Friday, December 10, 2010

Lagu Dan Perasaan : Adakah Dengan Lagu Kita Boleh Menilai Perasaan Orang Pada Kita?


Ketawa.
Semalam ada orang tanya adakah aku homoseksual hanya disebabkan aku dengar lagu daripada t.A.T.u. Aku dapat soalan ini di Borang Anjal (baca : Formspring).
Main suka hati mahu kata begitu pada aku kan?
Jawapan aku mudah sahaja.

Kalau dengar lagu t.A.T.u. aku adalah homoseksual, bagaimana kalau aku dengar lagu Adam Lambert dan sebagainya? Mudah betul orang menilai begitu kan?
Ketawa.

Senyum.
Maaf, aku tidak menulis langsung semalam. Badan yang keletihan serta banyak berbual dengan si dia (batuk-batuk perlahan sambil tersenyum) membuatkan aku langsung tidak dapat menulis apa-apa. Dalam erti kata yang mudah, sebenarnya aku makan ubat demam dan selsema (dan seterusnya tertidur - kan lebih baik tulis begini bukan?)

[Gambar : Sejak kebelakangan ini banyak menulis frasa ini dalam cara berbeza dan bahasa berbeza tapi masih membawa maksud yang sama]

Ada sesetengah daripada kita di luar sana (termasuk aku) mungkin manusia yang sukar meluahkan dengan kata-kata ataupun lebih banyak berkias. Ah, ego setinggi langit dan dinding tebal yang aku bina sukar untuk memulakan hubungan baru. Lebih banyak kekal dan menghargai mereka yang lebih kenal siapa aku dari membuka ruang untuk yang lain (macamlah ada orang mahu kan?).

Jadi, antara cara orang menyentuh hati aku (berdehem perlahan) adalah dengan melalui lagu. Memberitahu niat dan maksud secara tersirat juga dengan harapan aku faham dengan apa yang cuba disampaikan. Tapi ada juga orang yang menyanyikan lagu hanya kerana bosan dan sebagainya (ini tidak boleh dikira walaupun mungkin tersentuh hati). Senyum.

Baiklah.
Mari senaraikan lagu apa yang sejak kebelakangan ini memenuhi ruang kamar sempit tetapi membahagiakan ini.
  • Bruno Mars - Just The Way You Are
  • Lady Antebellum - Need You Now
  • Jason Derulo - Ridin' Solo
  • Auburn - Perfect Two
  • Jason Mraz & Colbie Caillat - Lucky
 [Gambar : Oh, jangan tanya kenapa lagu-lagu itu memenuhi kamar aku saat ini]

Macam aku katakan tadi, pelbagai orang menggunakan lagu atau muzik untuk menunjukkan perasaan mereka. Seni tidak dicabuli dengan cara begini, bahkan lebih dikembangkan walaupun penggunaannya sudah mula disalahgunakan.

Kegunaan Lagu.
  • Luahan Cinta : Ada orang menggunakan lagu atau muzik untuk menyampaikan rasa cinta mereka. Mungkin mereka tidak mampu menyatakan secara jelas apa yang cuma diluahkan dan lagu yang sesuai dipilih agar jejaka atau gadis itu mengerti. Sebagai contoh :
 Jejaka : Awak dah dengar lagu yang saya beri tadi?
Gadis : Lagu yang tadi? Dah.
Jejaka : Awak faham apa yang saya cuba sampaikan?
Gadis : Mungkin, tapi boleh awak jelaskan?
Jejaka : Kalau awak hayati betul-betul...
Gadis : Saya mengerti, cuma untuk kepastiaan, saya tak boleh buat andaian sendiri
Jejaka : Awak rasa apa?

(Cerita seterusnya tidak dapat disambung. Terima kasih)
  • Hambur Benci - Marah : Ramai juga yang menggunakan lagu dan muzik sebagai tempat atau medium melepaskan kemarahan dan sakit hati. Disampaikan secara terang-terangan ataupun secara sinikal dan sarkastik (kalau aku lebih suka yang makan dalam kerana itu lebih mengasyikkan). 
  • Perkongsian : Ada orang sekadar suka berkongsi lagu-lagu tersebut dan berkongsi dengan kawan-kawan. Eh, benda baik harus dikongsi bersama kan? Ini Busuk selalu bagi pada aku untuk memberikan aku semangat dan sebagainya. Sebagai rekod, Busuk yang memperkenalkan aku kepada A7X dua tahun lepas.
Busuk : Kau pernah dengar lagu A7X?
Aku : Apa benda tu?
Busuk : Avenged Sevenfold. Kau Google. Jangan dengar lagu Jepun dan Korea sahaja.
Aku : Baik!
Busuk : Aku hantar kau lagu yang sesuai dengan kau.
Aku : Baik.

(Lagu-lagu dihantar guna Skype)
  • Penggera Bangun Tidur [Tambahan] : Ya, setiap pagi aku dikejut oleh nyanyian lelaki kacak dari Korea untuk bangun ke sekolah dan sebagainya. Lagu itu dinyanyikan oleh lelaki tersebut untuk mengejutkan kekasihnya di dalam drama bersiri yang aku suka.
 [Gambar : Encik Pengguna Canon sejati, sila bangun bila ada orang yang gigih kejut. Terima kasih]

Banyak sebenarnya yang dapat dikongsikan dengan lagu sebenarnya. Sebagai contoh, kawan aku menyanyikan lagu Maher Zains (For The Rest of My Life) untuk isterinya di majlis perkahwinan mereka. Kalau aku, mestilah aku akan menangis terharu walaupun segala nota muzik beliau agak lari (Maaf kawan, aku beri contoh sahaja, yang penting isteri kau gembira dan menangis - walaupun aku tak faham erti tangisan dia)

Selingan.
Perasaan manusia adalah sesuatu yang agak kompleks. Sukar untuk ditafsir dan dimengertikan walaupun ternyata kalau kita mahukan keindahannya, kita akan jumpa juga. Aku mungkin bukan yang terbaik untuk menyatakan perkara sebegini, tetapi aku pasti bahawa seteguh mana karang, ia pasti akan terhakis juga dalam suatu jangka masa.

Senyum.
Hati aku mula buat perangai sejak kebelakangan ini.
Terselit rasa cemburu yang entah dari mana merasuk semalam. Aduhai hati, kenapa berubah sebegini rupa? 

Nota Kaki :
1. Sesiapa yang mahu aku menulis tentang Melaka Wonderlands, nanti aku tulis. Gambar boleh dilihat di Mukabuku aku.
2. Ada orang kecil hati dengan aku. Kawan, bukan aku tidak mahu beritahu.
3. Jadual waktu tidur aku masih tidak betul. Ada sesiapa boleh tolong?
4. Mulut kejang sebab senyum.

Zara : Semakin kenal apa yang hati aku mahukan. Ini bukan masa untuk bermain macam anak kecil yang baru kenal dunia. Ini waktu untuk tunjukkan kesungguhan dalam mencapai impian dan cita-cita.

13 comments:

hans said...

amboi
dengar lagu pun kena tuduh homo?
gila itu worang
hohohoho

P/S : Blog Gua Kena Tegur Oleh Blogger! Gua Cuak!

Paan Ovrtd said...

Neil Sedaka - You Mean Everything To Me

Azlan & The Typewriter feat AG - Jeritan Batinku

4 Minute - I My Me Mine

S.M Salim feat Zainal Abidin - Satu

Winds of Plague - The Impaler

Adam said...

Lagu, kadang2 ruang manusia melepaskan rasa. :)

Anonymous said...

oit dengar aschental. download kat jamendo.com. free full album. seriously best walaupun ko takkan paham lyric dia.

♥ Norule Feruz Khalid ♥ said...

dear lagu sumtime mengambar an perasaan org..hehe

Lyla Ibrahim said...

as the saying goes...
don't judge a book by it's cover...
don't judge a person by the songs they love...

joe flizzow n kartel - who do it better

far east movement ft the cataracs n dev - like a g6

kesha - take it off

adam lambert - for your entertainment

in team - segenggam tabah

piNky LuCiA said...

aku tak suka dengar lagu. bising. haha

Neyra Shazeyra said...

aku dan kongkang aku suka dengar lagu sama2. share semua lagu faveret kami. sbb kdg2 lagu2 tu express feeling kami (kami pemalu nak express apa2( hahahaha. aku suggest kau dgr lagu RINDU SETENGAH MATI - D'MASIV

Ronaldmohoni said...

Dengar lagu tu, tak semestinya homo.

- abdul hadi abdul muti - said...

dengar lagu nasyid tak semestinye orang tu alim warak.huhu.

PuanPepel said...

layan yang mana sedap didengar..

tp kadang2..berkait rapat dgn personal life...

kalau putus cinta : haruslah lagu nk syahdu kan

kalau tgh bhgia... : lagu pun lebih gumbira lalala~

tp..ada sesetgh lagu..mmg menusuk jiwa... macam lagu muhasabah cinta... layan tak jemu kot..

SyAfaWaNi ♥‿♥ said...

sesetengah org bukan jenis outspoken..jadi lagu digunakan utk menggambarkan perasaan masing2..

*mungkin=)

takky said...

kump penyanyi lagu dlm list saye sekarang ini...
1. KAT-TUN.
2. Arashi
3. NEWS
4. FT Islands...
(mcm mane boleh tersesat group korea nie??)