Monday, April 19, 2010

Bahan Umpatan Terbaik Bila Tiada Perkara Lain Yang Mampu Diutarakan : Bahagiakah Kamu?


Salam semua.
Apa khabar kalian petang ini?
Bab 13 Legasi Cinta Alisia akan muncul jam 7.04 petang hari ini.
Bab 14 sedang digarap perlahan sambil menghayati.
Kalau panjang umur, mungkin hari ini kalian mampu nikmati.
Kalau tidak, mungkin lain hari.
Geli hati.

Perasaan yang bahagia menikmati air menyegarkan musnah.
Perkhabaran yang dititip oleh bonda hanya menimbulkan amarah.
Meniup nafsu serakah.
Lalai beberapa ketika, syaitan menghemburkan muntah.
Tangan kejap memegang stereng kereta berwarna merah.

Bonda : Hari itu Along ada gambar berdua dengan perasmi PIBG sekolah ya?
Aku : Mula-mula Along ingat ada orang lain tepi tu, tapi tak sangka, cikgu itu ketepi pula.
Bonda : Dah jadi bahan cacian orang dah.
Aku : Apa maksud Mak?
Bonda : Orang-orang kampung sana dah mula menyebarkan cerita. Kamu ni, memalukan sahaja.
Aku : Eh, apa masalah dengan orang itu semua? Ustaz itu memang diminati sejak dia keluar di kaca televisyen dulu, ada kesempatan bertemu, hanya ambil gambar sahaja.
Bonda : Mulut orang, mana boleh tutup. Orang mengata, cikgu itu seorang yang mengambil gambar. Bila perasmi itu berarak masuk, Along yang ke hadapan mengambil gambar masa dia menonton persembahan pelajar.
Aku : Masa beliau baru tiba, jurugambar sekolah entah ke mana. Jadi, ada cikgu lain yang pesan Along ambil sahaja gambar, untuk dokumentasi sekolah, salah ke? Orang semua itu dengki sebab terpaksa bermesyuarat tatkala Along ambil gambar lah tu. *Ketawa*
Bonda : Cakap serius tapi kamu gelak pula.
Aku : Sebab memang lawak benda begitu mahu dijaja. Abaikan sahaja.
Bonda : *Mengomel sendirian*

Kelakar yang amat wahai manusia.
Itu bekas pengacara rancangan agama.
Aku suka dengan gaya dan corak penyampaian dia.
Itu pun boleh jadi bahan cerita?
Untuk kamu manusia, bahan menjaja?

Aku terfikir kalau kalian selusuri hidup aku, pasti kalian akan terkejut.
Khuatir juga kalau makcik-makcik itu semput.
Jatuh dan terdengkut-dengkut.
Siapa yang kentut?
Dia yang sedut.
(Bunyi) Puuttt!

Memang aku seorang guru.
Aku akur dengan masyarakat yang cepat berbulu.
Lebih-lebih lagi kalau tinggal di hulu.
Tidak, ini bukan salah Tok Penghulu.
Cuma anak buah yang enggan baca buku.
Lagi banyak yang membuat Mukabuku, satu-persatu.

Sudahlah, aku mahu istirehat.
Payah mahu meyakinkan Bonda yang itu cuma satu sandiwara liat.
Manusia-manusia angkuh yang kononnya buka mata melihat.
Tapi sebenarnya akal terbejat.
Cakap sahaja lebat.
Isi kata penuh muslihat.
Tapi aku tidak akan terjerat.
Sebab kamu bagaikan musibat.
Yang mahu menghambat.
Biar terjun ke lembah lahanat.
Kamu silap, dan juga terlewat.

Aku mahu menikmati secangkir kopi pekat.
Tinggal dulu semua penjawat.
Ilat.

Nota kaki :
1. Kalau kamu mengaku saudara, jangan pernah meraduk dunia untuk mencela.
2. Kalau kamu kata saudara, jangan pernah ambil kesempatan dan berlagak megah tiba-tiba.
3. Kalau kamu dimartabatkan sebagai saudara, kamu perlu sedar apa yang perlu dijaga.
4. Kalau kamu tahu dan mengerti semua, mengapa kamu harus tanamkan rasa curiga dalam hati Bonda?
5. Kamu buat aku memandang kamu lebih rendah dari yang sebelumnya.

Zara : Nafsu untuk berkarya tertutup dengan angkuhnya sikap manusia itu. Menabur kata pada Bonda hingga aku yang dihindarkan untuk berbual dan bertegur sapa. Adakah itu yang kamu mahu lihat dalam kehidupan keluarga kami yang bahagia? Kamu silap wahai manusia. Kalau bisa aku ketemu kamu di hujung minggu, kamu pasti akan kesal kerana melafazkan sesuatu yang tidak perlu.

Legasi Cinta Alisia - Eksklusif di Aksara Keraian.

4 comments:

HEMY said...

huh..mmg sakit ati je nk dengar..tp mak ko pn sakit telinga nk dengar

Azrul Hisham said...

bawak bersabar la...mulut orang payah skit nak tutup..huhu

Invince_Z said...

cikgu punye...
entri...
berbelit2...
berbunga2...
bahse die...
pening bce...
@_@

Hernee Nazir said...

sbr ye dik..abaikn je..yg pnting niat kt ati zara tu..