Salam semua.
Apa khabar kalian yang ku cinta?
Sihat diharapkannya.
Pagi tadi singgah di setesen minyak sebentar.
Oh, sejak aku menjadi pemandu kedua, keperluan minyak perlu aku gandar.
Ah, mana boleh hanya duduk tersandar?
Kelakar.
Pagi tadi menyaksikan darah terbakar di pagi hari.
Aduhai, belum bertemu dengan pelajar lagi.
Memang merosakkan perasaan yang sedang susah hati.
Rusuh jiwa, berguling mencari matahari.
Enak aku mahu mengisi minyak setelah membayar sejumlah harga.
Tiba-tiba ada berlaku perkara yang tidak disuka.
Benci sungguh bila kemarahan diduga.
Kesabaran aku cetek wahai manusia.
Ada seorang pakcik enak memakir kereta di bahagian sebelah.
Mula-mula aku tidak ambil endah.
Aku mengangkat muka bila hidung terasa resah.
Ah, orang disebelah, apa yang kamu sentilkan dicelah bibir yang tidak lagi merah?
Aku jujurnya tidak benci manusia yang merokok segala.
Asalkan yang merokok itu pandai menghormati suasana.
Kalau begitu cara kamu mahu membunuh kita bersama.
Aku sungguh benci dengan telatah yang bakal membawa bencana.
Ya, kamu boleh kata, mana akan terjadi.
Tetapi lipatan sejarah sudah terbukti.
Ada kejadian yang tidak diingini.
Sila menjauh pergi.
Jauh dari sini.
Nota kaki :
1. Benci dengan diri sendiri yang hanya mampu mendongkol dalam diam.
2. Malam tadi ada manusia yang buat aku geram.
3. Aku tidak mahu bercakap dengan kau lagi, aku hanya mahu diam.
4. Kau bunuh perasaan aku yang kini sudah padam.
Zara : Kamu buat aku sakit sendirian dan menikmati kecelakaan perasaan ini memakan dalam senyap. Tiada sekelumit benci yang mampu aku hamburkan setiap kali kelibat kamu muncul di hadapan mata kerana aku lebih rela membiarkan ia membunuh diri sendiri.
5 comments:
xelok marah dalam diam..
luahkan apa yg terpendam..
sabarlah selagi boleh sabar.. tegurlah selagi boleh ditegur..
cik zara,
i'm agreed.
setuju.
tak suka org yg merokok merata2 tempat dan tak kisah siapa ada kat situ.
please respect org lain yg mungkin tidak boleh kena bau rokok.
duh~
sabar ye cik zara~
kadang org mcm tu ..pk diri sendrii .tak pedulik orang lain .isap rokok kat petrol pam..tak pk bahaya
tak kan dah tua2 tak paham bahasa ek! pelik plak kan.
tak suka dengan perokok yang tak menghormati orang lain =(
Post a Comment