dea)

Anonymous said...

perbualan yang sama dengan beberapa orang rakan karib dan sepupu terdekat. sakit sangat.kita try untuk lupa.tapi semua bergantung kepada diri kita sendiri.sama ada kita nak lupa atau teruskan mengingati membina angan - angan yang tak pasti. sakit sangat sakit mengingatti orang yang pernah kita cintai sepenuh jiwa. tapi bukan milik kita lagi.

sebelum baca entri ni.da btekad untuk tidak mengingati lagi.entri ni memberi kekuatan tambahan. senyum.
bagus sangat 3 pesanan tu.