Wednesday, April 21, 2010

Saya Sayang Awak, Awak Sayang Saya. Saya Raba Awak, Awak Raba Saya. - Lain Macam Pula Bunyinya.


Salam semua.
Apa khabar kalian yang ku cinta?
Aku sedang dalam proses akhir meneliti karya.
Ah, karya picisan yang selalu dihina.
Eh, aku redha.

Aku paling geram bila pelajar aku mengantuk di dalam kelas.
Sungguh, memang bikin hati aku panas.
Sudahlah cuaca berlengas.
Penat aku suruh cuci muka di tandas.
Tiada perubahan akibat bersarapan nasi lemak yang pedas.
Memang satu-satu aku berikan teriakan berdas.
Dengan niat untuk buat mereka cergas.
Biar otaknya cerdas.

Dan bila aku kegeraman, mereka harus melakukan aktiviti ceria.
Ya, menari atau apa-apa sahaja yang buat mata terbuka.
Dengan menyuntik sedikit pop gembira.
Ya, hati bahagia.
Maka, aktiviti yang disukai sekarang ini oleh Cikgu Zara.
Memperkenalkan ini senjata.

http://www.global-lab.org/mt/BBFall07/shouldermassage.jpg
Sudah tentu aku asingkan lelaki dan perempuan dalam aktiviti ini.

Dalam kelas Pendidikan Jasmani, Sains dan juga Sejarah.
Ini lagu yang bergema menghapuskan mata merah.
Eh, kata Cikgu Yuna, oh, sila jangan muntah.

Saya sayang awak, awak sayang saya.
Saya picit awak, awak picit saya.
Saya sayang awak, awak sayang saya.
Saya urut awak, awak urut saya.

Ada pelajar yang tidak tahan geli bila disentuh di bahu.
Maka ada yang menjerit-jerit kegeliaan sambil ketawa ketuk pintu.
Mengeliat-ngeliat sambil jerit nama aku.
Cikgu, cikgu, cikgu!

Pelajar A : Cikgu, kawan saya raba saya.
Pelajar B : Saya urut picit bahu dia dari luar tudung sahaja cikgu.
Aku : Awak boleh guna perkataan lain tak A? Saya lempang nanti.
Pelajar A : Cikgu, saya geli. Boleh saya urut diri sendiri?
Aku : Ikut suka hati awak.

Aku ketawa.
Lima minit masa yang berharga.
Bila aku mula buat aktiviti yang menyegarkan ini, tumpuan mereka kembali semula.
Tidak kira pagi atau tengah hari buta.
Alhamdulillah, aku dapat teruskan mencurah ilmu buat mereka.

Nota kaki :
1. Hal peminangan sudah diputuskan - tidak akan meminang si jejaka.
2. Sesi meluahkan perasaan dan hati telah dibuat secara terbuka.
3. Si jejaka hanya ketawa mesra dan menyatakan hubungan terbina hanya teman mesra.
4. Si gadis hanya ketawa ceria.
5. Apa yang dihajatkan sudah diluahkan walaupun hasilnya seperti celaka.
6. Cantikkan kisah dunia?
7. Kelihatan seperti sebuah plot ceritera cinta.
8. Tidak merujuk sesiapa.
9. Melarik hari dendangan jiwa.

Zara : Sedang berusaha gigih untuk menyiapkan ceritera Legasi Cinta Alisia yang menyadurkan bahasa yang disusun menggambarkan jiwa seorang pencinta. Ada yang mencari wajah kesayangan walaupun hakikatnya pembunuhan jiwa tidak akan pernah berhenti hingga tercabut nyawa. Terima kasih buat yang menitiskan air mata.

16 comments:

Bro Framestone said...

meh bro rabe sorg2 nak huhuhu.. tp laki la.. terutama kat tengkuk.. sure sorg2 meremang n xleh nk tido dah he..23x

BroFramestone Blog

TMUkmkd said...

garang tol gurunya berlempang lempangan!

Hazzy Ishak said...

bahaya kes raba meraba ni cikgu zara

The Story Teller said...

Cikgu, maaf cikgu

Saya alergic Cikgu, kalau orang pompuan urut bahu pun, saya mesti rasa nak buang air kecil. Cikgu nak lempang ke, tampar ke, suka hati cikgulah...saya minta maaf Cikgu.

ha ha ha

EISENHOUR said...

nota kaki kau tu bt aku terkesima.

wanita mutalib said...

seronoknya kalu dapat duduk dalam kelas cikgu zara :p

HEMY said...

aku nk ko jadi cikgu aku gak...nk urut picit bahu..yeahh

Menderas said...

Hmm, cikgu yang kreatif, pelajar yang urut diri sendiri tu pemalu agaknya.

Unknown said...

Cik Zara...tiba2 kak anna teringat kesah dedulu kecik2..masa sekolah rendah..

Selalu ngadu kat cikgu..
"cikgu...dia tak bagi raba (pemadam) dia"
cikgu mesti senyum pastu jawab "awak bagi aje raba awak"

hehehe...kecik2 tak faham nape cikgu senyum..

attyfir said...

cikgu zara the best teacher..ekekekek

Ayako A. said...

penah jd mcm ni jugak..
cikgu selalu suruh picit bahu kawan. ah, kenangan !

Hizami Li said...

ya.
betol.
nak elak drpd mengantok.
itu antara xtvt yg selalu djalankan.
hohO~

farhana said...

Muahaha...tulah dia salah satu risiko cikgu..
kna kreatif so that murid xngantuk hehe

Ohhh..nota kaki 2 mcm best..
kena belek entry lama nih =P

kz said...

dulu dalam kelas sejarah, kalau tido, cikgu baling marker pen tuh 'tup!' bunyi kene kepala. terus segar!

nasib cikgu zara ni baik.=)

FTN said...

cikgu cikgu..saya mintak raba dia je, tapi budak ni pegi raba saya pula..

camne ni cikgu? tolong tampar dia..


*lain kali cakap la pemadam! bukan raba (rubber)..adoi!

zahidah dihaz said...

dulu ada jugak cikgu yang suka buat macam tu. suruh tolong picit bahu kawan =P