Salam semua.
Apa khabar kalian yang dirindui?
Ah, penulisan aku semakin buruk kebelakangan ini.
Entah mengapa, mungkin aku ketandusan ilham dan asyik memikirkan mengenai karya picis.
Senyum.
Aku mengajar diri untuk kuat.
Itu tidak pernah terlewat.
Cuma mungkin acap kali aku penat.
Dan lebih memikirkan rehat.
Malam ini malam yang hebat.
Syaitan Merah menang dengan Ayam Jantan Biru yang agak hebat.
Gergasi besar banyak tumbang ditaji cepat.
Senyum kelat.
Tahniah, kita agak kuat!
Tergamak adik aku tidak mahu beritahu kami semua dia ada Mukabuku (baca : Facebook) dengan alasan malas mahu ahli keluarga lain jumpa. Jangan lupa ya bang, Along ini hebat dalam membuat carian, dah jumpa kamu yang mana. Kalau tidak sahkan permintaan untuk menjadi kawan, awas, kamu tidak akan jumpa lagi apa itu Mukabuku.
*Ketawa kejam*
Malam minggu yang mulanya tidak begitu berkualiti sudah jadi sangat bermakna.
Si dia juga menyuntik satu rasa bahagia.
Walaupun dia tidak menyatakan terang-terangan, aku yakin pada dia.
Ah, malam ini mahu bertemu dalam mimpi agaknya.
Cepat berdoa.
Senyum sahaja.
Rindu Neon Argon Jiwa
Jiwa, aku tidak pandai bermadah peri.
Kilasan lintasan cahaya bintang di langit buat aku terus teringat mitos.
Aku kulum senyum dan lantas menaut tangan.
Dua belah erat dan tersenyum sendiri.
Titipan doa pada Yang Maha Esa.
Kerana aku percaya dengan apa yang kau kata.
Takdir tidak pernah akan kejam pada kita.
Bila kita percaya, Allah akan sentiasa bersama tiap masa.
Perasaan ini benar dan pasti.
Kenikmatan ia tidak dapat ditandingi.
Kerana kita bersatu bukan sekadar kerana seni.
Tapi tautan dua hati.
Nota kaki :
1. Sekadar puisi ringan yang terlintas di minda. Santapan jiwa nukilan bersahaja.
2. Masih tidak mendapat momentum untuk menulis LCA lagi.
3. Punya teman-teman yang memahami buat aku tidak rasa sendiri.
4. Ada seseorang yang mendirikan mahligai dalam hati.
5. Esok bakal membawa diri ke Melaka. Ada sesiapa mahu berjumpa?
Zara : Menitipkan kasih sayang buat semua pembaca yang setia. Aku masih berusaha dan akan kekal berusaha, bukan hanya demi karya, tetapi diri sendiri juga. Karya hidup bila aku juga hidup.
14 comments:
ahha~
sepandai pandai tupai melompat.
akhir jatoh ke tanah jugak.
dalam hati ada taman ya,kak?
patutla dr kecik pakai bju merah. hehe
siapa si dia? ehehehe.
ouh,lame x jeguk kak zara.^^
tahniah untuk gergasi merah....bomba peminta red devil jugak ker ar?habis semua dia nak cat merah..mcm bandaraya melaka jugak...
semangat cursor MU
dalam diri I, benda merah juga sedang menang. apa itu syaitan? eh eh. period rupanya. cis.
Kah kah Daffodil D,
Patutlah aku tiada semangat merah dalam diri. Aku tidak punya itu period.
Tapi aku ada meriam yang bersedia untuk menembak pabila waktunya sampai, sebab itu aku penyokong 'Si Gunners'.
aku suka puisi ini..
:)
suka2..:)
itu ko ke?
hahahah..
soooo cute
akak, muka akak samalah dari kecik. he~
harap lepas ni chelsea menang!
adik aku frust Spurs kalah smalam..whahha...
budak sekolah semua dah ada facebook =(
Post a Comment