"Cikgu cantiklah hari ini"
Ada pelbagai situasi yang menjelaskan mengapa pelajar menggunakan ayat tersebut.
Begitu juga semalam.
Dari 6 kelas yang aku masuk,
ada 4 buah kelas yang menyatakan perkara yang sama.
Ketawa aku bila memikirkannya.
Kelas 1.
"Cikgu cantiklah hari ini"
Tatkala mereka menghantar tugasan yang diberikan dengan sempurna.
Ucapan itu aku hadiahkan terima kasih buat mereka.
Kelas 2
"Cikgu cantiklah hari ini"
Buku tidak dibawa ke bengkel.
Tugasan tidak disiapkan.
Ayat itu aku balas dengan jeritan dan ugutan.
Kelas 3
"Cikgu cantiklah hari ini"
Sekumpulan pelajar meminta aku menangguhkan lagi masa menyiapkan tugasan.
Dengan alasan terlalu banyak bebanan kerja.
Kata-kata itu aku balas dengan memberikan lebih banyak tugasan
berbanding yang sepatutnya.
Jangan pernah meremehkan kerja yang sedikit sebab anda akan menerima akibatnya.
Kelas 4
"Cikgu cantiklah hari ini"
Sesi persekolahan tamat pada pukul 6.40 petang.
Sekumpulan pelajar cuba untuk merayu aku menghabiskan kelas awal.
"Cikgu, nanti jarum panjang pada nombor 7, awak bagi kami keluar ya?"
Mulut manis hanya akan membuat badan kamu binasa.
Aku lepaskan mereka keluar hanya bila loceng pulang berbunyi.
34 comments:
lor hee~ budak sekolah mmg gitu.. bijak tol..
dulu rakan sekelas ku selalu macam tu.. hee~ rindu...
wah! dah ngajar ye... :)
.
chantekknyerr cikgu tewww.. fewwwittt
anak murid cikgu tu....kecil ke dewasa ?
hahahhahha...ada unsur meguratkah di situ ?
tRuly tO be mYself 'Qa~ :
hahaha~
usaha membodek aku tidak akan berjaya sayang~
hahaha~
tasikmerah:
dah kak tasik~
cikgu sementara je nih~
en_me :
cantik ke?
aduyai..itu usaha membodek oleh pelajar2~
IxoR@ :
budak2 umur 13-14~
kecik sungguh..tak berbaloi~
masa tingkatan 5 dulu, saya selalu puji cikgu norkamalawati cantik. dah cukup kalau tengok dia senyum. saya tak pasti itu cinta atau apa =)
addyaholix :
aduh, nakalnya abang~
tapi cikgu itu sudah semestinya cantik.=) kalau di Tingkatan 5, boleh diterima lagi. Ini Tingakatan 1 dan 2 serta peralihan..err, kanak2 lagi tu~
zara cantiklah hari ini.
:)
cikgu cikgu cikgu,
cikgu zara sgt garang. i like xD hahaha
garangnya cikgu hihihi
tambahan..bagus la tegas..murid2 tak bleh bagi muka sangat..nanti naik lemak hahaa
hahaa.. ganaz cikgu zara nih!
jibik siot~ ;p
ko suruh jer diorg cuci longkang kt bengkel tu...
tak pun buat keje luar kelas...
yunk.. mana gambar yang menyebabkan anak murid mu berkata2 manis??
mmg kamu manis.. dgn cara kamu sendiri... jgn berlakon jadi orang lain yer??
cikgu garang. aishhh....
farah:
hahaha~
thanks sayang!
kamu pun lawa!
i.am.belle :
hahaha~
belle suka aku yg ganas ke?
aww~
~Cinta Cukulet~:
garang akan macho kan?
hahaha~
~Cinta Cukulet~:
yeay!!
aku setuju!
budak2 ni kalau banyak lemak..akan jadik makin pemalas~
Olin:
banyak contoh2 yang aku blajar kat STMI dulu~
hahaha~
pali.7x:
aku nak suruh dorang menyanyi kat koridor nanti~
hahaha~
Signorina Syima :
aduyai sayang~
hahaha~
aku manis kah?
segan kami~
+h.a.z.e.r.i.n+:
garang dan macho kak~
hehehe~
budak2 zaman skang pandai2 belaka...
mulut manis...okla tu dari diorang ckap...
hai adik manis..(sila bace gaya intonasi mamak)hehe
messyremo:
aduh~
kalau orang cakap camtu dengan aku..
mau mati pitam~
cikgu Zara....
wah..adik ku sudah menjadi tenaga pengajar...tahniah bebeh....
[yAN!e][pUTraJAya] :
hahaha~
terima kasih akak!
haha...cekgu zara sgt serius...tatot...brrrr
Blog Anuar Kamaruddin™ :
hahaha~
mana ada serious?
lalalala~
cikgu garang!
takottt siutt
hehe
crescent :
hahaha~
meh aku belasah meh!
Post a Comment