Salam hujung minggu semua.
Malangnya aku tidak dapat menghadiri majlis untuk semua penulis blog yang terpilih.
Sedih juga rasa di hati.
Tapi seperti yang dinyatakan oleh teman aku pagi tadi - aku hanya tersenyum.
"Bagus betul bonda. Kalau acara begitu memang ada campur-campur. Lain kali sahaja pergi Zara. Pergi dengan aku, aku akan jaga. Mesti bonda terus bagi"
Tersenyum simpul aku membaca pesanan di Twitter itu.
Alahai, indahnya tulisan kamu wahai teman.
Tunggu kamu habis belajar, aku masuk meminang. Boleh?
Senyum.
15 April 2010
Pasukan nasyid perempuan rumah Laksamana mendapat johan.
Ya, tahniah buat mereka walaupun aku tidak berkesempatan membimbing sepenuhnya akibat mengikuti kursus asas kejurulatihan (eh, bila aku nak menulis tentang kursus ni?)
Semalam aku seperti biasa.
Kembali mengganas kalau hajat aku di dalam kelas tidak dipenuhi oleh mereka.
Sudah hampir dua minggu aku titipkan tugasan, tapi hasilnya, hampa.
Rotan tebal sudah aku tayangkan walaupun menyebat tidak akan pernah aku cara.
Usai mengganas dalam suku masa pertama, aku kembali beraksi mesra.
Tidak, tiada istilah manja.
Pelajar : Cikgu, cikgu kan pakai tudung macam Yuna.
Aku : Ya ke?
Pelajar : Kenapa cikgu tak mahu bersolek macam Yuna?
Aku : Awak ingat saya pergi buat konsert ke?
Pelajar : (tersengih)
Pelajar lelaki tingkatan satu.
Pandai sahaja mahu mengusik aku.
Sudah terang-terangan aku enggan dipanggil dengan nama tengah, dia masih kepala batu.
Orang lain panggil Cikgu Zahrah, dia tetap panggil Cikgu Fatimah, ah, memang mahu diluku.
Diam, membisu.
Nota kaki :
1. Sedang berkira-kira mahu memulakan tulisan Bab 13.
2. Mengumpul wang untuk membeli kereta, bukan meminang jejaka.
3. Eh, salahkah kalau pergi meminang lelaki?
4. Hari ini sudah berbasikal sejauh 7.4km dalam masa 20 minit. Gembira!
Zara : Hati sedang diulit rasa gembira dan bahagia dengan kehadiran seseorang bernama seakan sahabat Rasulullah dalam lipatan kamus hidup aku yang kelam ini. Tersenyum walaupun aku tidak dapat menebak sejauh mana persahabatan ini bakal terjalin antara kami berdua.
Legasi Cinta Alisia - Eksklusif di Aksara Keraian.
13 comments:
biasalah cikgu..
budak2 suka mengusik
biasalah cikgu..
budak2 suka mengusik
tu dia...sengih sampai ke telinga dapat hamper...muehehehe :)
ye laa... memang ade gaya yuna la skit2....
zaman skang ....memang takde masalah pompuan approach laki.... go2x....
semoga cepat dapat beli kereta idaman tue....
Sponsor ak abes blajar dulu ya..hehe
dah abis ke belasah hamper tu hihi..
apa salahnya cikgu zara bsolek mcm yuna...hehe... x buat konsert pun xpe..
bersolek, tak salah. asalkan kena pada tempatnya. macam yuna, yana, yina...sesape jelah!
tp always be yourself, dik:)
yuna + zara = yura
comelnye die :),
cikgu mmg menjadi perhatian murid
Post a Comment