Friday, April 23, 2010

Mama Salah. Ini Bukan Makcik, Tapi Kakak Sebab Dia Muda - Budak Kecil Memang Jujur Kan Tasha?


Salam semua pencinta Dunia Sebelah Zara.
Apa khabar kalian yang aku rindui sentiasa?
InsyaALLAH aku doakan kalian dalam keadaan dalam keadaan sihat sejahtera.

Usai pulang dari sekolah tadi, aku terserempak dengan seorang kenalan lama.
Dia bersama dengan anak kecilnya yang berumur empat tahun.
Comel kanak-kanak itu.
Namanya Tasha.
Pemalu pun ya.

Kawan : Sayang, salam cikgu ini.
Tasha : (menyorok belakang Mama dia)
Kawan : Tasha, salam Makcik Zara ni.
Tasha : Mama salah lah.
Kawan : Salah apa?
Tasha : Ni bukan makcik, tapi kakak. 
Kawan : Ya, Mama salah. Nak panggil Kak Zara ya?
Tasha : Ya, sebab kakak muda.

Tiba-tiba rasa bangga meluap-luap pula.
Dan aku hanya tersenyum mesra.
Sambil mengusap lembut kepala anak kecil yang memakai baju biru muda.
Pujian kanak-kanak itu telus kan pembaca?
Ketawa.


Rasa terlalu gembira hingga mahu buat tekan tubi seratus kali.
*pitam*

Pasti ada yang tertanya mengapa penulisan ini terlampau santai dan bersahaja.
Jawapannya mudah untuk dinyata.
Aku baru bangun dari tidur petang setelah semalaman berjaga.
Sementelahan, aku menggarap plot Bab 15 Legasi Cinta Alisia sampai tertidur di hadapan bayi tercinta.
Ah, dan ada sekeping gambar terlekat di muka.
Senyum, itu rahsia.

Nota kaki :
1. Melihat kegembiraan seseorang buat aku tumpang bahagia.
2. Punya teman yang memahami buat senyuman itu masih bersisa.
3. Tautan tangan dua watak novel bikin aku ketawa.
4. Sedang melepaskan imaginasi liar mengembara.

Zara : Mendengarkan lagu di blog sendiri membuatkan aku tersenyum sendirian mengingatkan betapa dulu aku pernah menghafal lagu itu beserta maksudnya untuk didendangkan dalam satu persembahan perkongsian jiwa dengan teman-teman sekepala.

3 comments:

wanita mutalib said...

owh sudah ada peneman ya kamu heeee.. :)

Munsyi said...

(^_^)

zahidah dihaz said...

lama tak buat tekan tubi =P