Tuesday, April 27, 2010

Blog Wanita Lebih Suka Diserang Berbanding Blog Lelaki. Mengapa Agaknya Ya?


Salam semua.
Sebelum aku mahu mengatur bicara, aku minta maaf disebabkan aku terpaksa meletakkan penapisan di ruangan komen. Tidak pernah aku buat begitu walaupun telah menulis blog secara rasmi kira-kira dua tahun. Ini kali pertama dan aku sejujurnya sudah malas melayan manusia tanpa nama yang punya terlampau banyak masa hingga boleh mencerca sana sini. pandangan peribadi aku selitkan di sini sebagai meluahkan apa yang aku lalui.

Persoalan di atas kerap bermain di fikiran aku sebelum ini.
Walaupun aku ketawa dengan sikap mereka-mereka yang menyerang sesuka hati seperti membuang najis di mana sahaja disukai, ada juga terselit rasa kasihan bila mengenangkan betapa mereka punya waktu untuk menelaah setiap inci blog aku semata-mata untuk menghentam kembali. Pelik bila lihat ada manusia yang begitu lapang harinya.

Aku punya ramai teman yang menulis blog.
Terlampau ramai yang aku kenali sejak aku menjadikan ia sebagai satu terapi yang paling berkesan setakat ini. Aku punya kehidupan yang baik dan menyalurkan di tempat yang aku rasa aku mampu menjadi diri aku. Penulisan dan dunia sastera adalah makanan senggang aku dalam usia menginjak dewasa. Tidak mengapa apa jenisnya, aku gemar membaca. Rakan-rakan yang aku kenali kebanyakannya menulis secara suka-suka dan kalau mereka itu wanita, pasti ada sahaja coretan menghina dan selalunya tanpa nama dan pengenalan diri. Kalau lelaki, jarang sekali mahu mendengar dikutuk, dihina atau dimaki.

Serangan peribadi.
Menelusuri apa yang aku lalui sepanjang waktu ini, kebanyakkan hinaan adalah berbentuk serangan secara peribadi. Sebagai contoh, ada manusia-manusia tanpa nama (atau meletakkan nama palsu helah semata) menyerang aku - bukan tulisan aku, sampai aku tertanya-tanya, apa istimewanya aku ini hingga mahu dijadikan bahan dicerca? Gila tiada kerjakah anda? Dan manusia begini pasti akan kembali untuk melihat apa yang jadi pada najis yang dilepaskan.


Cara memakai tudung yang tidak cantik.
Cermin mata yang hodoh.
Pekerjaan yang hina dan membosankan.
Karya novel seperti sampah.
Penulisan mengarut dan merapu entah apa-apa.
Berbadan gemuk, gempal dan tidak menarik. 
Ada halaman peminat, apa fikir diri artis?
Wajah yang hodoh dan tidak layak hidup sebagai seorang manusia.

Itu antara yang aku biasa terima di ruangan komen aku sebelum ini. Sungguh memang aku ketawa seorang diri bila mengenangkan betapa ada mata yang memerhati setiap apa yang aku lakukan dan entah bagaimana menyimpan perasaan yang bukan-bukan lalu meluahkan sedemikian. Kalau aku seorang penulis hebat, mungkin kamu boleh lakukan sedemikian. Tetapi aku ini hanya manusia yang biasa-biasa sahaja. Hidup juga terlampau biasa hingga aku tidak mengerti kenapa ada orang yang punya perasaan begini.

Pembinaan Jati Diri.
Aku menganggap apa yang dilalui adalah asam garam kehidupan di dalam dunia yang penuh cabaran. Sudah biasa dihentam oleh manusia yang tidak dikenali, aku semakin tabah berhadapan dengan realiti. Sukar tetapi inilah harga yang perlu dibayar bila aku menjadi diri sendiri dalam cubaan mengekspresi diri. Kekuatan dalaman yang disalurkan secara tidak sengaja mengajar aku manusia ini ada pelbagai kegilaan mereka. Sungguh!

Lelaki Atau Wanita?
Walaupun menggunakan kata ganti Tanpa Nama (Anonymous) atau entah apa-apa nama tanpa pengenalan diri (baca : ID), dari gaya penyampaian penulisan, sudah dapat mengagak jantina yang membuang tahi. Kebanyakkan bercorak penulisan wanita yang secara faktanya bakal mengeluarkan dua puluh ribu patah perkataan sehari. Maka, blog aku mungkin tempat meluahkan beberapa isi hati yang tidak terluah kepada suami, teman lelaki atau entah siapa lagi. Aku sendiri seorang guru, memerhatikan pelajar setiap hari, buat aku lebih mengerti tentang gaya manusia dalam menzahirkan apa yang terbuku di hai.

Kalam Akhir.
Mengalah tidak akan sekali. Cuma aku sudah malas untuk membuang waktu melayan titipan pesanan yang lebih banyak berulaskan urat lidahnya iblis dan berseliratnya jalinan syaitan pada manusia yang tidak layak digelar insan. Karya tulisan bersahaja aku bukan tempat kamu bikin onar melata. Tidak, bukan hak kamu. Kalau kamu benci dengan apa yang aku coretkan, sila keluar dari sini. Aku tidak mengundang musuh tetapi mengalu-alukan kawan untuk mengikat persahabatan.

Nota kaki :
1. Sangat berterima kasih kepada Ben Ashaari yang menulis mengenai blog aku di sini. InsyaALLAH, Zara akan membalas semula usaha beliau membuat kempen jelajah blog sahabat. Pasti akan dibuat.
2. Mengajar diri untuk kembali berhati kering seperti dulu nampaknya bukan mudah.
3. Doa kalian terhadap apa yang dilalui amatlah dihargai.
4. Sepanjang berpergian minggu hadapan, mungkin akan mengadakan sedikit ruangan khas menguji kesayangan.

Zara : Siapa sahaja watak yang kita lakonkan di dunia, pasti ada simpanan ruangan menjadi diri sendiri yang tidak dapat ditunjukkan kepada semua. Maka jangan hina aku serta kerjaya yang aku sanjungi sepenuh jiwa. Ya, aku guru, aku pendidik tetapi aku masih punya rasa.

47 comments:

Unknown said...

pompuan ramai ade blog
tp rasenye ery lbh suke terjah n komen blog laki
sbb cara penulisan dorg lain.

TMUkmkd said...

kaca mata pun dihentam? manusia aneh haha.

tak pe. kerusi itu tak de orang bising kan?

Hizami Li said...

dun wori.
b hepi.

i'll always support your writings.
;)

Kujie said...

cakap je hati kering, celup dlm kopi O kejap je lemau..hahaha


org yang tak de keje lain nak mendengki orang tu life dia tak happening mcm kita...hehe

setuju.....biasanya mmg perempuan!

HEMY said...

takpe zara, mknanya blog kamu popular. padahal nk tau sapa leh tgok IP address. Mangkuk2 ni tak tau ke...huhu

biar aku je kutuk balik utk ko ekkk

Adziim said...

harap2 selepas ini tiada lagi gangguan dari penghina Zara.
Tapi manusia memang sukar berubah apatah lagi yang berhasad dengki.

joegrimjow said...

rasanya ni peringkat medium je kot
sbb kalau perempuan yg letak gambo comey2
paham2 je la

tp klu dah capai satu peringkat
mmg xkire jentina
laki pompuan same je

Hazzy Ishak said...

joe,
ni kira jeles dgn pompuan comey lah ye
he he he

serang pasal entry pun ada jugak
huhu

FTN said...

jahat sungguh budak-budak tu ye..
walau apa pun tekanan dari anasir anonymous ini, bersabarlah beb..

jangan tertekan sampai nak panjat balkony tingkat 4.. itu kerja budak-budak sekolah rendah yang nak cari glamer je..

ramai geng support u beb!

Ben Ashaari said...

lalat oh lalat .....

Izza - Jiejah said...

terlebih kurang sama pulak entry kita cumanya akak tidakkan di laser .. :-))

Azrul Hisham said...

"Pekerjaan yang hina dan membosankan"

Zara, si bangang yang tulis pasal kerja kamu sebagai guru itu adalah kerja yg hina dan membosankan sememangnya buta hati...mungkin si bangang tu lupa sewaktu dia masih bergelar pelajar, guru-guru la yang mengajar dia jadi manusia...rasanya si bangang tu berfikir menggunakan otak dekat kepala lututnya kot...

syaz said...

benci anonymous cmtu.



ehh stadium itu !! org muar ke..? huhu. 1st time drop comment here :))

Legasi Piston Pecah said...

tak perasan lak gender yang menyerang blog sebegitu rupenyer..

Nadia.Is.Cute said...

persetankanlah mereka... tapi aku tau. it makes you feel restricted in many senses. but it is your voice. dan diorang ni pun sumer went to to school but didn't learn properly to understand values...

btw. come dropby if you need a laugh. semua blogs aku adalah buduh belaka. http://watikah-nadia.blogspot.com

Kay Azhar said...

Kagum dengan ketabahan kamu Zara.
Semoga kamu dan hati kamu sentiasa berada dalam lingkungan kesejahteraan dan ramhat ALLAH Tuhan yang Maha Segala-galanya..

Hazrey said...

Gosh, depa lupa satu lagi lah zara! Suara seperti halilintar? Err boleh buat berlakon cerita otoman. Buat suara raksasa. Best nok... Khalish sukerrrr

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ery : ku suka baca semua, dan blog lelaki ramai yang hebat. =)

Kujie : hahaha~asalkan bukan kerak nasi~hahaha~

Hizami Rahim : Thanks dear~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

TMUkmkd :

motif nak meracau pasal kerusi? hahaha~

HEMY :

hahaha~ kamu memang hebat bang!

Adziim :

kalau manusia senang diubah, bagusnya~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Joe :

hahaha~ setuju beb! medium ni~

Hazzy :

Joe comel~ =)

FTN : ramai mental retards ni~ hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Ben :

tolong dapatkan lekat2 nya Ben~

Kak Jiejah :

walalala~
kena tabah je kan Kak?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Azrul Hisham:

mungkin dia tak sekolah?

Syaz Shuk:

tu lah pasal~
yup, Zara org Muar~

Legasi Piston Pecah :

kena terima~
haish~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Nadia :

Thanks a lot for understand me hun~ Really appreciate it~

kay :

doakan Zara ya?
Terima kasih yang amat~


Bro Hazrey :

sebab aku tak menyanyi kat blog kot?
kalau tak mesti dapat gak~
eh, memang dah dapat, akmu tulis~

Unknown said...

kesian ko...sob2...

nak nanges sat.huhu....

Amir said...

pekakkan telinga je zara. orang dengki kat kita, bolehla nak cakap macam2. biasalah manusia... tak boleh tengok orang berjaya sikit..

TMUkmkd said...

@lord zara
masakan tidak! dibalik kerusi itu ada gambar seseorang. mahu tidak mahu ada jelesnya :D

kalau betul dia mahu jeles dengan segala benda didalam blog ini la :D

miss lolly a.k.a luvfareda said...

Hoi sayang.

Xhabes an0nym0us ni mengacau kamoo iyea ?


Aduyai. Be str0ng sygs.

Zida said...

Zida rasa terjah blog lelaki lagi best kot. HAHAH sebab cerita diorg mcm lain.

Ala, kak Zara, bia je la dorang tu.janji zida tak guna nak 'takde nama' kalao nak komen blog akak

:)

Blog Zida

fazemy said...

Sebab pompuan perasan..suka dengki2..kuat mengumpat..suka mengata org...busuk hati...negatif thingking...ha smua pompuan. Lelaki tak suka ambik port pun. huuuu

Jln terbaik ialah delete je komen Anon tu tanpa review psl komen dia. Anggap mcm dia tak pernah komen. Confirm dia sakit hati. huuu

Jln lg baik takyh bg org komen Anon..tp ada gak ANon yg baik nak komen...so terpulanglah. Stiap kita ada yg suka ada yg tak suka. Jadi kita kena trima smua tu..

lumut said...

zara..
memang perempuan suka menghina sesame perempuan..
perempuan suka besarkan benda kecik..terlalu emosi....ikut perasaan..cpt cemburu..
itulah yg bezakan lelaki ngan perempuan,dan itu mungkin jawapan kepada soalan entry ini..

tabahlah zarah..aku tergelak juga baca kutukan2 tuh..mcm budak2...

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Kimi :

pinjam bahu laling~ =)


Amir :

aku rabunkan mata je~
nak pekakkan telinga takboleh, sebab sorang tulis~wee~
maceh Mir!!



TMUkmkd
hahaha~
nasib lah kalau itu pun dia sakit gak~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

miss lolly a.k.a luvfareda:

ku tak comel cam kamu pun kena gak~aish~
kih3~

zida :

hahaha~
blog lelaki best~
yup, itu ada benarnya~
dan ada juga perempuan yg bagus~
masing2 ada kelebihan~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

fazemy:

hahaha~
tu yg ku buat recently~
padam je komen2 dia~

=)

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

lumut :

tu yg aku sadis je tengok org camtu~ada masa gak dia nak datang lempar kutukan pada aku yg biasa2 ni~haish~

aku rindu ko!

=)


Cik Epal :

adikku comel datang~
*wink*

kamu lagi banyak dugaan kan yang?

Sharinginfoz said...

rasanya bukan aja blog, kalau cakap face to face ke or dalam penulisan lain ke, debat ke.... entahlah sebab apa

Ben Ashaari VS Redmummy

hana devushka said...

agaknye anon tu jeles..sabar je la..

attyfir said...

ANGGAP JE SEMUA ITU PEMBAKAR SEMANGAT YE ZARA..

Nur Hawa Mohd Zin said...

masg2 punya cara tersendiri utk tulis blog dia..n sape2 pun blh komen..ttp kalu komen utk sakitkan ati..better watch out...
sbr je lah..saya pgl org2 mcm tu..org mulut longkag sebab saya pun ada gak kena in reality life

Pemilik Cinta said...

besarnya dugaan kak zara.. sy masih br dgn blog.. jd x pnh tau asam garam berblog.. pape pun.. jgn biarkn lalat2 tu mengganggu lg..

Anonymous said...

aiyooo
sabor je lah
aku dulu kan kene serang sampai trpksa tukar blog?

huhuhu

smuanya pengalaman..manusia..

Munsyi said...

Baru abes baca entri ni skali dgn komen2. Ramai yg support kmu zara, jgn risau. kalau ada anon komen kutuk2 lg, just delete. Aku tahu kamu kuat. Thanks also for everything. (^_^)

Ibu Ammar said...

ish, teruk gak penangan mereka. pelik la manusia ni. yang dia tak suka tapi dia sibuk juga nak ikuti supaya bolehla dia mengutuk mengeji. mungkin life depa terlampau sepi dan terpaksa have fun dengan cara begitu. KASIHAN.

Othman Juliana said...

"Berbadan gemuk, gempal dan tidak menarik."

kalau ko yang slim tu dikata gemuk-agak2nya aku ni dah kira raksasa gamaknya~ oh!

Zara, just remember as such: the hell is empty and the devils are here, the anonymous devils. Haits! Lead a charmed life dear!

zamdayz said...

hai.
selamat kenal.
hehe.
dah follow blog u.
zami soh.
hehe katenye wak cekgu kimia.
same la kite.
tp saye xbes ag.
(follow blog i gak ek...hahahaha).

anith said...
This comment has been removed by the author.
Miss Shizu said...

abaikan jek cikgu org2 mcm nh..dorg memang selalu ta puas ati dengan blogger2 glemer...

zahidah dihaz said...

bukan apa, sebenarnya diaorang cemburu tu....