Friday, April 16, 2010

Saraf Sandaran Jiwa - Coretan Kalam Seorang Saudara Buat Saudara.


Salam semua.
Terima kasih atas teguran yang kalian titipkan buat aku.
Aku menerima dengan hati terbuka dan sudah aku tukar dengan yang lain.
Maaf buat mereka yang mengagau mahukan Legasi Cinta Alisia Bab 12.
Aku tiada kekuatan saat ini.
Maaf.

Aku duduk sendirian sambil menulis.
Teringat seorang saudara yang ku kasihi.
Seorang saudara penulis yang dirindui.
Ukhuwah yang terjalin sudah sebati dalam diri.
Maka, demi kasih seorang saudara kepada saudara, lahirlah ini.
Coretan kalam, sebuah puisi.

Saraf Sandaran Jiwa - Dari Saudara Buat Saudara

Saat paradigma mula bergoyang.
Aku mahu kau tahu yang kau pasti tinggalkan bayang.
Tidak, tiada istilah bergetanyang.
Sebab kau sentiasa datang.
Kalau tidak pagi, pasti muncul petang.

Hadirmu membawa sesuatu yang menyinari.
Tabahnya hatimu merelung kaki.
Kekuatanmu sandaran sekeping hati.
Hati dan semangat yang tidak akan mati.

Senyum seindah mutiara pagi.
Jeliran lidah tanda lahirnya naluri.
Tidak, ia sesuatu yang pasti.
Senyumlah wahai manusia Husaini.

Dari banjaran Gunung Ledang ke negeri Serambi Mekah.
Tapak tangan menadah darah merah.
Aku tahu itu bukan tanda kau mengalah.
Cinta hati sentiasa mekar menyerlah.
Demi kau yang pasti tidak akan lemah.
Demi kau yang tidak akan tunduk kalah.
Tidak, kau bukan lemah.

Titipan doa setiap fardhu lima waktu.
Sentapan kalam dalam nafas setiap tundukan dagu.
Iringan nyamannya bacaan kitab terakhir buat dirimu.
Moga kasihku mendamaikan hatimu, sedingin salju.
Menyamankan, bukan untuk membeku.
Untuk kamu, Insomia Yang Bisu.

Salam sayang buat kamu Safwan Husaini.
Aku menelusuri setiap nota yang kamu titipi.
Bukan aku tidak mahu meninggalkan jejak, tulisan hati.
Cuma, aku mahu menulis sendiri.

Kalau sabdaku tidak seindah anjakan ukhuwah.
Aku pohon agar engkau redha dan tersenyum megah.
Aku menulis di celahan bahan kimia yang memakan saraf merah.
Muka aku tarikan senyuman ceria, sandaran kau yang jelirkan lidah.

Shafaza Zara Syed Yusof
Meja guru SMKTSL
9.22 pagi

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs467.snc3/25627_10150168854410543_885375542_12004187_7514260_n.jpg

Nota : Maaf, ia puisi picisan. Dari hati seorang saudara, kepada seorang saudara yang dia kasihi sepenuh jiwa. Takdir tidak mampu menceraikan ikatan hati yang sudah tersimpul rapi. Kamu adik yang baik, adik yang sentiasa menggembirakan hati seorang kakak yang beku.

Zara : Doakan sahaja aku mampu menyiapkan Legasi Cinta Alisia buat tatapan kalian petang ini. Doakan aku diberikan kekuatan untuk jadi lebih tabah dan menelusuri kehidupan dengan sempurna.

2 comments:

Aidi-Safuan said...

owh zara! rindu sama kamu. hoho...
laptop baru format. abes semua link simpan kat my doc. hehe

azieazah said...

Baju batik? Pic semalam ker itu? Khamis...

Salam Jumaat ZARA...