Wednesday, June 24, 2009

Aku Menantu Yang Baik


Mungkin kalian sudah terbaca di blog bahasa kedua aku.
Isu perdebatan bahasa memang menjadi kegemaran aku.
Bukan sifat dan sikap aku menolak perkongsian bahasa,
tetapi ada yang perlu kita renungkan dalam hal ini.

*****************************************************

Di sekolah yang aku bertugas mencari rezeki dan pengalaman ini,
terdapat seorang cikgu yang telah berkhidmat lebih 30 tahun.
Masih berkhidmat walaupun telah bersara kerana diminta oleh sekolah.
Guru Bahasa Inggeris.

Oh, kegemaran cikgu ini pada aku adalah dia memanggil aku dengan gelaran MENANTU.
Ya, menantu sahabat-sahabat sekalian.
Secara jujurnya, walaupun aku pernah bercinta dua tahun lepas,
bekas-bakal-ibu-mertua-tak-jadi aku belum sempat untuk menganggap aku sebagai menantunya. Mungkin usia percintaan yang hanya satu tahun setengah tidak dapat menzahirkan perkara tersebut.

Cikgu ini ingin memperkenalkan anak dia kepada aku.
Aku jadi bahan usikan di mana-mana.
Dia tanpa segan silu akan mengusik aku dengan memanggil aku sebagai menantu.
Alahai cikgu...

Dalam seminggu, ada 4 hari kelas aku akan berakhir pada jam 6.40 petang.
Ya, aku bertugas pada sesi petang.
Jadi jangan terkejut atau menuduh aku ponteng kerja kalau kalian ternampak aku
berada di atas-talian (baca sebagai Online) pada waktu pagi.

Jika ada kesempatan,
tatkala ingin mendaftar keluar sekolah,
cikgu ini akan menitipkan pesanannya pada aku.

"Dxxxx"

Itu kod dia di sekolah.
Ya, aku menolong ibu mertuaku mendaftar keluar.
Aku menantu yang baik bukan?
^___^

Lebih pembacaan, sila tekan di sini.
Maksud aku, kalau kalian berminat.

Zara : Aku sudah mula membawa rotan di sekolah semalam.
Kepuasan dan sinaran mata aku bergenang serta berkilauan.
Ekspresi diri?

24 comments:

Jard The Great said...

=p =p

peh.. org panggil ko menantu.. org biasa panggil aku puan.. huhu

en_me said...

ghitewww erk..

Hidup KOKA said...

Wow......... dah dapat mentua!!!

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Jard The Great:

hahaha~

menantu hantu aku nih~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

en_me:

gitew lah en me iteww~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Hidup KOKA :

dah anda terlambat..

nak wat gane~

haha~

~Cinta Cukulet~ said...

masin mulut ibu mertua tu, jadi betul la kan hehee..tapi best kalau dapat mentua yang menyayangi menantu nih..bleh jadi menantu emas hahaaa

messyremo said...

pergh...cayalalu zara...

u go girl..haha

kata-kata tu doa..kalau masin mulut,sendiri mau igtla..hehe


biarla aku org pertama yg ucapkan selamat berkahwin kt ko~~hehe

Mr. BLB said...

smoge cpt2 mnjadi menantu yer.dpt jgk tgk akak pakai bju pngantin.jgn lpe jmput kte ye.haha
rotan tu x bley bla..haha

Anonymous said...

hahahha

janji ko bahagia la...

ehh, buang la rotan tu.

tak sesuai. ko muka jambu.

ko pegang rotan,

mcm durian duduk atas jambu.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

~Cinta Cukulet~:

argh!!

tidak2~

ku ketakutan~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

messyremo :

nanti dulu beb..

aku emsti mau jemput ko kalau jadik~

hahaha~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Mr.shari:

hahaha~

ko jgn shari oit~

akak ni muda lagi ok?

aww~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

.palisevenfold. :

erkkk..aku jambu ke?

aduhai~

rotan cam syiok pali~

Anonymous said...

gelaran menantu satu2nya gelaran yg excited sgt nk dpt..

tp cuakkk!!!

zahidah dihaz said...

moshi2...
i'm coming back...
windu la dgn korang2 suma...
lama x baca n3 n komen2 n3 korang....
skrg org dah panggil aku puan...hehehehehehe.....

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

ehem2...ini sindrom JDNS nih...













Jodoh Dah Nak Sampai ;) wink2..

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Bunga Nordin :

hahaha~

ku nak gaks..tapi bukan skang~

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

zAhiDah diHaz 17:

kamu dah kawin ke syg?

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Blog Anuar Kamaruddin™ :

ahhh!!

apakah itu?

tak mau!!

haha~

said...

kenangan bakal mak mertua tak jadi....hahhaha....sebab anak dia nak cari bini yg lemah lembut..kekekke

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

[yAN!e][pUTraJAya] :

hahaha~

kak yanie dah lemah lembut, sopan bangat kak~

aku nih hah, kalau ada orang nak, untung dah~

Unknown said...

aku suka ko bwk rotan g skolah. budak2 skrg xmakan saman.

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Olin:

aku pun suka gak bawak rotan~

hahaha~